16/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐.
๐๐๐๐ฆ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐จ ๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐ก๐ฌ๐!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KD SRI LIKAS yang bertempat di Pangkalan TLDM Sepangar, Kota Kinabalu akan mengadakan Pengambilan Pegawai dan Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) Siri 2/26.
Kepada rakyat Malaysia, khususnya warga Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya yang berminat serta berkelayakan, anda dipelawa untuk menyertai PSSTLDM dan menjadi sebahagian daripada warga Tentera Laut Diraja Malaysia.
Antara aktiviti dan latihan yang bakal diikuti termasuk latihan menembak, kem tahunan, pelayaran bersama kapal TLDM serta pelbagai latihan dan program pembangunan diri yang mencabar serta menarik.
๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐๐๐ข ๐ฌ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข?
Jom sertai kami mengikut ketetapan berikut:
๐
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐ Masa Pendaftaran: 7.00 pagi
๐ Tempat: Tasik Kompleks Sukan Likas
Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan serta kelengkapan alat tulis.
๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป:
1. Gambar berukuran pasport (4 salinan).
2. Salinan Kad Pengenalan (4 salinan).
3. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa (4 salinan).
4. Salinan Kad Pengenalan pasangan (bagi yang berkahwin) (4 salinan).
5. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (4 salinan).
6. Salinan Sijil SPM (4 salinan).
7. Salinan Sijil Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana (5 salinan) (bagi permohonan pegawai).
8. Salinan Sijil Nikah (bagi yang berkahwin) (4 salinan).
๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป: Jika waris telah meninggal dunia, sila bawa salinan sijil kematian.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
โ
Baju sukan berkolar
โ
Seluar sukan
โ
Kasut sukan
โ
Berstoking
โ
Bertudung bagi wanita beragama Islam
"SEDIA BERKORBAN"
MPS TLDM
ROTU NAVY UMS
PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM
Royal Malaysian Navy (RMN)