Tariee Zoom Channels

Tariee Zoom Channels Terima kasih atas sokongan kome, teruskan Sokong Tariee Zoom Channels, you tube channel Tariee Zoom Channels, sokongan anda amat dihargai.

Kekadang kita sibuk koje nak juge hiburan gelak ketawa kan kome.. Jadi lepak sini insya Allah hilang kusut kome..

19/08/2026

Scrambled Egg Cheese & Black Pepper Tariee 🤤 | Tapi Nasi Goreng Umi Tu… Memang Padu! 🔥

Korang nampak dak nasi goreng kat tepi tu? 😂🍚

Video ni sebenarnya aku nak tunjuk Scrambled Egg Cheese & Black Pepper yang aku buat.

Tapi bila sampai hujung video, nampak p**ak semangkuk nasi goreng kat tepi tu… 😆

Haa, nasi goreng tu Umi nye yang buat!

Sumpah sedap mat… sampai teman yang boleh memasak ni pun kena mengaku.

Kalau Uminye jual online atau buka gerai tepi jalan, kompem orang beratur kome siyes!🔥😂

Aku cuba juga buat nasi goreng macam dia, tapi tetap tak jadi sesedap yang Uminye buat.

Ada benda yang aku tak dapat tiru… air tangan dia. 😄

Tu yang bila dapat makan nasi goreng Uminye, aku sampai boleh cakap sorang-sorang dengan nada slow…

“Alhamdulillah… sedap sungguh.” ❤️🍚

Bahan-bahan:
🍳 SCRAMBLED EGG CHEESE — KOMPEM LAZAT! 🤤

🥚 Telur — beberapa biji, ikut s**a
🍗 Chicken stock — tuang ikut sesedap rasa
🧂 Perasa Aji — sikit je
🦑 Kicap sotong — sikit
🧀 Cheese — untuk campur dalam scrambled egg & makan bersama roti
(cheese tu kalau x nk hangit masa gaul telor tu baru letak supya dia cair bersama telor)
🥒 Timun Jepun — sebagai pelengkap

Simple je bahan dia… tapi bila dah siap, memang padu! 🔥🤤

Aneka Resep Masakan Masak Apa Hari Ni? Suami Masak Apa Hari Ini? @

Di PADANG MAHSYAR nanti,tak ada apa yang melindungi kita dibawah terik matahari melainkan semata-mata PERLINDUNGAN dari ...
20/07/2026

Di PADANG MAHSYAR nanti,
tak ada apa yang melindungi kita
dibawah terik matahari
melainkan semata-mata
PERLINDUNGAN dari ALLAH.

Maka ada TUJUH ORANG yang akan MENDAPAT PERLINDUNGAN DI PADANG MAHSYAR :

1. PEMIMPIN YANG ADIL .
Iaitu pemimpin yang MENGHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH, dia tak pakai hukum manusia,
dia menghukum dengan hukum Allah.

Zaman sekarang ni dah tak ada dah yang menghukum dengan hukum Allah dalam mentadbir negara.

Jadi maknanya siapa-siapa yang jadi pemimpin
pada hari ini maka dia akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah,
akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

Dan kita ini pun akan dipertanggungjawabkan daripada kepimpinan kita.

Yang pertama,
kita akan disoal dari tujuh pancaindera kita,
apa yang kita buat dengan pancaindera kita,
apa yang kita buat dengan anggota tubuh kita.

Kita ada anak kita ada isteri,
kita ada keluarga, semuanya kita akan ditanya akan bagaimana kita mentadbir keluarga.
Makan minumnya dari sumber yang mana?

2. PEMUDA YANG SENTIASA BERIBADAH
KEPADA ALLAH .

Dia kasih beribadah kepada Allah dan apabila dia mati maka dia akan dinaungi di Padang Mahsyar nanti.

3. LELAKI YANG BERGANTUNG HATINYA
DENGAN MASJID .

Bagi dia masjid itulah rumahnya,
orang yang tak tinggal solat berjemaah di Masjid kerana kasih akan beribadah.

Maka lelaki-lelaki yang s**a duduk beribadah
di Masjid, menuntut ilmu di Masjid, buat kerja-kerja agama di Masjid, hatinya tergantung di Masjid maka lelaki-lelaki ini di akhirat akan dinaungi oleh Allah di bawah Arasy Allah.

4. SEKUMPULAN LELAKI YANG BERTEMU dan BERPISAH UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ALLAH, UNTUK MENEGAKKAN SYIAR ISLAM.

