Pesta Filem Kota Bharu

Pesta Filem Kota Bharu Pesta Filem Kota Bharu 2026
📍Dewan Persatuan Hokkien Kelantan, Kota Bharu
🗓️18-20 September 2026
🎞️Masuk PERCUMA (tiada pendaftaran)

2 MINGGU LAGI SEBELUM   Senarai filem dan aturcara akan diumumkan dalam masa terdekat.Ready doh ko, sek kito?Sinema, sin...
04/09/2026

2 MINGGU LAGI SEBELUM

Senarai filem dan aturcara akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ready doh ko, sek kito?

Sinema, sinimo! 🎥🎞🍿

Merdeka! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾❤️❤️❤️
31/08/2026

Merdeka! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾❤️❤️❤️

JUALAN CENDERAMATA   Prapesan untuk dapatkan cenderamata rasmi Pesta Filem Kota Bharu 2026 kini dibuka. Tahun ini Pakej ...
24/08/2026

JUALAN CENDERAMATA

Prapesan untuk dapatkan cenderamata rasmi Pesta Filem Kota Bharu 2026 kini dibuka. Tahun ini Pakej Sinema Sinimo kembali dengan t-shirt, totebag dan button badge.

Berikut senarai barangan dan harga cenderamata PFKB 2026:
- 👕T-shirt: RM55/pc (S-5XL)
- 👜Totebag: RM35/pc
- 🔰Set button badge: RM10/pc (3pc/set)
- 🍿Pakej Sinema Sinimo (1x t-shirt + 1x totebag + 1x set button badge): RM85/set

Sila buat prapesan melalui borang ini: https://tinyurl.com/cenderamatapfkb2026

Tarikh tutup prapesan: 6 September 2026

100% keuntungan akan disalurkan ke dana program. Bare rare nih, oda selaluhhh!

PENGUMUMAN RASMI  Empat minggu lagi, buat tahun keempat berturut-turut, Pesta Filem Kota Bharu akan kembali! 🎉🎞🎬🎥📆Tarikh...
21/08/2026

PENGUMUMAN RASMI

Empat minggu lagi, buat tahun keempat berturut-turut, Pesta Filem Kota Bharu akan kembali! 🎉🎞🎬🎥
📆Tarikh: 18-20 September 2026
📍Tempat: Dewan Persatuan Hokkien Kelantan, Kota Bharu

Jangan lupa tanda kalendar anda, kongsi poster ini dengan rakan-rakan dan keluarga, serta nantikan maklumat lanjut di media sosial kami dalam masa terdekat. Sinema, sinimo!

Pesta Filem Kota Bharu 2026 dianjurkan dengan kerjasama Kuman Pictures, 吉兰丹福建会馆 (Persatuan Hokkien Kelantan), Kolektif Rumah Kosong, Kedai Hitam Putih, & 二楼头座 (Studio T2BD).

Supo skalo, poster comey design Amirul Ramthan

Adam Suharto salah seorang tetamu kami, mengimbau perjalanannya kali pertama menaiki keretapi ke Kota Bharu untuk mengha...
05/08/2026

Adam Suharto salah seorang tetamu kami, mengimbau perjalanannya kali pertama menaiki keretapi ke Kota Bharu untuk menghadiri PFKB pertama pada 2023.

Sek demo ready doh nok mari PFKB tahun ni?

Jika tidak kerana Pesta Filem Kota Bharu (PFKB) edisi pertama, yakni pada tahun 2023, mungkin penulis tidak akan pernah melangkahkan kaki ke Pantai Timur

MÉNÉI SHORTS: 1 MINGGU LAGITinggal seminggu lagi sebelum tarikh tutup penyertaan Ménéi Shorts 2025 pada 15 Jun 2026 (11....
08/06/2026

MÉNÉI SHORTS: 1 MINGGU LAGI

Tinggal seminggu lagi sebelum tarikh tutup penyertaan Ménéi Shorts 2025 pada 15 Jun 2026 (11.59pm). Siap doh ko filem sek awok? Cepat-cepat hantar!

Rujuk pengumuman Ménéi Shorts 2026 di sini: https://www.facebook.com/share/p/18Q6jb9t9n/

Hantar penyertaan anda melalui borang ini: https://tinyurl.com/MeneiShorts2026

Sebagai inspirasi, tontonlah filem-filem yang tersenarai pendek semasa Ménéi Shorts 2025 di sini:-
LESEK (juara): https://www.youtube.com/watch?v=K0hS1CvMJhs
ANTARA REHAL DAN LUKISAN: https://www.youtube.com/watch?v=wDWSdhaMDpc
BREATHE & SEE: https://www.youtube.com/watch?v=CSTv822zRP0

Tonton juga filem hasil Bengkel Bikin Filpen semasa PFKB 2024:-
BASOH: https://www.youtube.com/watch?v=LPF4hw9KZek

Jom, kito pakat buat filem!

