Balbuk Haus

Balbuk Haus DIMILIK OLEH BALBUKNCO RESOURCES. KAMI MENYEDIAKAN RUANG PENGACARAAN SENI & KULINARI NUSANTARA . Only reservation. No walk in.

Dining Exprience at Tengah Bendang

Private cafe, space, art and comunity event

Telah pergi menghadap penciptaNya. Seorang perupa tanah air yang luhur, seniman visual pendobrak ranah seni, pengkarya k...
07/05/2026

Telah pergi menghadap penciptaNya. Seorang perupa tanah air yang luhur, seniman visual pendobrak ranah seni, pengkarya kritikus sosial, sahabat buat lingkungannya juga guru kecil untuk anakmuda.

2023, Allahyarham merupakan salah seorang juri Bakat Muda Sezaman ketika BalBuk Haus tersenarai dalam peringkat akhir pengkaryaan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Takziah juga buat keluarga.

Barangkali di sini hanya ruang kerdil dan tidak mewah, tidak cocok dan padan kepada mereka yang mahu mencari kesempurnaa...
28/04/2026

Barangkali di sini hanya ruang kerdil dan tidak mewah, tidak cocok dan padan kepada mereka yang mahu mencari kesempurnaan.

Namun di sini juga adalah tempat yang sentiasa kita ulang ingat tentang memorabilia, tentang segelintir mereka yang ingin mencari tahu dan mencemuh kekalutan sambil menyeduh kopi pahit.

"Ada tanda tanya
pada sebuah senyuman
yang jawabannya
di alis mata
penuh siuman."

Selamat memprotes keangkuhan manusia.

03/04/2026

Datang bawa damai.
Pulang bawa cinta.

Buka setiap Selasa - Ahad, 6pm - 11.30pm.
Isnin CUTI.

Salam Ramadan, sesungguhnya berbahagialah kita seadanya di bulan mulia ini.Ketiadaan dan keberadaan hanyalah sebuah vali...
04/03/2026

Salam Ramadan, sesungguhnya berbahagialah kita seadanya di bulan mulia ini.

Ketiadaan dan keberadaan hanyalah sebuah validasi material, menikmatinya adalah sebuah perjalanan sunyi. Dengan kesunyian menimbulkan tanda tanya, mencari jawaban dan barangkali bisa menuntaskan sebuah persoalan.

Tidak pernah menjadi sebuah kerugian bagi mereka yang menyesali setiap kebesaran diri kecuali merasa kerdil di sisi yang paling Maha Besar.

Kepada yang mencari ruang bersantaian sambil menikmati suasana petang serta menghabiskan masa mengauli bahan bacaan yang pelbagai dengan aneka menu istimewa atau menikmati asyiknya di dingin malam

Datang bawa damai, pulang bawa cinta.
Khudos.

28/02/2026
Baru seminggu selepas banjir surut,  masih ada barang yang masih dan belum dirapi, dikemas dan diperbaiki.Tadi awal pagi...
07/12/2025

Baru seminggu selepas banjir surut, masih ada barang yang masih dan belum dirapi, dikemas dan diperbaiki.

Tadi awal pagi kurang lebih jam 12.30 pagi 7 November tuhan punya setting baik, ketika mengemas untuk tutup operasi, api yang menjulang diselang-seli dengan percikan dan bunyi bingitan getaran elektrik perlahan-perlahan berjaya dikawal mirul bersama empat orang rakannya sebelum pihak TNB tiba.

Tapi reset daripada Yang Masih Pengasih, Alhamdulillah BalBuk Haus, kediaman dan peralatan-peralatan premis di stor serta nyawa semuanya selamat.

Ada renggangan yang menyebabkan arus tidak stabil menjadi punca menurut pihak TNB. Kemalangan normal yang boleh dan akan berlaku pada bila-bila masa, tidak ada litar pintas atau kecuaian pemilik.

Cuma jika ada tindakan awal diambil semasa bunyi percikan barangkali dapat mencengah api dari menjulang besar.

Dua tragedi dalam alur masa yang mengasyikan. Kami senyum bersama.

