07/05/2026
ADAB
๐๐น๐น๐ฎ๐ต๐๐บ๐บ๐ฎ ๐ฆ๐ผ๐น๐น๐ถ ๐๐น๐ฎ๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ป๐ป๐ฎ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ
CELOTEH PENDEKAR
Adab Murid Penentu Keberkatan.
Dalam menuntut ilmu dan menjalani latihan, adab seorang murid atau pesilat terhadap jurulatih merupakan asas utama yang tidak boleh dipandang ringan. Berpandukan karya Tanwir al-Qulub karangan Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi, murid dituntut memuliakan guru zahir dan batin serta meyakini bahawa kejayaan tidak akan tercapai tanpa perantaraan keberkatan guru tersebut. Sikap berbolak-balik hati yang cenderung kepada ramai guru/jurulatih tanpa kesetiaan hanya menutup pintu barokah. Hakikat berguru bukan sekadar mendapat kemahiran, tetapi jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Murid dituntut menjaga adab samada di hadapan atau di belakangnya. Setiap keputusan, ilham atau kefahaman yang hadir tidak wajar dipegang tanpa merujuk terlebih dahulu. Sikap tergesa-gesa dalam bertanya perlu dielakkan, sebaliknya menunggu dengan sabar. Dalam situasi tertentu, apabila diminta pandangan, murid disaran merendah diri dan menyerahkan kembali keputusan kepadanya. Lebih penting, menjaga hati dari sifat ujub, riyaโ dan nifaq.
Ketika berbicara perlu bersederhana agar tidak berlebihan. Seperti yang diingatkan oleh arwah Mahaguru, manusia tanpa ilmu ibarat manusia buta. Justeru, adab dan ilmu perlu seiring agar dapat membentuk _โQolbun Salimโ_ dalam perjalanan silat.
๐๐ฎ๐ท๐ญ๐ฎ๐ด๐ช๐ป ๐๐๐ป๐ฎ๐ฎ๐ท