12/08/2026
GOOD LUCK SUKMA SABAH π₯
Setelah melalui pelbagai rintangan, cabaran, latihan dan persiapan yang panjang, kini tibalah masanya Kontinjen E-Sukan Sabah turun ke medan SUKMA XXII Selangor 2026 untuk membawa cabaran dan mengharumkan nama Sabah di pentas E-Sukan kebangsaan.
Dengan semangat juang yang tinggi, disiplin serta keyakinan yang telah dibina sepanjang persiapan, kami bersedia memberikan 100% kemampuan, tenaga dan fokus dalam setiap perlawanan.
Kami hadir bukan sekadar untuk bertanding, tetapi untuk berjuang, mencabar kemampuan terbaik dan memberikan yang terbaik buat Sabah!
Kontinjen E-Sukan Sabah akan mempertaruhkan atlet dalam:
Mobile Legends: Bang Bang β Lelaki & Wanita
Street Fighter 6 β Lelaki
eFootball Mobile β Lelaki
E-Chess β Lelaki & Wanita
Apa jua keputusan di medan pertandingan nanti, kami akan berjuang dengan penuh semangat kesukanan, menjunjung disiplin, menghormati setiap lawan dan memberikan segala-galanya sehingga tamat perlawanan.
Demi Sabah. Demi maruah pasukan. Demi mengejar kejayaan!
Ayuh kita bersama-sama memberikan sokongan dan doa buat seluruh atlet, jurulatih, pengurus serta barisan pegawai E-Sukan Sabah.
Terima kasih kepada semua yang bersama membantu dan menyokong perjuangan ke pentas SUKMA xxii ini.
SABAH E-SPORTS β GO FOR GOLD!
Satu Pasukan. Satu Semangat. Satu Matlamat. Sabah!