06/05/2023
HANYA DENGAN BUTANG “LIKE” PADA GAMBAR ANDA BOLEH MEMBANTU MURID YANG BERKEPERLUAN KHAS DI DAERAH KENINGAU?
Guru Pendidik berasal dari pedalaman Keningau, Sabah, tercalon dalam “Rise Educator Awards” yang dianjurkan oleh Taylor’s College
Anugerah tersebut akan dinilai berdasarkan jumlah “like” pada gambar melalui page Taylor’s College. Sila tekan link untuk membuat undian atau “like” anda.
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=610387397799756&id=100064855023503&set=a.602586428579853&mibextid=qC1gEa
Latar Belakang Calon.
Velerie Wheelervon Primus atau lebih dikenali sebagai Dr. Vonn adalah ikon guru Seni Budaya Negeri Sabah pada tahun 2022. Beliau adalah satu-satunya guru dari Negeri Sabah yang tercalon untuk Rise Educator Awards yang dianjurkan oleh Taylor’s College. Dengan berdasarkan biografi beliau, empat Anugerah dan Pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa, Peringkat Kebangsaan, Peringkat Negeri dan Peringkat Daerah. Sila lihat pautan video untuk mengenal diri beliau dengan lebih lanjut.
Apakah sumbangannya kepada masyarakat jikalau beliau memenangi anugerah tersebut?
Dengan kemenangan tersebut (hadiah wang tunai), janji beliau adalah untuk membina sebuah bilik sensori untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di SK Bingkor Keningau dengan semua hadiah kemenangan tersebut. Justeru itu, hal ini akan memanfaatkan lagi Murid Berkeperluan Khas amnya di Negeri Sabah dan khususnya di Daerah Pedalaman Keningau.
Mengapa anda perlu undi beliau?
Sebab undian dari butang “like” di aplikasi Facebook adalah percuma dan secara tidak langsung, anda akan membantu murid yang berkeperluan khas di Daerah Keningau, Sabah.
Jutaan terima kasih atas undian anda.