Cerita Alam Baru

Cerita Alam Baru cerita² semasa dan nilai² yg diceritakan diharap dapat menangkap para pembaca untuk membaca dan tak sabar menunggu episod seterusnya.

17/10/2019

Part 11
Hampir 10 minit ustaz terkurung dalam bilik no 3..tibe² pintu bilik terbuka..ustaz keluar dengan muka serius pandang aku.
Ustaz duduk di sofa dan menarik nafas panjang..dan mendiamkan diri sambil memandang keadaan setiap sudut 🏠.
Aku menjemput ustaz dgn anak buah nya minum

Aku : minum dulu ustaz..(mengigil² tangan aku curah dekat dalam ☕)

Ustaz memandang aku dan lepaskan nafas yg panjang

Ustaz : kamu ada sakitkan hati sesiapa ke..??betul ke banyak 🐈🐈 mati sebelum ni..??
Ustaz memulakan biacara
Aku macam tergamam..berfikir sejenak..
Aku: tiada p**a ustaz,saya rasa ok je dengan kawan² saya,cuma saya ada dapat mesej ugutan je..tapi saya tak endahkan lah..tapi bab 🐈🐈 tu betul..kenapa ya ustaz..??
Ustaz : boleh saja baca mesej tu..??
Aku : boleh ustaz..sekejap saya tunjukkan
(Sambil amik telefon dan membuka ruangan mesej)
Ustaz : kamu tahu ke siapa yang hantar mesej ni..??
Aku : tak tahu ustaz,sebab bila saya call tak dapat.

Ustaz melepaskan keluhan bile aku bagitau.

Ustaz : masa dalam bilik tadi..sya nampak semua bayangan,orang yang hantar benda ni adalah kalangan kawan kamu juga,dia cemburu dengan apa yang awak buat,dia cemburu dengan semua 🐈🐈 kamu dan paling seronok..dia juga penah datang 🏠 sebagai pelanggan dan kawan.

Aku terus terduduk bile dengar apa yang ustaz cakapkan tadi..dalam kepala aku memikir..siapa orang tu..??apa yang dia nak.??

Ustaz : motif dia buat macam ni hanya satu saja..dia taknak nmpk kamu senang,dan di nak kamu jatuh terduduk dan setiap kali benda ni berlaku..🐈🐈 kamu akan kena tempias nya..sebab tu mana yang masih kecil sering jadi mangsa.

Aku hanya duduk diam saja dan memikir..apa sebenarnya yang jadi..kenapa aku yang kena..

Aku : boleh ustaz buang dan pagarkan rumah saya..??
Ustaz : Boleh..tiada masalah..esok malam saya datang lagi..buat masa ni..tido lah umah mak atau siapa² dulu..sya akan ikhtiar dari jauh dulu..sebab orang yang buat awak ni..bukan biasa²
Aku : 🐈🐈 saya macam mne p**a ustaz
Ustaz : tidak mengapa..sya akan pagarkn bilik ni dahulu..bagi semua🐈🐈 awk tenang..
Aku : baiklah ustaz,terima kasih.

Ustaz pon menabur garam di semua sudut bilik 🐈🐈 dan menasihati aku supaya mengikut pantang larang dia..aku hanya anggukan saja.
Jam menunjukkan 10.30pm dan ustaz dan anak buah meminta diri untuk p**ang dan aku pun terus ke 🏠 mak aku.
Malam tu tido aku tak lena..semasa aku tido..aku mimpikan seorang lelaki berbadan besar cuba menhampiri aku..dari jauh aku nampak kedua² 👀 lelaki trsebut berwarna merah pekat..seperti gaya seorg yang sangat² mara.
Di dalam mimpi trsebut aku cuba lari..tapi kaki aku membeku untuk berlari..seakan digam kakinya..lelaki tersebut makin dekat..dan dekat dan membisikan sesutu di telinga aku..seperti kata² amaran

Lelaki : ko dah buat aku sakit..aku akan pastikan ko juga rasa macam aku rasa..

