Persatuan Kapit Tari - PKT

Directions

Persatuan Kapit Tari - PKT Persatuan Kapit Tari (PKT)
📍Kapit, Sarawak, Malaysia

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PERSATUAN PERSAHABATAN ZONG HO KAPIT DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-3TARIKH : 05/07/2026 MASA: 7.0...
26/08/2026

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PERSATUAN PERSAHABATAN ZONG HO KAPIT DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-3

TARIKH : 05/07/2026
MASA: 7.00 PM
TEMPAT : KAPIT CIVIC CENTRE (SEBELAH DEWAN SUARAH

Persembahan Ngajat Ngalu Temuai Tempat: Rumah Rose Nanga SebatuTarikh: 25/06/2026Masa: 10:00 pagi Program: PETRONAS Mema...
26/08/2026

Persembahan Ngajat Ngalu Temuai
Tempat: Rumah Rose Nanga Sebatu
Tarikh: 25/06/2026
Masa: 10:00 pagi

Program: PETRONAS Memacu Kehidupan
Tempat: Rh. Bundong Sebabai
Tarikh: 25/06/2026
Masa: 1.00 petang

Terima kasih atas jemputan

Tahniah dan syabas kepada seluruh ahli PKT yang telah memberikan komitmen tinggi di bawah panji Sarakup Indu Dayak Saraw...
22/06/2026

Tahniah dan syabas kepada seluruh ahli PKT yang telah memberikan komitmen tinggi di bawah panji Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Kapit! Kejayaan meraih Tempat Ketiga 🥉 dalam Pertandingan Niti Daun sempena Perayaan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026 yang berlangsung pada Sabtu, 20 Jun 2026 di Tebingan Kuching (Kuching Waterfront) ini adalah hasil titik peluh, kerjasama, dan semangat kesatuan kita semua. Bangga melihat ahli-ahli PKT tampil segak dan anggun mempersembahkan warisan budaya kita di persada negeri.

🌾✨ Selamat Hari Gawai Dayak 2026 ✨🌾Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.Persatuan Kapit Tari (PKT) menguc...
30/05/2026

🌾✨ Selamat Hari Gawai Dayak 2026 ✨🌾

Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.

Persatuan Kapit Tari (PKT) mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak di mana jua berada.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, keberkatan, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Marilah kita bersama-sama menghargai warisan budaya yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu serta meneruskan semangat perpaduan, hormat-menghormati dan kebersamaan.

Selamat menyambut Hari Gawai bersama keluarga dan insan tersayang. Semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dipermudahkan dan sambutan tahun ini dipenuhi dengan kenangan yang indah.

Last but not least...Menutup tirai aktiviti Persatuan Kapit Tari (PKT) bagi bulan Mei 2026 adalah persembahan sempena Pr...
30/05/2026

Last but not least...

Menutup tirai aktiviti Persatuan Kapit Tari (PKT) bagi bulan Mei 2026 adalah persembahan sempena Program Sejambak Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 25.05.2026.

Program yang penuh dengan nilai kasih sayang, keprihatinan dan kebersamaan ini memberi peluang kepada PKT untuk turut berkongsi seni dan hiburan kepada para hadirin. Setiap persembahan bukan sahaja membawa hiburan, malah menjadi medium untuk menyebarkan kegembiraan dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

Terima kasih kepada pihak JKM atas kepercayaan dan jemputan yang diberikan kepada Persatuan Kapit Tari. Semoga program seperti ini terus menjadi platform yang menyatukan masyarakat melalui semangat prihatin, hormat-menghormati dan kasih sayang.

Dengan berakhirnya program ini, maka berakhirlah juga siri aktiviti PKT bagi bulan Mei 2026. Terima kasih kepada semua ahli, penari, penyokong dan pihak yang sentiasa bersama dalam setiap perjalanan kami. Jumpa lagi dalam aktiviti yang akan datang!

Selepas mengikuti acara Niti Daun, Persatuan Kapit Tari (PKT) turut mengadakan persembahan sempena Dinner Pra Gawai NS B...
28/05/2026

Selepas mengikuti acara Niti Daun, Persatuan Kapit Tari (PKT) turut mengadakan persembahan sempena Dinner Pra Gawai NS Bee Childcare Centre yang berlangsung dengan penuh meriah dan suasana kekeluargaan.

Terima kasih atas jemputan dan layanan yang begitu baik sepanjang acara berlangsung. Semoga sambutan Pra Gawai ini terus mengeratkan silaturahim serta memeriahkan lagi semangat kebudayaan dan kebersamaan dalam komuniti.

Persatuan Kapit Tari (PKT) turut berkesempatan mengikuti acara Niti Daun pada 23.05.2026, sebuah acara tradisional yang ...
28/05/2026

Persatuan Kapit Tari (PKT) turut berkesempatan mengikuti acara Niti Daun pada 23.05.2026, sebuah acara tradisional yang melambangkan perjalanan, kebersamaan dan semangat warisan budaya masyarakat.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi pengalaman yang bermakna, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta menghargai keindahan seni dan budaya yang diwarisi sejak turun-temurun.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Semoga budaya dan tradisi seperti ini terus dipelihara dan dihargai oleh generasi akan datang.

22/05/2026

FULL VIDEO | JOHAN | Semalau Tari | Pertandingan Poco-Poco Etnik Kreatif Sempena Kapit Cultural Festival (KCF) 4.0 Tahun 2026 | 20 Mei 2026 | Town Square Kapit

22/05/2026

FULL VIDEO | NAIB JOHAN | K2 Dance Troupe | Pertandingan Poco-Poco Etnik Kreatif Sempena Kapit Cultural Festival (KCF) 4.0 Tahun 2026 | 20 Mei 2026 | Town Square Kapit

22/05/2026

FULL VIDEO | Tempat Ketiga | Terabai Legacy | Pertandingan Poco-Poco Etnik Kreatif Sempena Kapit Cultural Festival (KCF) 4.0 Tahun 2026 | 20 Mei 2026 | Town Square Kapit

Address

Sarawak
Kapit
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kapit Tari - PKT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share