17/12/2021
7 TIPS BERKESAN UNTUK KURUS DENGAN PAKAI KORSET β€οΈ
β
Jangan malas pakai korset. Kalau jarang pakai, hanya masa pakai badan akan nampak kemas. Bila dah bukak, bentuk badan akan balik pada asal. Jadi supaya korset boleh cepatkan proses rampingkan badan, perlu konsisten pakai korset. Sebenarnya apa cara pon yang kita buat untuk kurus, samada bersenam, diet, makan ubat, semua ni perlu konsisten, baru boleh nampak hasil.
β
Jangan pakai korset yang longgar, yang tak grip pada tubuh sebab nak rasa selesa atau tak selesa pakai ketat. Pakai korset bukan macam pakai legging bergetah atau camisole. Perlu pakai korset yang betul-betul grip pada tubuh. Lagipon matlamat utama kita pakai korset adalah untuk kecilkan ukur lilit badan, bentukkan bahagian pinggang. Perlu set dalam minda dan bersedia untuk pakai korset yang melekap dan ketat pada tubuh.
β
Buat secara perlahan-lahan. Take it easy. Jangan paksa diri untuk terus pakai dengan ketat. Ada orang terus nak pakai cangkuk 3(paling ketat) sebab nak kurus cepat. Bila terlampau ketat, badan tak biasa lagi dengan perubahan, kita akan jadi cepat mual. pening, loya. 4-5 hari terus give up nak pakai sebab tak tahan dengan ketat korset "Ini kita panggil "temporary obsession". Excited kejap ja. Lepastu mula rasa bosan, dan malas nak pakai korset. Take it slow. Untuk permulaan, pakai 2-3 jam pon dah ok. Kalau rasa lenguh, penat jangan paksa diri untuk terus pakai. Bukak dan pakai semula bila dah rasa ok. Faham keupayaan tubuh kita.
β
Pakai untuk 8-12 jam setiap hari, tapi jangan lebih 12 jam. Sebab korset sifatnya bergetah, melekat kat badan. Kalau pakai lama, ditambah dengan badan yang berpeluh, akan mudah naik ruam/gatal.
β
Bersabar. Lemak/ukur lilit/ bentuk badan takkan terus berkurang dalam sehari dua pakai. Proses pembentukan badan kita ambik masa. Proses reshaping badan ni bergantung pada ketumpatan abdomen, lemak di bahagian perut, fleksibiliti rangka badan, rawan, kekerapan memakai korset serta kualiti dan bentuk korset yang digunakan. Semua ni ambik masa.
β
Beli korset yang berkualiti. Material kain mestilah jenis bergetah dan mencengkam kemas pada badan, tidak bergulung, tak panas, supaya selesa untuk kita pakai seharian. Kalau tak selesa pakai, macam mana nak konsisten pakai hari-hari dan dapatkan bentuk tubuh melecun kan. Boleh dapatkan korset yang selesa untuk pakai hari-hari dari jenama kami, Korset Sara anna
β
Jangan rasa sedih atau rendah diri dengan berat badan sekarang. Cuba untuk tidak membandingkan dengan berat dulu. Sebab, semakin meningkat umur, semakin rendah metabolisme badan. Dan keupayaan tubuh untuk membakar lemak/kalori juga semakin rendah. Thats why semakin meningkat umur semakin susah nak kawal berat badan kita. Bila dah down, nak pakai korset pon rasa malas sebab rasa takkan membantu.