Jadi, BalBuk Haus tangguh operasi lagi buat sementara.
Khudos!

Sebuah potret diri oleh pelukis terkenal Mexico, Frida Kahlo terjual pada harga AS$54.7 juta di New York, sekali gus men...
21/11/2025

Sebuah potret diri oleh pelukis terkenal Mexico, Frida Kahlo terjual pada harga AS$54.7 juta di New York, sekali gus mencatat rekod karya seni paling berharga pernah dilelong oleh seniman wanita, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis yang memetik rumah firma lelongan Sotheby's.

Sotheby's berkata dua pembida bersaing selama lima minit untuk mendapatkan lukisan 1940 bertajuk "El sueno (La cama)", atau "The Dream (The Bed)", yang menggambarkan Kahlo berbaring di atas katil.

Identiti pembida yang berjaya tidak didedahkan.



Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lukisan-frida-kahlo-terjual-pada-547-juta-rekod-tertinggi-bagi-seniman-wanita-548555

Kredit : AWANI

"Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengadakan lawatan ke ‘Epig...
18/11/2025

"Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengadakan lawatan ke ‘Epigraf’, sebuah acara seni berskala sederhana namun kaya dengan nilai apresiasi, merangkumi syarahan seni, pameran lukisan, tayangan filem dan bengkel seni yang berlangsung di Ruang Oleh BalBuk Haus, Chuping.

Program ini dianjurkan sebagai usaha memperkasa kecintaan terhadap seni melalui eksplorasi kreatif berasaskan karya-karya Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr. A. Samad Said, dengan sokongan padu daripada Balai Seni Negara. Berteraskan aspirasi untuk memasyarakatkan seni, semua aktiviti dibuka secara percuma bagi memberi peluang kepada khalayak menikmati pengalaman seni tanpa sebarang batasan."

Lanjutan bacaan klik pautan di bawah.

https://www.maips.gov.my/?pusat_berita=raja-puan-muda-perlis-berkenan-hadiri-program-seni-epigraf-di-chuping

Epigraf. Sebuah acara seni sederhana. Syarahan seni, pameran lukisan, tayangan filem dan bengkel seni.Sebagai mencapai a...
12/11/2025

Epigraf. Sebuah acara seni sederhana. Syarahan seni, pameran lukisan, tayangan filem dan bengkel seni.

Sebagai mencapai aspirasi bersama, Ruang Oleh BalBuk Haus telah mengangkat karya-karya Sasterawan Negara Dato Seri Dr A Samad Said sebagai rujukan
dalam pengeksplorasian dan pengkaryaan untuk
acara yang berlangsung pada program ini dengan disokong sepenuhnya oleh Balai Seni Negara

Justeru dalam memberi kesedaran seni terhadap
masyarakat, penyertaan adalah gratis!

Sempena Program Eksplorasi Karya Agung Sasterawan Negara, Ruang Oleh BalBuk Haus juga berbesar hati dengan mengadakan acara sokongan iaitu pameran lukisan daripada Husin Othman dan Arafat Hambali.
..
Semak poster untuk aturmasa acara.
..
penyertaan bengkel cetakan cungkil kayu adalah terbuka dan terhad. Peralatan dan makan disediakan.

Borang pendaftaran boleh didapati Ruang Oleh BalBuk Haus secara datang terus bermula 13hb.

Datang bawa damai, pulang bawa cinta.
__________________________________________

Balai Seni Negara kali ini menghimpunkan 14 program bersama beberapa Persatuan Seni Lukis dan pelukis-pelukis cat air di dalam Program Eksplorasi Karya Agung. Program yang diadakan bersama persatuan seni bagi mengangkat karya-karya sastera agung negara sebagai inspirasi utama dalam penghasilan karya seni visual. Program ini merupakan manifestasi gabungan dua cabang seni sastera dan seni visual yang menyatukan kekuatan penceritaan budaya, sejarah, mitos dan identiti masyarakat Malaysia

Program Eksplorasi Karya Agung akan dimeriahkan oleh persatuan dan penggiat seni seperti berikut;