Lepas dengar suara tdi..tersentak aku dari mimpi terus,peluh aku berjurai macam air terjun dh..dan azan suhuh pon berkumandang..

17/10/2019

Part 10
Tepat jam 9.00pm..ustaz pon datang ke 🏠 aku..tapi sebelum ustaz tu datang..masa aku kemas tempat anak² 🐈🐈 aku..smua kucing mara bila aku cuba dekat dengan dorang smua..macam menyinga je bila aku nk dekat..aku jadi pelik..kenapa dengan smua ni..pandangan mata semua 🐈🐈 aku..macam ketakutan..masing² bila aku pegang macam meronta mintak aku lepaskan,masa tu tangan tak payah cerita dah..dah bercalar balar dh..(turun hantaran dah😅😅)..aku teruskan mengemas macam biasa lepas dorang semua nampak tenang..
Tepat jam 9.00pm seorang lelaki dalam lingkungan 50 lebih dan 2 orang lelaki macam anak buah beliau..memberi salam dekat depan umah..jadi aku syak mereka lah orang yg aku nantikan..aku jemput semua masuk ke 🏠..dan bersalaman semua..dia memperkenalkan nama beliau Ustaz Naim.

Ustaz : Assalamualaikum,kamu yang telefon saya pagi tdi ya..?
Aku : Yup..sayalah ustaz,yang saya dah ceritakan semuanya kat ustaz tu.
Ustaz : Baiklah..boleh saya masuk
Aku : Boleh ustaz..silakan.

Sebelum masuk ustaz dengan anak buah beliau membaca sesuatu di halaman 🏠 sebelum melangkah masuk kedalam rumah.Aku hanya mampu duduk ditepi saja sambil memerhati.
Selangkah saja kaki ustaz masuk kerumah..semua 🐈🐈 dalam sangkar aku gelisah..mundar mandir dalam sangkar..macam kepanasan..seekor² aku cuba tenangkan..

Ustaz : Boleh saya mulakan untuk tengok keadaan 🏠 ni..
Aku : Boleh ustaz,silakan..ni bilik pertama saya..bilik ni saya hanya letak 🐈🐈 saya saja.
Ustaz : bilik ni bersih..tiada apa² (selepas ustaz teliti setiap sudut.
Aku : ni bilik tido saya ustaz..bilik tengah²..
Ustaz : sekejap..
Aku : 😨😨 ( aku terkedu)
Ustaz : benda ni baru je keluar dari bilik ni,saya dapat rasakan kehadiran dia.Ada bilik lain lagi ke..??
Aku : aaaaadddaa ustaz..bilik sebelah..no 3..bilik tu sya jarang guna..hanya letak barang² tak pakai saja dalam bilik tu..
Ustaz : boleh saya tengok..??
Aku : boleh ustaz..mari..
Ustaz : kamu berdua teruskan berzikir..jangan berhenti (kata ustaz dekat pembantu nya)
Aku membuka pintu untuk ustaz masuk ke dalam bilik no 3..selepas ustaz masuk je..pintu tu tertutup sendiri..

"Paaaaannnnnggggg"

Kuat sangat² dentuman pintu kat bilik no 3..pembantu ustaz tadi tidak habis² berzikir dari tadi..aku langsung tak dengar apa² yang berlaku dekat dalam bilik tu..aku dh mengigil ketakutan..ni lah pertama kali benda ni jadi dekat aku..semua 🐈🐈 aku gelisah balik mcm tadi..mundar mandir tak tentu hala dalam sangkar..aku menangis tanpa sedar..(😭😭😭)

