20/08/2026
π²πΎπβ¨ SUMBANGAN BENDERA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN OLEH PIHAK MATRIX β¨ππ²πΎ
π Tarikh : 20 Ogos 2026 (Khamis)
π Tempat : Pejabat SK Abdul Rahman Yassin
SK Abdul Rahman Yassin (SKARY) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Matrix atas sumbangan bendera sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026.
Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu menyemarakkan lagi suasana Bulan Kebangsaan di sekolah, di samping memupuk semangat patriotisme, rasa cinta akan negara serta kebanggaan sebagai rakyat Malaysia dalam kalangan warga SKARY.
Jalinan kerjasama dan keprihatinan daripada pihak luar seperti ini turut mencerminkan semangat kebersamaan antara sekolah dan komuniti dalam menjayakan pelbagai program serta aktiviti yang memberi manfaat kepada murid.
Semoga hubungan baik dan kerjasama erat antara pihak Matrix dan SKARY dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.
Terima kasih atas sumbangan dan sokongan dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan! π²πΎβ€οΈβ¨