PENYERTAAN FILEM KE   DIBUKA!Berminat untuk tayang filem anda di Pesta Filem Kota Bharu 2026? Ini peluang anda!Syarat pe...
01/06/2026

PENYERTAAN FILEM KE DIBUKA!

Berminat untuk tayang filem anda di Pesta Filem Kota Bharu 2026? Ini peluang anda!

Syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada 2 kategori: filem panjang (feature) atau filem pendek. Semua genre/tema diterima. Durasi filem 60 minit ke atas bagi filem panjang dan 1-20 minit bagi filem pendek.
2. Siap tahun 2025/2026. Kami utamakan filem baru.
3. Lulus LPF. Filem panjang (feature) harus dihantar ke LPF oleh penerbit dan lulus untuk ditayang. Bagi filem pendek, ini digalakkan, namun tidak diwajibkan.
4. Keutamaan untuk filem yang belum masuk platform streaming/OTT/TV. Namun, ini masih boleh dipertimbangkan, jadi anda boleh hantar walaupun terdapat perancangan untuk tayang di mana-mana platform berkaitan (sila nyatakan apabila menghantar penyertaan).
5. Wakil filem (sekurang-kurangnya seorang) boleh hadir ke (18-20 September 2026).
6. Tarikh tutup: 30 Jun 2026.

Hantar penyertaan filem anda di link ini dengan mengisi maklumat yang diperlukan: https://tinyurl.com/OpenCallPFKB2026

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila PM kami atau emel ke [email protected].

Sinema, sinimo!

JURI MÉNÉI SHORTS 2026Memperkenalkan juri utama Ménéi Shorts 2026: Razaisyam Rasyid!Beliau merupakan seorang pengarah, p...
25/05/2026

JURI MÉNÉI SHORTS 2026

Memperkenalkan juri utama Ménéi Shorts 2026: Razaisyam Rasyid!

Beliau merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan penyunting yang telah banyak terlibat dalam penghasilan pelbagai filem, telemovie, siri TV. Antara karya beliau termasuklah KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL (2024), PUSAKA (2019), CEO (2014), telemovie KEKASIH ELEKTRIK (2017), serta siri televisyen I.D (2024), PROJEK ANCHOR: SPM (2021) dan MANDATORI (2017). TARUNG: UNFORGIVEN (2026) yang sedang laris di pawagam kini merupakan karya terbaru beliau. Razaisyam juga pernah menjadi mentor bagi Bengkel Filem Pendek semasa PFKB 2024.

***

3 minggu lagi sebelum tarikh tutup Ménéi Shorts pada 15 Jun! Cuti sekoloh ni boleh la ajok saing buat filem 💪🎬🎞🎥

Rujuk pengumuman Ménéi Shorts 2026 di sini: https://www.facebook.com/share/p/18Q6jb9t9n/

Hantar penyertaan anda melalui borang ini: https://tinyurl.com/MeneiShorts2026

Jom, kito pakat buat filem!

MÉNÉI SHORTS: 1 BULAN LAGIMasih ada sebulan sebelum tarikh tutup Ménéi Shorts pada 15 Jun! Setaro mano doh progress sek ...
15/05/2026

MÉNÉI SHORTS: 1 BULAN LAGI

Masih ada sebulan sebelum tarikh tutup Ménéi Shorts pada 15 Jun! Setaro mano doh progress sek demo? Share la sikit...

Rujuk pengumuman Ménéi Shorts 2026 di sini: https://www.facebook.com/share/p/18Q6jb9t9n/

Hantar penyertaan anda melalui borang ini: https://tinyurl.com/MeneiShorts2026

Sebagai rujukan, anda boleh tonton filem-filem yang tersenarai pendek semasa Ménéi Shorts 2025 di sini:-
LESEK (juara): https://www.youtube.com/watch?v=K0hS1CvMJhs
ANTARA REHAL DAN LUKISAN: https://www.youtube.com/watch?v=wDWSdhaMDpc
BREATHE & SEE: https://www.youtube.com/watch?v=CSTv822zRP0

Tonton juga filem karya peserta Bengkel Bikin Filpen semasa PFKB 2024 sebagai inspirasi tambahan:-
BASOH: https://www.youtube.com/watch?v=LPF4hw9KZek

Jom, kito pakat buat filem!

Address

Kota Bharu
15000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesta Filem Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Pesta Filem Kota Bharu:

Shortcuts

Share

Category