15/10/2019

Part 9
"Pangggggg...paanngggg"
Kuat bunyi kaca jatuh ke lantai..berkecai sana sini..aku kat bilik dah terketar² ketakutan..pintu bilik aku dicakar lagi dan lagi..aku buntu terus..mungkin makhluk tu mara sebab aku ada panggil ustaz..benda tu berlarutan dekat 1jam..aku hanya diam membisu di dalam bilik..aku tak boleh tido langsung,hanya membeku di dlam bilik saja..
Sedar tak sedar azan subuh aku dengar berkumandang..aku yakin..msty mahkluk tu dah lari..
Aku perlahan² bukak pintu bilik..seperti mengendap..kosong je diruang depan..aku keluar perlahan² ke ruang tamu dan menuju ke dapur..aku tergamam sebab tiada apa² yang pecah..pinggan,cawan smua dalam kedudukan yang asal..tiada sebarang retakan..pintu aku yg dicakar tadi semuanya elok..tiada kesan cakaran apa²
Aku masuk ke bilik 🐈🐈 p**ak..semua macam ketakutan..semua 🐈🐈 tengok aku macam nak luahkan sesuatu..tapi aku tak paham..seekor² aku usap..bagi tenangkan dorang..💦👀 aku menitis perlahan² sebab terlalu letih dengan apa yang berlaku hari ini..
Penah satu hari seekor dari 🐈 aku luka dibahagian atas kepala,berdarah aku tengok..padahal tiada 🐈 lain pon dengan dia masa tu..aku pelik..kesian 🐈 aku masa tu..

Selepas kes tu..balik dari kerja..aku masuk ke 🏠 macam biasa..selangkah je kaki jejak ke lantai..hidung aku terus menangkap satu bau yang sangat² busuk..macam bau bangkai yang sngat² lama terperap..
Aku masuk setiap bilik untuk periksa bau tu datang dari mana..dan akhirnya aku jumpa bau tersebut dari satu tilam terbiar yg aku sandar di dinding..bilik no 3 tu bilik sebelah saja..tapi ruangan bilik tu jarang digunakan..aku keluarkan tilam tersebut ke luar rumah..jiran sebelah rumah terus menegur aku.

Jiran : dik..kenapa dengan tilam tu..??
Aku : nak buang kak..dah berbau busuk sangat ni.
Jiran : busuk..??tiada bau apa² pon..kat mana yang bau busuk nya
Aku : kat sini kak (aku menunjukkan ruangan tepi tilam)
Jiran : (datang dekat dengan tilam dan cium) xde bau apa² pon dik..
Aku : Allah kak..busuk sangat dah ni..akak tak bau ke..??
Jiran : tiada dik..tiada bau apa² pon..
Aku : takpelah kak..sya letak kat luar je ni..kalo esok dah tiada bau apa²..sya masukkan lah balik dalam rumah..
Jiran : yelah dik..
Aku : kak..semalam ada dengar apa² tak smlm..mcm bunyi bising ke..
Jiran : tiada p**ak dik..tenang je smlm
Aku : 🤔🤔🤨🤨😣..oklah kak..saya masuk dulu ye.
Jiran : ok dik..

Aku masuk terus kemas bilik 🐈 dan kemas apa yang patut..mandi² terus pergi ke 🏠 mak..malam ni aku amik keputusan untuk tido dekat 🏠 mak saja..😅

Pagi nya aku cari ustaz lain..kebetulan seorang staff kenalkan seorang ustaz ni kepada aku..staff aku kata ustaz ni bagus dalam perubatan macam ni..aku terus hubungi ustaz tersebut untuk datang ke rumah aku malam ini juga..

15/10/2019

Part 8
Penah 1hari aku kena kerja fullshift sebab partner aku cuti..nak tak nak kena keja jugak dari jam 9.00am sampailah 11.00pm..sampai 🏠 mestilah dalam jam 11.20pm macam tu..
Jiran depan rumah aku tiap² malam akan lap² van dia..🏠 dia betul² berdepan dengan rumah aku..

Aku : hai uncle,lewat tido.?
Uncle : sudah biasa lah..eehh u baru balik ka..??
Aku : yup uncle,sya kena kerja full hari ni..
Uncle : haiyaa..tadi jam 8.00pm bru saja i nampak u dalam 🏠..tapi u baru balik kje..i tak salah tengok kan..

