18/12/2025
📢 PENGUMUMAN RASMI – MONSOON NIGHT RUN PAHANG 2025 🌧️⚡️
Untuk makluman semua peserta, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN acara Monsoon Night Run Pahang 2025 daripada 27 Disember 2025 kepada 10 Januari 2026.
Keputusan ini dibuat susulan jangkaan gelombang banjir musim kedua, keadaan cuaca yang tidak menentu serta faktor keselamatan peserta, petugas dan semua pihak yang terlibat.
🛡️ Keselamatan & kesejahteraan anda adalah keutamaan kami.
Penangguhan ini adalah langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab agar acara dapat dilaksanakan dalam keadaan yang lebih selamat, teratur dan selesa.
✅ Semua pendaftaran kekal SAH dan akan dibawa ke tarikh baharu.
Maklumat lanjut berkaitan pengurusan acara dan sebarang kemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi kami.
🙏 Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan amat menghargai kerjasama, sokongan serta kefahaman daripada semua peserta.
Terima kasih dan jumpa anda pada 10 Januari 2026 💪🌙