13/05/2026
BIL ELEKTRIK MILIK ISTERI, "BERANI KERANA BENAR", RIDHWAN ADRI BUAT LAPORAN POLIS
KOTA KINABALU: Ridhwan Adri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dalam sidang media pihak CEO Sabah Electricity pada tengah hari, Selasa.
Menurutnya, laporan polis pertama berbentuk penafian telah dibuat pada 9 Mei 2026, sebelum satu lagi laporan polis dibuat pada Selasa susulan kenyataan media yang didakwa menyebut namanya serta menuduh beliau terbabit dalam perbuatan berkenaan.
“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan yang telah dibuat terhadap saya,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapanya, adik-beradik serta rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan doa sepanjang berdepan isu tersebut.
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Puan Hashima Hasbullah daripada NGO Consumers Front of Sabah (CFOS) atas bantuan dan panduan yang diberikan kepada beliau dan keluarga.
“Saya yakin Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya.
Sementara itu, Hashima ketika ketika dihubungi berkata, bil elektrik berkenaan milik isteri lelaki terbabit.
LINK BERITA :
https://sabahrevolusi.com/berita/berani-kerana-benar-ridhwan-adri-buat-laporan-polis