Aku dh tergamam masa tu..

Aku : mungkin i punya adik uncle datang rumah i..
aku ada kat 🏠..aku bru je balik ni (dalam hati je jwab)
Uncle: mungkinlah..orang tua kan..mne nampak sangat..😅
Aku : ok uncle..i masuk dalam dulu ye.(berlari anak aku masuk dlam 🏠)

Aku bagi salam macam biasa,masuk rumah terus masuk dalam bilik..ambil telefon dekat dalam bag terus dail no mak..

Aku : Assalamualaikum mak,tdi ad sesiapa datang rumah orang ke..??
Mak : wasalam..takde p**ak sbb kunci ni ada je mak pegang..tiada sesiapa pun minta..
Dalam hati aku..(dah sudah..abis sape p**ak jiran aku nampak tu.?)..
Aku : takpelah mak..nanti minta sape² datang rumah orang..teman orang tido.
Mak : yelah..nanty mak pesan dekat adik suruh teman tido kat rumah..
Aku : terima kasih mak.
Mak : ada apa² ke nak cite kat mak ni..??
Aku : eehh..takde apa² mak..hehe (bagi sedapkan hati mak aku,padahal badan aku dah mengigil ketakutan)
Mak : haa yelah kalo takde apa²..pergi mandi rehat kan badan sana..Assalamualikum.
Aku : wasalam mak.

Bermula pada malam tu..aku rasa macam aku duduk dalam penjara kajang..diperhatikan macam seorang banduan..tak selamat..hari² kena kacau..mana dngar air terbuka sendiri..main ketuk² dinding,main kejaŕ² kat ruang tamu semua..smpai satu masa aku dah giveup..dan aku panggil seorang ustaz untuk datang ke rumah aku..aku kenal sebab dari kenalan² jugak yg bagi aku no dia..masa mula² dia masuk datang ke 🏠 aku..dia perhatikan semua tempat..semua bilik..dia kata 🏠 aku bersih..tiada apa² pon..
Aku dh tergamam,perasaan masa tu dh bercampur aduk sangat² dah..ustaz pon bagi aku air penenang suruh minum dan tido..dia kata mungkin aku penat sangat bekerja..aku hanya anggukkan saja..tak tahu nak cakap macam mana lagi..aku iring ustaz keluar dari 🏠 aku dan bersalaman..

Aku : Ustaz yakin ke 🏠 saya ni bersih..(dengan riak muka sedih dan takut)
Ustaz : Ya,saya dah tengok semua tempat..tiada masalah.
Aku : Ustaz tak nak masuk sekali lagi ke tengok.
Ustaz : Haha..tak perlu..mungkin dia hanya lalu saja,kite xnmpk sngat.
Aku : hhmm,baiklah ustaz
Ustaz : Jangan lupa sebelum tido amik wudhu dulu..pastu selawat 3 kali..minum air yang saya bagi tadi.
Aku :InsyaAllah ustaz,terima kasih.

Aku tengok jam dinding dh dekat jam 12..aku dh kepenatan..baring di atas katil lepas minum air yang ustaz bagi tadi..aku cuba lelapkan mata..tak smpai 5minit tibe² satu bunyi yang kuat macam pinggan jatuh kat dapur..

"PPPAAANNNGGGGG"

14/10/2019

Macam mane dengan cerita "Permulaan segalanya"..?
Seronok atau tak..??
Dipart seterusnya banyak lagi part² yang seram bakal korg baca dan alami..
Diharap semua setia menunggu..😊

14/10/2019

Part 7
TETAPI...
Diluar pintu bilik aku..aku dengar mcm org cakarkan kuku dia pintu bilik aku...