1. Malaysia Watercolour Society (MWS) - Program Cat Air Malaysia International Watercolor Festival 2025

2. Persatuan Seni Visual Malaysia (Malaysia Art Society) - Program Keindahan Malaysia 4.1

3. Hamsa Media PLT – Bengkel Manifestasi Teromba

4. Persatuan Pelukis Terengganu (PETER) – Program Eksplorasi Karya Agung Kelantan & Terengganu

5. Mohd Khairul Anuar – Pameran Aprisiasi Seni Karikatur Sasterawan Agung Negara

6. Persatuan Pelukis Seni Visual Kota Kinabalu Sabah – Menyingkap Seni Visual Melalui Aprisiasi Sastera & Cerita Rakyat

7. Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka Melayu Pahang (SENIKA) – Manifestasi Dua Seni: Tinta Menjadi Warna

8. Persatuan Seni Rupa & Reka Cipta Johor (SERUPA2)- Menyulam Kata, Menyulam Rupa

9. Balbuk Haus Perlis – Acara Bengkel Seni & Cetakan Cungkil Kayu Karya Agung Sasterawan A Samad Said

10. Persatuan Pelukis Perak- Program Explorasi Karya Agung @ Kuala Sepetang: Menyingkap Seni Visual Melalui Aspresi Sastera

11. PORT (People Of Remarkable Talents) – Pameran Explorasi Karya Agung Pelukis Perak

12. Persatuan Pelukis Negeri Perlis – Menyingkap Karya Sastera Agung Melalui Seni Visual 2025

13. Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang – Program Explorasi Karya Agung: Puisi Jadi Realiti

14. Art Case Galleries – Program Seni & Suara: Karya Agung Langkawi






Sebuah ucapan yang terlewat.Mohon maaf beberapa hari ini kami terpaksa tangguh operasi memandangkan kondisi cuaca yang k...
25/10/2025

Sebuah ucapan yang terlewat.

Mohon maaf beberapa hari ini kami terpaksa tangguh operasi memandangkan kondisi cuaca yang kurang menentu; dan ruang kami yang terhad.

Tidak enak rasanya jika yang bertandang akhirnya pulang dengan segala ketidakpuasan lalu mencetuskan suasana menyebalkan walaupun kami tahu ramai yang sebaliknya. Kami ucap biliona terima kasih atas kebersamaan rasa. Moga tuhan merahmati kalian.

Lantaran tertangguhnya operasi, beberapa hari ni saya banyak habiskan masa di ruang kecil ini, menumpahkan warna di kanvas dan mengelamun mencari kekuatan berkarya.

Dalam hujan lebat, sosok kecil ini muncul di muka pintu, Zumi tersenyum dan petahnya bicara mula memecah sunyi.

Rupanya sudah setahun kami mendapatkan khidmat dan servis daripada Zuumi.co. Cepat sungguh berlalu, dia datang untuk menukar penapis air mesin kopi dan memantau keadaan mesin.

Dari menyelenggara mesin kopi, penapis air, membekal biji kopi hingga ke nasihat-nasihat penyajian, lama-kelamaan kami saling berkongsi ide dan cuba mencari sesuatu ruang baharu dalam ekosistem kopi di Perlis.

Selain biji kopi dan kemahiran barista, kualiti air sangat penting dan ais yang disajikan bersama kopi juga sebenarnya berperanan tinggi dalam mengimbangi rasa.

Baru-baru ini dia menang lagi dalam sebuah pertandingan kopi. Champion For Brew The Roast 2025, katanya dapat bawa pulang hadiah lumayan.
Tahniah bro. Kami turut berbangga!

Harapnya dia bakal bekalkan kami biji kopi yang dipanggang melalui pemanggang yang baru dimenanginya. Kihkihkih.

Kalau ke pekan Kangar, saya akan cari Ahli Kopi jika betul-betul mahu menikmati kopi.

https://balbukhaus.com/

Address

Lorong Long Chin Kampung Balik Bukit Chuping
Kangar
02500

Telephone

+60129465802

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balbuk Haus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Balbuk Haus:

Share