Myguybidun

Myguybidun promosi

14/09/2025

layan lagu rohani time hujan lebat
cover lagu: Hanya Yesus Jawaban Hidupku
Ciptaan: Mawar Simorangkin

lawatan d Gereja Labuan LAC 15-17/08/25
01/09/2025

lawatan d Gereja Labuan LAC 15-17/08/25

30/07/2024

Ada yg rindu tamu Kota Belud ka....cantik sudah gais, malam pun ramai org....

Siapa sokong, angkat tangan....
30/10/2023

Siapa sokong, angkat tangan....

20/08/2023
16/01/2023

Jangan dibuang nasi sejuk atau lebihan nasi di rumah kita, boleh buat keropok?

Cara-cara hasilkan *keropok nasi*

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
3 ulasbawang putih
1 sdt ketumbar
1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. iris nipis
garam secukup rasa
Stok ayam/ kiub ayam

Langkah-langkahnya

1.Blender nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus

2.Masukkan garam, irisan daun bawang, kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.

3. angkat adunan dan bentukkan lonjong(seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.

4. Angkat dan poton gnipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
5.Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.

Kredit : Fauziah Khary

25/08/2022

RESIPI NGIU CHAP (MEE SUP DAGING KERBAU/LEMBU) Simpan supaya ndak hilang, makan waktu hujan2 memang sedap πŸ˜‹

BAHAN-BAHAN:

SUP UTAMA:
● 1kg tulang KERBAU @ tulang ayam
● 1kg daging karabau/lembu
● 200g urat daging kerbau/lembu
● 200g perut daging kerbau/lembu
● Ikan bilis 100g
● 100g taugeh
● 10g gula batu
● 2 sudu teh lada putih (dihancurkan)
● 2 biji bawang bombay (dikupas)
● 1 sudu kecil garam secukup rasa
● 5 liter air

REMPAH (A):
● 1/2 sudu kecil lada Szechuan (fah chiew, utk bau khas sup ini)
● 4 biji bunga lawang
● 1 sudu kecil jintan putih
● 2 cm cekur
● 4 cm kayu manis
● 5 cm halia (pecahΒ²kan)

PERASA (B):
● 1 sudu kecil garam secukup rasa
● 1 sudu kecil gula
● 1 sudu besar kicap soya
● 1/2 sudu kecil kicap pekat

BAHAN-BAHAN YG DISERTAKAN SEMASA MENGHIDANG (C):
● 1kg mee kuning /wantan
● 100g taugeh
● 1/2 mangkuk kecil bawang goreng
● Hirisan daun ketumbar

UNTUK SOS CILI:
● 5 cili kering (direndam)
● 5 cili merah
● 5 biji cili padi
● 5 ulas bawang putih
● 1 sudu besar cuka beras
● 2 sudu besar jus limau
● 3 sudu besar air masak sejuk
● 1 sudu kecil garam
● 1 sudu kecil gula

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Utk menyediakan stok sup, bilas bersihkan tulang kerbau. Masak air sampai mendidih di dlm periuk yg basar. Masukkan semua tulang kerbau dan Bahan-bahan sup, masak sampai mendidih dengan api yg sederhana. Biarkan ia mendidih selama setengah jam atau sampai agak masak dan naik bau.

2. Perlahankan api dan reneh sup perlahanΒ². Masak selama 1Β½ jam atau sehingga stok kurang separuh dari mulaΒ².

3. Tapis stok sup dan keluarkan rangka tulang kerbau dan bahanΒ² lain, alihkan. Masak perut daging kerbau ke dlm periuk air mendidih. Masak selama 15-20 minit. Keluarkan dan kemudian cuci perut dan buang lemak yg berlebihan. Potong perut menjadi kepingan nipis.

4. Masukkan p**a urat dan daging kerbau dlm air mendidih, masak selama 15-20 minit, angkat kemudian potong menjadi kepingan. Masukkan air bekas memasak perut, urat dan daing tadi ke dlm stok sup utama (rangka tulang kerbau).

