25/05/2026
Kepada: Netizen yang dihormati sekalian,
01. Sebelum ini, Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2026 telah menerima tuduhan dan kecaman berkaitan isu ketiadaan pembayaran wang tunai kepada peserta kategori Penyanyi Harapan (Saguhati), Sugandoi Dazanak.
02. Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah diperjelaskan kepada kedua-dua pihak, iaitu Encik Dunstan Oswald Roland dan Tuan Binsos Omisang. Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di akaun Facebook masing-masing (mohon rujuk gambar-gambar yang dilampirkan)
03. Justeru, pihak Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2026 menyeru agar semua netizen menghentikan sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, tidak berasas, atau boleh mengelirukan masyarakat.
04. Pihak jawatankuasa juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau entiti yang didapati menyebarkan fitnah, berita palsu, kenyataan berunsur jelik, atau kandungan yang boleh menjejaskan reputasi pihak penganjur.
05. Tindakan tersebut boleh disiasat di bawah:
1. Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] โ penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan kandungan palsu, jelik, mengancam atau mengganggu;
2. Seksyen 499 dan Seksyen 500, Kanun Keseksaan โ berkaitan kesalahan fitnah dan hukuman bagi kesalahan tersebut.
06. Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amatlah dihargai demi menjaga keharmonian serta integriti pertandingan ini.
Sekian, harap maklum.
Yang menjalankan amanah,
Jawatankuasa Pelaksana
Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2026
#12:06pm, Isnin