25/04/2026
Minggu lepas saya menerima tawaran kolaborasi sebagai Band Coaching / Jamming Instructor untuk sekump**an anak-anak berbakat ini:
Jim (bass)
Neccy (gitar)
Nooveela (keyboard/vokal)
Owel (gitar)
Acen (drum)
Pada awalnya saya bertanya kepada ayah mereka, “yang mana satu anak?” — rupanya semua dalam band ini adalah anak beliau. Dari yang sulung berumur 16 tahun (Tingkatan 5) hingga yang paling kecil, drummer berumur 8 tahun (tahun 2). Memang satu susunan yang luar biasa.
Peranan saya adalah membimbing mereka semasa sesi jamming — bantu mereka lebih fokus, faham struktur lagu, tingkatkan kerjasama band, serta berkongsi ilmu asas hingga praktikal tentang dunia muzik.
Saya kagum dengan kesungguhan ayah mereka dalam menyokong perkembangan anak-anak ini. Harapan saya, dari bimbingan ini akan lahir bakat yang unik dan lebih matang pada masa akan datang.
Mereka bakal tampil di Gen Z/ALPHA rule Vol #2
Tahniah Team, tahniah Mai.
Jamlee Yanggitom