5. LELAKI YANG APABILA DIAJAK UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT LALU DIA MENOLAKNYA KERANA TAKUTKAN ALLAH.

6. LELAKI YANG BERSEDEKAH KEMUDIAN DIA MENYEMBUNYIKANNYA SEHINGGA TANGAN KIRINYA PUN TIDAK MENGETAHUINYA.

Betapa ikhlasnya dia.
Bersedekah tidak p**a mengungkit
dan tidak p**a menghebahkannya.

“Bersedekah dengan tangan kanan
sehingga tangan kiri tidak tahu”
ini simbolik namanya.

Maknanya orang yang bersedekah
dengan seikhlas hati, menyembunyikan sedekah hingga tidak ingat-ingat lagi akan apa kebaikan yang dia buat.

Orang ikhlas ini ialah orang yang buat kebaikan
dan dia tidak ingat-ingat lagi akan apa kebaikan
yang dia buat kerana takut kepada Allah.

7.LELAKI YANG SENTIASA MENGINGATI ALLAH DITEMPAT YANG SUNYI KERANA TAKUT AKAN ALLAH dan ada yang lebih tinggi lagi iaitu kerana rindu akan Allah.

Maka inilah dia tujuh golongan manusia yang akan dinaungi dibawah arasy Allah dipadang mahsyar nanti dia tak akan terkena terik matahari.

SOALAN :

Adakah hadis ini merujuk kepada orang lelaki sahaja?

Lelaki disini bukan hanya pada lelaki sahaja
tapi termasuk juga orang perempuan.

Seperti yang pernah diceritakan
mengenai Rijalul Ghaib (wali-wali Allah).
Adakah wali Allah itu semua lelaki?
Perempuan pun ada. Tapi disebut Rijal (lelaki).

Disebut Rijal ataupun Rajulun itu bukanlah tertentu khusus untuk lelaki sahaja dalam bab ahlul ibadah. Hanyalah disebut lelaki sebagai tanda orang itu orang yang Ahlillah.

Orang yang kuat beribadah digelar lelaki walaupun perempuan. Dia orang yang hebat disisi Allah maka disebut lelaki. Ianya hanyalah istilah di dalam bahasa Arab, tidak semestinya lelaki.

TUAN GURU USTAZ ANWAR HELMY
Syarah kitab Riyadussolihin .

20/07/2026

Memburu Kejuaraan!
Latihan Carrom International JBPM Negeri Selangor Ke SUKBOM 2026 Putrajaya ⭐

Tiada kejayaan tanpa usaha. Setiap sesi latihan menjadi medan mengasah strategi.

Meningkatkan ketepatan dan mengukuhkan semangat berpas**an dalam misi memburu kejuaraan SUKBOM 2026 di Putrajaya.

Semoga segala usaha membuahkan kejayaan dan mengharumkan nama JBPM Negeri Selangor. 💪🏆🔥

Khidmat Hingga Ke Penghujung Perjalanan“Setiap tugas adalah amanah. Setiap bantuan adalah ibadah. Semoga setiap langkah ...
01/07/2026

Khidmat Hingga Ke Penghujung Perjalanan

“Setiap tugas adalah amanah. Setiap bantuan adalah ibadah. Semoga setiap langkah dan keringat anggota bomba menjadi amal yang berpanjangan.” 🤲

SERI KEMBANGAN, 1 Julai – Bukan sekadar memadam kebakaran dan menyelamat nyawa, anggota BBP Seri Kembangan turut menunaikan tanggungjawab terakhir membantu urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam UPM.

Pas**an yang diketuai PBK I Norazuwan bin Zulghoni tiba di lokasi bagi membantu mengangkat jenazah sehingga selamat dikebumikan.

Operasi berjalan lancar dan selesai pada jam 5.15 petang.

Daripada menyelamatkan nyawa sehinggalah membantu menguruskan perjalanan terakhir seseorang, anggota bomba sentiasa berkhidmat dengan penuh keikhlasan. Itulah makna sebenar ‘Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra’.”















🔥 “Api kecil mampu menjadi tragedi besar! Pendedahan awal mampu menyelamatkan nyawa.”BBP SERI KEMBANGAN LATIH PASUKAN ER...
29/06/2026

🔥 “Api kecil mampu menjadi tragedi besar! Pendedahan awal mampu menyelamatkan nyawa.”

