21/08/2026
ππππ πππππππππ πππππππ ππππ πππππππππ ππππππππ πππππππ πππ πππππππ πππππ ππππ ππππππππ (πππππππ) ππππ ππππππππ ππ πππππ πππππ πππππ πππππ ππππππ | ππππ ππππ ππππ
DENGAR ISU, CARI SOLUSI, GERAK BERSAMA π€
Semalam berlangsung satu mini mesyuarat bersama ahli Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu (PUPPKKK) yang berniaga di Pasar Malam Sabah Trade Center (STC).
Lebih bermakna, sesi ini turut menerima kunjungan daripada Pejabat Menteri, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan Sabah, iaitu En. Achmad @ Kapten Chazy Ds Chazy , yang turut bersama-sama dalam perbincangan bagi mendengar dan meneliti isu-isu semasa yang dihadapi oleh para peniaga.
Bagi PUPPKKK, mesyuarat bukan sekadar duduk dan berbincang. Setiap isu mesti ada tindakan. Setiap masalah mesti dicari jalan penyelesaian.
Hasil perbincangan, beberapa pergerakan dan penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 2 hingga 3 minggu akan datang di perkarangan Pasar Malam Sabah Trade Center:
1. Penyimenan kawasan berumput
Kawasan atas rumput akan diratakan dan disimen bagi menyediakan ruang utama yang lebih sesuai untuk para ahli menjalankan aktiviti perniagaan.
2. Penambahan signboard & arahan operasi
Signboard yang lebih jelas akan dipasang bagi memaklumkan kepada orang awam supaya tidak meletakkan kenderaan di lot perniagaan dan mengalihkan kenderaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
3. Gotong-royong berkala
Aktiviti pembersihan akan diperkasakan dengan sasaran sekurang-kurangnya 2 kali sebulan, melibatkan pengurusan dan ahli persatuan.
4. Hebahan kepada pemilik kenderaan
Fliers akan diedarkan dan diletakkan pada kenderaan yang parkir di sekitar kawasan pasar malam sebagai peringatan supaya tidak mengganggu operasi perniagaan yang bermula jam 4.00 petang.
5. Peralihan tapak vendor secara berfasa
Peniaga yang kini berniaga di kawasan parking akan dipindahkan secara berperingkat ke kawasan rumput yang telah disimen supaya susunan vendor lebih teratur, kemas, selamat dan mesra pelanggan.
Kita tidak mahu sekadar pasar malam yang ramai. Kita mahu pasar malam yang tersusun, bersih, selesa dan mampu memberikan peluang pendapatan yang lebih baik kepada usahawan.
PUPPKKK akan terus memainkan peranan sebagai wadah untuk mendengar suara ahli, menyelesaikan isu dan membawa penambahbaikan berdasarkan kapasiti serta kemampuan persatuan.
Ini bukan usaha seorang, Ini usaha kita bersama.
RAMZIH RUZIN
Pengerusi Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Kota Kinabalu (PUPPKKK)
Pengurus Pasar Malam Sabah Trade Center
Ahli Majlis Perundingan Penjaja & Peniaga Kecil Kota Kinabalu (M3PN)