"Ssrrrttt...srrrtttt..ssrrrttt"

Peluh dh mula turun lebat..padahal sejuk time tu..dekat 30minit aku membeku sorang² dalam bilik..tak tahu nak buat apa..nak keluar bilik takut..nak lari ke rumah mak aku..lagilah mengigil² kaki..aku capai henpon aku dengan terketar² aku bukak surah dalam youtube..(nampak tak baru sekarang terkial² nak bukak surah)..xlama lepas tu aku terdengar azan subuh brkumandang..dalam hati aku dh lega..lepas je brkumandang azan subuh bunyi tu terus hilang..nafas lega aku lepaskan..berharap tiada lagi gangguan..aku cuba positif kan diri mungkin makhluk tu hnya lalu saja..aku beranikan diri untuk kluar bilik dan tengok ad apa² kesan cakaran kat pintu bilik..tetapi tiada apa² kesan pon..aku pergi ke dapur tuk cuci muka dan cuba kembali tuk lelap..sbb kerja pagi kan..sure 👀 rabak nanti masa kerja..

Aku : harap benda ni tak berlarutan lah(detik aku dalam hati)

Tetapi benda ni berlanjutan..
Penah aku balik kerja petang..jumpa gumpalan rambut yg panjang dlam rumah..ble tngok betul²..bukan rmbut aku sbb rambut aku pendek..nak katakan bulu 🐈 aku..lagilah jauh beza..mungkin rambut adik perempuan aku yang kdang² datang rumah aku barangkali..penah jgak aku mara adik aku cakap pasal rambut dia kat rumah aku berselrak..tetapi dia pon pelik,sebab dia tak.pergi umah aku dh lama.
Sampailah satu hari aku tido..aku termimpi 3ekor 🐍🐍🐍 hitam kejar aku dalam mimpi..kejar dengan laju seolah macam nak patuk aku..lepas dpat mimpi tu..aku tersedar terus,berpeluh satu badan mcm baru lari 200meter.Aku bangun dan terus capai henpon tengok jam pukul 4.50am..termenung aku seketika..petanda apa mimpi aku tu..sebak terus hati aku..aku ada buat apa² salah ke...??bile lepas azan subuh bru aku dpat lelapkn mata..itupon aku dpat tido² ayam saja..sebb nk masuk kerja pagi lagi nanti.
Selepas aku dpat mimpi tentang🐍🐍🐍..badan aku sering sakit² sendi,lebam kdang² kat badan..bile kerja rasa nak mara..rse giveup dalam hidup..aura negatif smua dh masuk dalam badan aku.

Pernah 1 hari masa aku tengah kemaskan sangkar 🐈🐈🐈 aku..smua mata dorang pandang atas syiling..aku cuba toleh tiada apa²..aku cuba alihkan perhatian anak² aku..tetapi tetap jgak 👀👀 pandang keatas..buntu aku..dlam hati aku cakap mungkin diaorang ni nak bagitau aku sesuatu ada benda yang diaorang nampak sebenarnya,dan aku jugak alami kerugian yang sangat² teruk sebabnya banyak anak 🐈🐈 aku mati tanpa sebab..penah sekali aku post gamba dengan video dekat FB,status whatsapp..esok nya mati tibe²..seekor demi seekor mati macam tu saja..padahal semalam diaorang seronok berlari main dgn kembar dorg..isi perut dorg mcm kosong masa aku nk tanam dorg tapi apakan daya..mungkin bukan rzeki aku kali ini.

