Ummu_hijjrah HM'gallery

Ummu_hijjrah HM'gallery Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ummu_hijjrah HM'gallery, Kinabalu.

bismillahirohmannirohim, we r muslimah fashion,please wait & see new stok in progress by ummu_hijjrah HMgallery ...muslimah clothing & beauty care

tq support �

18/09/2022
Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah... Semua orang puji saya dan ib...
01/06/2022

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika p**ak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan p**ak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan p**ang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa p**a sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut p**a tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*

Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebarknlah..

Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri.
Semakin hampir kita ke Alam barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di facebook, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

Via: ust Zakuan

29/05/2022

Assalamualaikum bestiee...

berminat pm tepi, tudung sarung ala2 ct sarah, wit label crown, senang sarung tp msi tetap kelihatan anggun, kerana ikut bentuk muka & anty pp tembam , tanpa auning so ikut s**a kita nak bntuk mcm mna☺️

Sebuah papan tanda di Masjid Turki berbunyi: "Wahai umat Islam, jika tiada bunyi kanak-kanak ketawa di belakang, khuatir...
19/04/2022

Sebuah papan tanda di Masjid Turki berbunyi:

"Wahai umat Islam, jika tiada bunyi kanak-kanak ketawa di belakang, khuatirilah bagaimana keadaan generasi akan datang."

Manakala ada Masjid di Indonesia, membuka seluas-luasnya kepada masyarakat, hatta kanak-kanak ke Masjid, walau berseluar pendek sekalipun. Kerana sasaran dakwah mereka adalah, untuk “Biar mereka lari ke Masjid, Jangan lari Daripada Masjid".

Masalah orang kita terlalu bengis, dan keras terhadap pengungjung yang hadir diluar kebiasaan adat. Kita gagal untuk jinak dan tawan hati jemaah. Akhirnya mereka mencari tempat yang tidak ada kutukan dan sindiran masyarakat. Ajk harus bijak, masyarakat perlu peka.

Seorang lelaki Inggeris bertanya kepada seorang ulama besar Islam kenapa wanita Islam tidak bersalaman dengan semua lela...
05/11/2021

Seorang lelaki Inggeris bertanya kepada seorang ulama besar Islam kenapa wanita Islam tidak bersalaman dengan semua lelaki?

Apa jawapan syeikh ini?

Di sisi kamu bolehkah sesiapa sahaja lelaki bersalaman dengan Queen Elizabeth ?

Lelaki Inggeris menjawab: Tentu tidak. Memang ada peraturan menetapkan hanya 7 golongan yang boleh bersalaman dengan Queen Elizabeth.

Syeikh menjawab: Kami juga begitu. Ada 12 golongan sahaja yang dibenarkan bersalaman dengan wanita kami iaitu : bapa, datuk, suami, anak, abang, anak tiri, pakcik, makcik, anak saudara adek lelaki, anak saudara adek perempuan, cucu sebelah anak lelaki, cucu sebelah anak perempuan( mahram)

Kamu lakukan kerana memuliakan Queen Elizabeth kamu, kami juga lakukan kerana semua wanita adalah pemaisuri kami yang kami muliakan yang tidak semua orang boleh bersalaman dengan mereka...

17/10/2021

🕌SALAM MAULIDUR RASUL 2021/1443H🕌

12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku dihari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
Dan disamping itu sesamalah kita berdoa agar wabak pandemik covid19 yang melanda negara ini akan segera berakhir. ♥️

02/09/2021
02/09/2021

TINGGI NYA DARJAT SEORANG IBU YG ALLAH SWT ANUGERAHKAN, ,

KETIKA KITA SOLAT SUNAT WAJIB BERHENTI KETIKA IBU MEMANGGIL ...

LAYAK KAH KITA BERGELAR ANAK MELUKA KAN HATI SEORANG IBU?

Pemergian seorang lagi tokoh pemimpin juga tokoh pendakwahTun Hj. Sakaran DandaiMantan Ketua Menteri SabahMantan Tuan Ya...
29/08/2021

Pemergian seorang lagi tokoh pemimpin juga tokoh pendakwah

Tun Hj. Sakaran Dandai

Mantan Ketua Menteri Sabah
Mantan Tuan Yang Terutama Yang DiPertuan Negeri Sabah
Mantan Cancelor UMS.

Moga Allah SWT menempatkan Allahyarham Tun bersama Anbiya, Siddiqin, Syuhada dan Solehin.

Takziah buat seluruh ahli keluarga besar Tun.

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إليَ رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون
اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَه وَوَسِّعْ مُدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّه مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِه وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali
“Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan ais. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Surga, hindarilah dia dari siksa kubur dan Neraka..

09/08/2021
deep .. innalillahiwainnalillahirojiun Alfatihah siti sarah
09/08/2021

deep ..

innalillahiwainnalillahirojiun Alfatihah siti sarah

𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛( 9 Zulhijjah /19.7.2021 Isnin )  Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatka...
18/07/2021

𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛
( 9 Zulhijjah /19.7.2021 Isnin )

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar.

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a, Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka baginda bersabda :
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Muslim)

𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛 ;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.

Address

Kinabalu

Telephone

+60165871603

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ummu_hijjrah HM'gallery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Ummu_hijjrah HM'gallery:

Share