BBP SERI KEMBANGAN LATIH PASUKAN ERT MELALUI CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN DAPUR

29 Jun 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan telah menganjurkan Ceramah Pas**an Emergency Response Team (ERT), penggunaan alat pemadam api serta demonstrasi kebakaran dapur pada Isnin bermula jam 9.30 pagi di BBP Seri Kembangan.

Program yang diselia oleh PBK I Saharudin bin Abd Razak bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengendalikan kebakaran di peringkat awal, penggunaan alat pemadam api dengan betul serta langkah keselamatan ketika berdepan insiden kebakaran, khususnya melibatkan kebakaran dapur dan gas memasak.

Melalui latihan teori dan praktikal ini, peserta diberi peluang merasai sendiri teknik pemadaman api secara selamat di bawah pemantauan anggota bomba, sekali gus memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan di tempat kerja.



**anERT




Pernah memiliki empayar bernilai RM6 juta.Kini, dia menunggang motosikal menghantar makanan demi sesuap nasi.Indera Aria...
26/06/2026

Pernah memiliki empayar bernilai RM6 juta.

Kini, dia menunggang motosikal menghantar makanan demi sesuap nasi.

Indera Aria Wee Jeeny, 40 tahun, bukan lahir dengan sudu perak di mulut.

Namun dengan keringat sendiri, dia membina sebuah platform penghantaran makanan pada Oktober 2019.

Di kemuncak kejayaan, syarikatnya meraih keuntungan sehingga RM6 juta.

Hampir 3,000 penghantar makanan bekerja di bawahnya merentasi Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Siapa sangka, semuanya boleh hilang dalam sekelip mata.

Bermula awal 2021, keuntungan syarikat menjunam tanpa belas.

Punca? Sebuah alamat IP didakwa dijual oleh seorang individu kepada pesaing.

Demi kepentingan peribadi, hancur segala yang dibina bertahun-tahun.

Untuk membayar gaji pekerja, Indera terpaksa menjual aset satu demi satu.

Tangannya yang dahulu menggenggam jutaan, kini kosong tidak berisi.

Ada hari dia tidak mampu membeli sesuap makanan.

Terpaksa menggali syiling, sekadar mengalas perut yang lapar.

"Tidak mudah untuk bangkit. Ketika mula jatuh, saya terpaksa menggali syiling untuk beli makanan."

"Saya berjalan jauh kerana tiada lagi pengangkutan."

Yang lebih memedihkan, manusia di sekeliling mula berubah wajah.

Mereka yang dahulu rapat, kini menjauh kerana takut dipinjam wang.

"Sakit hati ini. Sewaktu saya senang, saya yang membantu mereka," luah Indera.

Namun dia memilih untuk reda, menerima takdir dengan hati yang tabah.

Di saat hampir berputus asa, satu kalimah daripada bekas pekerjanya menyalakan semula harapan.

Seorang penghantar makanan yang bersyukur walaupun hanya berpendapatan RM20.

"Dia gembira kerana dengan RM20 itu, dia mampu membeli makanan untuk anaknya," kenang Indera.

Kata-kata sederhana itu, menjadi tongkat yang menyokongnya untuk bangkit semula.

Hari ini, Indera kembali ke jalanan sebagai penghantar makanan bebas.

Dia juga menerima upah membeli barang, sekadar RM5 hingga RM10 sehari.

Walaupun hidupnya masih payah, hatinya tetap besar.

Sambil menghantar pesanan, matanya mencari sesiapa yang memerlukan bantuan.

"Saya pernah berada di paling bawah dan hilang harapan. Saya tak mahu orang lain rasa perkara yang sama."

Baginya, biar tangan sendiri kosong, asalkan hati tidak pernah kering memberi.

"Jangan biarkan sehari berlalu tanpa membantu orang lain. Ia memberi kepuasan," katanya.

Inilah pegangan hidup seorang lelaki yang pernah jatuh, tetapi enggan kalah.

Baginya, segala yang berlaku hanyalah ujian dan pengajaran.

Dan dia berjanji pada diri sendiri untuk bangkit, menjadi usahawan berjaya sekali lagi.

Jatuh bukan penamat. Selagi nyawa masih ada, peluang untuk bangkit sentiasa terbuka.

Follow Azree Zaidi zoom channels untuk lebih banyak cerita menarik setiap hari.

Address

Kajang
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tariee Zoom Channels posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Tariee Zoom Channels:

Shortcuts

Share