14/10/2019

Part 6
Lepas kejadian malam tu..selang 2-3 hari aku rasa mcm biasa..macam tiada apa² berlaku dah..jdik aku pon buat mcm biasa..pada hari ke4..disini lah smuanya bermula..
Kebetulan masa tu aku kje petang..jdik balik kje jam 11.00PM..aku bukak mangga pintu smua mcm biasa..dan memberi salam mcm biasa..masuk rumah salin baju smua terus kemaskan bilik 🐈..semasa mengemas tu..ak panggil semua nama sekor²

Aku : sky,aurora,tobby,luna semuanya ok ke..??(banyak nk sebut sbb dekat 20ekor masa ni bela)

Dorg pandang aku mcm ketakutan dan fokus mata 🐈 tu kearah aku saja..mne ak pergi smuanya pndng ak..kebetulan aku ada anak kucing yg bru 1bulan..jdik kecomelan smuanya ikut tuan dia..🤭🤭 (ok..done puji diri sndri)..mse tu smua nya aktif²..pnjt sngkar..aku sndri kdng² konfius..ak bela kucing atau anak monyet😅😅..aku check sekor² anak kucing tuk pastikan dorg sihat..lepas aku dh siap tukar makanan,air dgn bekas pasir..aku selalunya akan lepaskan dorg dlam 30minit - 1jam untuk renggangkan bdan..tapi pelik nya dekat sni..sekor 🐈 pun xberani kluar sngkar..kalo tidak sebelum ni..smua pntang kalo aku bukak sngkar..terus berdesup smuanya hilang dari radar..tpi berlainan p**ak kali ini..pelik aku tngok gelagat anak² aku ni..lepas siap smuanya..ak tengok jam dah dekat 1.00am..terus aku ttup smua pintu dan mandi..
Lepas aku naik mandi keadaan anak² aku msih sama..masih tkut kluar sangkar..aku pon masuk blik dan ttup pintu sngkar semula.Jam dh menunjukkan 1.30am..aku pon masuk blik untuk tido..smbil baring melayan FB..akhirnya aku terlelap..

Aku terjaga lepas dngar mcm ada org berjalan hentak kaki kat ruang tamu..aku capai henpon aku dan melihat jam pukul 4.30am..terpikir aku sekejap..

Aku : siapa p**ak kat depan ni..memekak je..adik aku agaknya ni..sebab dia kan ad kunci rumah ni jgak.

Aku pon bangun dan bukak pintu bilik..aku lihat tiada sesiapa di ruang tamu..aku menjdik pelik..mngkin aku mengigau agaknya..aku pon masuk balik ke bilik..ttup pintu..tibe² aku dengar suara org ketawa😨😨..meremang trus bulu roma aku..berdiri tegak terus aku dibuatnya..

Aku : sssiiaaapppaaa pppllaaakkk tttuuu...(kata aku dlam hati)..aku tengok jam dh dekat jam 5.00am..

Kedengaran suara tu ketawa dalam 2minit jgak..selepas tu trus snyap..aku menarik nafas lega..sbb aku pikir dh berakhir..
TETAPI....😨😨😨

13/10/2019

Part 5
Aku selalu balik kerja dekat² maghrib..yelah ikut shift kan..lupa nk bagitau aku dduk sorang² time ni..masuk jam 9.00 pagi..6.00 balik..itupon bukan bleh blik sharp²..(nak tnjukkan aku pekerja yg baik..last² aku jgak dituduh bkn²😅😅)..ak sampai je 🏠 bukak pintu semua..tibe² masa bukak sliding door je satu hembusan 🌪🌪 trus terjah kat badan aku..meremang terus smua bulu roma aku masa tu..terus tergamam aku kat depan pintu sekejap..

"Apa benda tadi ni..??🤔🤔😣😨"

Aku bagi salam macam biasa masuk umah dan wat tak tahu sebab badan masa tu dah penat sangat..masuk bilik terus baring atas katil dan xsmpai 10saat aku dh terlelap..

"Kring..kring...kring..kring.."

Aku tersedar lepas henpon aku bunyi..aku tengok jam dekat henpon dh pkul 10.00pm..mak aku telefon rupanya..

Mak : bang..tengah wat apa..??dah makan..??
Aku : baru sedar mak dari tido ni
Mak : nak makan tak..kalo nak..mak suruh adik hntarkan ke rumah.
Aku : boleh jugak mak.
Mak : tunggu sekejap lagi..mak suruh adik hantarkan makanan.
Aku : baik mak
Mak : dah bangun,pergi mandi sana.

