04/08/2019
Budaya makan bersama-sama keluarga di rumah semakin kurang diamalkan oleh masyarakat kita disebabkan setiap orang sibuk dengan urusan masing-masing.
Keluarga yang makan bersama-sama dapat meningkatkan disiplin dan adab ketika makan dikalangan ahli keluarga. Malah, rezeki yang mengenyangkan adalah apabila ahli keluarga makan bersama-sama.
Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)
Dalam kehidupan manusia yang berkeluarga, waktu makan merupakan masa yang paling istimewa dapat dilakukan sekiranya ada perancangan yang teliti. Hal ini telah diperjelaskan oleh William J. Siegel, iaitu manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi sebenarnya mereka gagal untuk merancang.
Makan bersama keluarga tidak perlu menjadi lelah mahupun penat. Gunakan pes segera Ruz. Nasi Bukhari, Ayam Bakar dan Sate yang lazat untuk sekeluarga, tersedia di dalam beberapa minit sahaja. Dapatkan di mydin berdekatan.
Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghidupkan amalan makan bersama keluarga!