5. Panaskan minyak di dlm periuk dgn api sederhana tinggi. Apabila panas, tambah halia dan kacau selama 20- 30 saat.

6. Tambah baki bahan-bahan (A). Guring sampai wangi.

7. Tuang dlm stok sup dan masak sampai mendidih. Masukkan daging perut, urat dan daging. Kemudian perlahankan api dan reneh selama 1 jam sampai daging lembut. Tambah perasa B utk sesuaikan rasa.

8. Utk hidangan, masukkan mee dan taugeh ke dalam mangkuk. kemudian tuangkan sup beserta bahanΒ² daging tadi, bawang guring dan hirisan daun ketumbar. makan semasa panas dgn sos cili.

9. Untuk sos cili, campurkan semua bahan-bahan dlm mesin pengisar. Kisar sampai halus.

TIPS:
Makan daging ni kena jaga2 ya. Sedia la makan omega, Lecithin, CB plus

Kredit kepada pemilik resepi

Hi...kpd anda yg ada masa lapang, bolehlah cuba resipi ini ya ....slmt mencuba
14/08/2022

Hi...kpd anda yg ada masa lapang, bolehlah cuba resipi ini ya ....slmt mencuba

Cempiang lagiπŸ˜…
Bahan untuk doh:
4 cawan tepung gandum
2 sudu makan marjerin ( ikut s**a apa brand... hantam saja labu .. janji marjerinπŸ˜…)
1/2 sudu garam
1/2 sudu baking powder
1 paket yis ( sis guna Mauripan)
2 sudu kecil gula
3 sudu kecik Susu pekat
1 cawan air suam
Cara membuat doh:
1. Satukan yis, gula , Susu pekat dalam satu cawan air suam. Kacau dan biarkan selama 5-10 minit.
2. Dalam sebuah mangkuk besar, gaulkan majerin, baking powder & garam dengan tepung gandum hingga rata.
3. Bila campuran yis sudah kembang, Tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil menguli tepung. Uli sehingga menjadi doh.
4. Tutup doh untuk proses mengembang - tinggalkan selama 30 -45 minit.
Sambil tunggu adunan kembang boleh buat inti / sos cempiang..
Bahan inti /sos doh:
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecik serbuk rempah 5 ( ikut s**a, Kalau mau rasa lebih kuat, letak lah 2 sudu makan tu serbukπŸ˜ƒ)
1 sudu besar air suam
Cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.
Cara membuat cempiang:
1. Bahagiakan doh kepada 3-4 bahagian - kalau mau buat besar bahagi 2 saja.
2. Canaikan doh. Kalau boleh biar tepinya sekata, kalau tidak boleh pun tidak apa2..
3. Letakkan bancuhan kicap secara merata di atas doh, tetapi jangan sampai di bahagian tepi. Sos tidak perlu sapu sampai hujung, supaya mudah ianya melekat.
4. Gulung doh sehingga ke hujungnya. Kemudian potong anggaran 1.5 cm setiap satu. Kalau mahu tebal boleh potong sehingga 2 cm atau lebih. ( apa2 pun, agak2 saja lah tu ketebalan).Biarkan ianya dalam 5 minit sehingga mengembang.
6.Goreng di dalam minyak yang banyak & api sentiasa kecil kan untuk mengelakkan cempiang hangus..πŸ˜ƒ
Selamat mencuba...
Kredit : Watie Dee

07/07/2022

Selamat pagi semua, semoga anda semua di berkati Tuhan yang maha esa....

Kita-kita juga bah ini.....πŸ™πŸ™πŸ™
01/06/2022

Kita-kita juga bah ini.....πŸ™πŸ™πŸ™

Finalis Pialaan Unduk Tindal Kota Belud 2022 DUN TEMPASUK.

15/05/2022

hi semua rakan2 fb...sya doakan semoga anda semua sehat2 belaka dan di murahkan rezeki.......salam hari raya semua.....

Address

Kota Belud
89150

Telephone

+60178160008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Myguybidun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Myguybidun:

Share