Aku hanya berdehem saja..aku pandang sekeliling..ruangan rumah aku gelap gelita..sbb balik keja tdi aku tak pasang satu lampu pon dekat rumah.Aku bangun keluar dari bilik nak menuju ke ruang tamu dan masa aku nk petik suis..aku perasan macam ada benda lalu belakang aku..meremang terus bulu roma aku..cepat² aku bukak lampu bagi terang..
Aku pon hidupkn semua lampu 🏠 biar terang setiap sudut..maklumlah aku ni penakut sikit..
Selepas kemas bilik 🐈 aku..aku terus mandi..lepas dh siap mandi semua adik aku datang hantarkan makanan untuk aku makan..(nampak tak mak aku sayang aku 😅😅 yelah mahu tak sayang kalo dh membulat)..ak tengok jam dh dekat jam 12.00 dah..aku trus ttup smua pintu dan bukak TV sambil makan.

13/10/2019

Part 4
Adat dlam dunia ni..takkan ada orang yang nk tengok kite senang..
Dalam sebulan ak mulakan bisnes kecillan aku,aku dapat satu msj ugutan dari seseorang..dlam msj tu dia ckp..

"Tolong hentikan bisnes ko yang tak seberapa tu..sebelum jadik apa² dekat kau..kau dh ganggu bisnes ak"

Dan ak punya reaksi hanya lah 😱😱😱😱 begini saja..😅😅..aku hnya amik sudut positif saja dan anggap benda tu sebagai main²..niat aku hnya 1..yg penting ak cari atau ak buat adalah dezeki HALAL..
Selepas seminggu aku dapat lagi satu mesej ugutan tetapi no yg berlainan.

"Kau betul² dh mencabar aku,kali ini aku takkan main² dengan apa yg ak cakap"

Aku dh mula rasa lain dengan mesej ni..sbb ni kali ke2 aku dpat mesej ugutan..smua kerja aku buat serba tak kena masa tu..dalam kepala hotak aku ni memikir..siapa kah org yg msj aku ni..aku tak kacau orang pon..selama aku buat bisnes ni..ramai pelanggan yg puji cakap servis aku bagus..mood aku dah mula down masa tu..dalam kepala aku just pikir nak balik dan tido saja..
Betul kata orang..malang selalu tak berbau..selepas 3hari mulalah sesuatu terjadi dekat diri aku

12/10/2019

Part 3
Makin lama kenal mkin bnyk jugak ilmu ak dpat dari K.ana tentang 🐈..dan mkin seronok rasanya..dulu ak xpndai bela 🐈..tapi skrng Alhamdulilah..klo jumpa atau pergi makan mne² pon..klo ad rzeki lbh..kongsi je rzeki dengan 🐈🐈 ni..InsyAllah..ada rzeki akan dtang Allah balas dengan kebaikan kita smua.
Bile semua ilmu ak dh dpat..ak beljar 🚿🐈 (grooming kucing) dan Alhamdulilah..sambutan yang ak dpat sngat mengalakkan..dan ak jgak buat bisnes kecil² mcm jual makanan kucing,pasir.Mana yang tak sempat beli kat kedai dorg akan order barang dan aku sndri akan hntar naik 🛵 smpai kedepan rumah pelanggan ak sndri..time ni ak gigih sbb lepas blik kje je..terus ak anta dekat umah pelanggan ak..(😅mklumlah mse ni niat nk beli banglo,🚘 besar²..pdhal habuk pon xde..🤣)..yelah..xkn nk tnggu duit jtuh dri ☁️☁️ kot..klo betul jatuh..ak sndri dh berdiri hari² kat luar smpai pegang kain..nk tnggu duit jatuh punya pasal..🤣🤣
Ble smuanya dh mkin maju..ak buat 1 group Whatsapp untuk ak sendri kongsi tentang ilmu yang ak dpat dan urusan jual beli barang dekat group ak..
Alhamdulilah..ak dikelilingi dengan pelanggan yang paham tentang kerja ak,tentang kelewatan penghantaran barang sbb ak kerja ikut shift..semuanya berjalan dengan lancar sehingga kan satu hari tu..
Betullah kata org² dulu..tiada sesiapa pon s**a tngok kite senang dan mesti ada jgk yg berniat jahat terhadap kita dan akhirnya sesuatu terjadi.

