01/05/2025
"SAYA BOLEH MENYANYI... TAPI TAK BOLEH CAKAP?"
Seorang wanita hampir kehilangan nyawa akibat strok.
Dia bangun di hospital sambil keliru, penat, dan tak boleh bercakap langsung.
Mulut terbuka, suara tak keluar.
Nak cakap “tolong” pun tak mampu.
Air mata jatuh. Dia fikir, “Hilang dah suara aku...”
TAPI TIBA-TIBA...
Jururawat pasang lagu lama dekat radio.
Lagu yang dia s**a masa muda dulu.
Tanpa sedar…
dia ikut menyanyi perlahan.
Bukan humming.
Bukan senyap-senyap.
Betul-betul menyanyi dengan lirik dan melodi.
Macam mustahil, kan?
Tapi dia bukan satu-satunya.
Ramai pesakit strok boleh menyanyi dulu sebelum boleh bercakap.
Kenapa?
Sebab bahagian otak untuk bercakap dan menyanyi tak sama.
Kalau strok rosakkan bahagian pertuturan, bahagian muzik masih elok.
Jadi... menyanyi jadi satu-satunya ‘jalan keluar’.
Sekarang ada satu terapi nama dia Melodic Intonation Therapy (MIT).
Guna lagu dan melodi untuk ajar semula otak macam mana nak bercakap.
Dan ia BERKESAN.
Daripada tak mampu ucap sepatah kata...
kepada mampu sebut nama anak sendiri semula.
KUASA ALLAH itu luar biasa.
Muzik pun boleh jadi sebab untuk pulihkan insan.
Kalau hari ni kita masih boleh bercakap, ketawa, berborak — syukurlah.
Tak semua orang dapat nikmat itu selepas mereka bangun dari katil hospital.