13/08/2021
Eh! Boleh ke Sesuka Hati Zahid-Najib-Anwar Minta PM Letak Jawatan
Cerita ini panjang, tapi best wooo… Kena baca sampai habis.
Pasukan Zahid-Najib-Anwar masih lagi cuba memainkan sentimen kononnya Muhyiddin kena letak jawatan kerana penarikan sokongan beberapa orang Ahli Parlimen UMNO yang menyokong gandingan kluster mahkamah, Zahid-Najib.
Pasukan Anwar p**ak cerita geng dia tidak menyokong Muhyiddin sebagai PM. Kump**an Mahathir-Shafie pun kata mereka tidak menyokong Muhyiddin
Muhyiddin telah jelaskan, untuk menjelaskan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri, satu usul undi percaya kepada beliau akan dibentangkan di Parlimen bulan September. Tindakan Muhyiddin ini tepat berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan.
Namun, kombinasi Zahid-Najib-Anwar ini masih cuba menimbulkan keraguan di kalangan rakyat. Hari ini Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi bercerita tentang kononya ada surat Speaker Dewan Rakyat Kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan jumlah sokongan yang Muhyiddin ada. Boom! Najib buat-buat tidak tahu dan menyambut cerita Asyraf. Sekali pun surat tu betul, di mana dalam Perlembagaan kata Speaker boleh kira berapa orang Ahli Parlimen yang sokong atau tidak sokong Perdana Menteri di luar Dewan Rakyat? Hahaha. Lawak juga Asyraf Wajdi ni, mengaji tinggi-tinggi, tapi ikut kluster mahkamah. Dulu dia yang beria minta Zahid berehat daripada Jawatan Presiden.
Pada masa yang sama, di mana dalam Perlembagaan yang kata Perdana Menteri boleh sesuka hati diminta meletak jawatan? Hatta tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan. Kalau ada peruntukan dalam perlembagaan, tunjukkan. Tak de, bro!
Kemudian ada yang rasa cerdik p**a kata, “Eh, takkan kita tidak tahu kes masa BN rampas jawatan Menteri Besar Perak daripada Nizar Jamaluddin tahun 2009 dahulu”. Najib yang terlibat masa jatuhkan Nizar dulu. Apakah Najib tidak faham atau buat-buat tidak faham perbezaan apa yang berlaku masa Nizar dengan apa yang Zahid-Najib-Anwar hendak lakukan terhadap Muhyiddin? Jauh bezanya.
Masa Nizar dahulu, 2 orang ADUN PKR, seorang ADUN DAP dan seorang ADUN UMNO yang ke PKR dan kemudian kembali kepada UMNO, telah menyatakan sokongan mereka kepada Zambry Kadir. BN telah kemukakan nama Zambry Kadir sebagai Menteri Besar. Pada waktu itu, jumlah ADUN yang sokong Zambry adalah melebihi ADUN yang sokong Nizar.
Sekarang ini, Zahid-Najib-Anwar dan juga pasukan Mahathir-Shafie tidak dapat bersepakat menyokong sesiapa menjadi Perdana Menteri. Apakah Mahathir akan sokong Anwar? Jauh sekali. Kalau Mahathir hendak Anwar jadi Perdana Menteri, sebelum beliau letak jawatan Perdana Menteri PH tentunya dia akan minta semua pihak sokong Anwar dan menyerahkan jawatan kepada Anwar sepertimana dia serahkan kepada Pak Lah dahulu.
Apakah Zahid dan Najib akan sokong Anwar? Zahid telah meratib keseluruh alam menceritakan bahawa No Anwar, No DAP. Namun, walaupun diratib begini, Zahid ini bukanlah satu karakter yang boleh dipercayai percakapannya. Kita tidak lupa perbualan Zahid dengan guru beliau Anwar yang telah diviralkan. Sayang Zahid kepada guru beliau masih tinggi. Tetapi, sekalipun Zahid hendak sokong Anwar, UMNO tentunya tidak akan merestui jajaran baharu UMNO-PKR-DAP yang sedang diusahakan Zahid-Anwar-Najib. Apakah DAP akan sokong Zahid sebagai PM? Pada pandangan DAP, Zahid-Najib adalah pasangan kleptokrat yang cocok. Tidak mungkin DAP akan sokong pasangan kleptokrat ini.
Jadi, kalau apa pun Zahid-Najib-Anwar sembang tentang surat sokongan dan sebagainya, Muhyiddin adalah seorang Perdana Menteri yang masih mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen yang ada. Zahid-Najib-Anwar dan kump**an Mahathir-Shafie tidak akan dapat menjatuhkan Muhyiddin dengan segala surat menyurat kerana tiada siapa pun dalam kalangan calon mereka yang boleh menandingi jumlah sokongan yang diterima Muhyiddin.
Panjang lagi kalau hendak diceritakan. Cukup dahulu setakat ini untuk dicernakan. Garis bawahnya, tiada siapa boleh menjatuhkan seseorang itu dari kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri kecuali beliau meletakkan jawatan atau Parlimen dibubarkan. Usah dilayan sembang kari Zahid-Najib-Anwar. Kita kenal siapa mereka..huhu.
Terima kasih.
Ikhlas
Aku yang hanya cerita fakta dan bukan kaki sembang kari seperti Zahid-Najib-Anwar