12/10/2019

Part 2
Selain 🐈..🐟 puyu jgak bleh melihat entiti² halus dan jgak sbgai perantaraan..ok..ak ceritakan 1kisah singkatan dulu pasal 🐟 puyu..cerita ini ak dengar masa ak keciklah..xtau lah betul atau tak..😅😅..kisah jika budak hijau ingin masuk kerumah kite untuk mencuri..🐟 puyu ini akan melalaikan dan menhalang makhluk tersebut sehingga lupa tugas nya untuk mncuri..dan akhirnya 🐟 puyu tersebut mati..(aku xtau lah betul atau tak..ak dengar je yerk😅)..ok beralih cerita ak tadi..
Aku sngat minat dgn kucing dan ak pon beli sepasang kucing dari sahabat FB dari terengganu dan pakai pos naik bas tau 🐈 nya..ak beli sepasang time tu..ble dh berjinak bela 🐈..mstilah nak kena cari keperluan anak² (anak² ji maksudnya 🐈 akulah 😅)..jadi nya aku join lah semua group yang berkaitan dengan 🐈..yang dekat FB nya lain..dekat Whatsapp nya lain..meriah time tu..bangun² tdow je..capai henpon dlu (macam korg semua buatlah..mcm ak xtau kan..🤣)..penuh dengan notifikasi kat henpon nya..dalah ak pkai henpon murah time tu..🤣..
Dlam 1tahun ak kat dunia anak² ak ni..ak kenal dgn sorg sister ni..ak pnggil dia Kak Ana..orgnya cntik,baik,peramah dan paling best dia tak kedekut apa² ilmu tentang 🐈.Banyak lah jgak ak dpat ilmu dari dia..org tua² kata..selagi ada ilmu yg berguna..kita amik dan buat kan ianya berguna pada masa akan dtg..dan smpai skang ak gunakan tuk kawan² ak..
Bile dh kenal K.Ana (singakatan nama) ajak ak join yg berkaitan tentang kucing mcm jual brang² kucing,aku pun terima lah sbb berkaitan dengan duit kowt..spe yg xnk duit..betul tak..jdi nya dari situ aku mula bjar lagi lbh dlam tentang kucing.

12/10/2019

*Permulaan Segalanya*

Part 1
Aku perkenalkan,nama aku dirahsiakan,aku berusia 27tahun..aku seorang pencinta haiwan..lagi² seekor 🐱..
Ok..aku nk bercerita sedikit kisah bagaimana aku terjebak dan kisah² seram yang melanda kehidupan aku pada tahun 2017..dan dari sini baru aku tahu apa itu erti kawan dan lawan dalam kehidupan sekarang.
Cerita yang bakal aku ceritakan ini diharap sangat pembaca semua tidak ambil serius kerana ini adalah pengalaman hidup aku sndri dan tiada kena mengena untuk sesiapa..anggaplah dari cerita yang aku nak sampaikan dekat korg sebagai pengajaran di masa hadapan.
Sebenarnya cerita ini aku sendri penah post dekat status whatsapp..tapi sekarang dekat page aku sendiri..bru bleh panjang sikit taip..bru seronok nak baca..betul tak..😅😅..dan dekat sni jgak..aku akan gunakan ayat potong (mcm bdak² skng tulis) sbgai cerita aku yerk..harap korg smua paham lah..
Ok..aku nak start bercerita ni..
Selamat membaca semuanya..

Address

Kluang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerita Alam Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category