08/03/2026
⚠️ ACHTUNG ⚠️
(Post panjang. Baca sampai habis kalau taknak jadi mangsa kena tipu)
DS5 ORI VS TAK ORI
5 ciri paling mudah untuk dikesan walaupon oleh pengguna firstimer & non-gamer.
10 ciri tambahan yang boleh di periksa sendiri jika sudah membeli controller tersebut.
Controller yang jadi contoh ujikaji dan experimen kali ini ialah DualSense Final Fantasy XVI (original diperoleh dari trusted seller Muhammad Hazwan ) dan yang tak ori baru sahaja dibeli dari seorang gamer yang sedia maklum menjual controller OEM = TAK ORI.
Tiada sebarang unsur tidak sihat (PENIPUAN) berlaku. Dan aku memang tidak pernah menyokong controller tak ori ni dijual pada mana² pengguna. Aku beli ni pon untuk tujuan ujikaji, bedah siasat dan untuk sampaikan maklumat bermanfaat kepada semua gamer yang memerlukan.
RUJUK GAMBAR :
KIRI = ORIGINAL. KANAN = TAK ORI
CIRI² DAN PERBEZAAN YANG JELAS LAGI NYATA:
1. Kotak luar:
- Original: Warna lebih jelas.
- Tak ori: Warna pudar
Ada kemungkinan kotak yang terdedah pada cahaya matahari juga akan pudar.
2. Tulisan "PlayStation"
- Original: Semua huruf konsisten ketebalan.
- Tak ori: Huruf "P" dan "a" tak konsisten.
Mata kasar, sekali imbas aku boleh perasan. Tak perlu guna Sharingan.
3. Logo (R) pada DualSense
- Original: Logo R = Registered.
- Tak ori: Logo TM = Trademark.
Mungkin lain edisi berbeza. Aku perlukan lebih kajian berkenaan ciri ini.
4. Belakang kotak:
- Original: Tiada Line putih
- Tak ori: ada line putih
Ciri paling mudah untuk kenal sebab kotak tak ori di print sebegitu. Tapi tak mustahil batch² akan datang kilang akan print betul2 sama seperti yang ori.
5. Berat:
- Original: lebih berat (431gm berkotak), 278gm tanpa kotak.
- Tak ori: ringan (360gm berkotak), 218gm tanpa kotak.
Walhal, tak ori disertakan sekali dengan USB Cable free, tapi masih lebih ringan. Aku syak komponen dalaman berbeza sama sekali.
CIRI² LAIN YANG MASIH JELAS PERBEZAAN DIANTARA KEDUANYA:
6. USB Cable:
- Original: Tiada USB cable disertakan di dalam kotak controller.
- Tak Ori: USB cable percuma diberikan. 1pc.
USB cable ori hanya disertakan di dalam kotak konsol. Kecuali DualSense terbaru untuk PC.
7. Kotak dalam:
- Original: Warna Cokelat
- Tak Ori: Warna Putih.
8. Logo dan Tulisan:
- Original: Dark grey pada button dan tulisan di belakang.
- Tak Ori: White logo pada button dan grey pada tulisan dibelakang
9. Charging port
- Original: Tiada kelihatan metal part.
- Tak Ori: Kelihatan metal part.
CIRI² LAIN DI DALAM GAME DAN SISTEM (KENA BELI DAHULU BARU BOLEH PERIKSA)
10. Adaptive Trigger:
- Original: Ada.
- Tak ori: Tiada.
Ini downgrade paling besar bagi saya.
11. Vibration:
- Original: Boleh tukar setting, weak, medium dan strong.
- Tak ori: Tak boleh tukar. Rasa macam weak setting sahaja.
12. Indicator brightnes:
- Original: Boleh tukar setting, dim, normal dan bright.
- Tak Ori: Tak boleh tukar.
13. Speaker:
- Original: Bunyi jelas dan boleh selaraskan tahap.
- Tak Ori: Bunyi tak jelas walaupon boleh selaraskan tahap.
14. Update:
- Original: Boleh update kepada software terkini. (A-0620)
- Tak Ori: Tak boleh update kepada software terkini. (A-0520)
Error bila cuba update CE-102175-6 / CE-119225-0. Tak pasti sehingga bila dualsense tak ori ni boleh digunakan. Andai kata Sony update software dan nyah fungsikan controller tak ori ni, lagi naya.
15. Bateri:
- Original: Tahan beberapa hari kalau tempoh permainan beberapa jam sehari.
- Tak Ori: Masih dalam ujian. (Baru hari pertama guna)
Untuk pengetahuan semua, bukan edisi ini sahaja yang dijual dipasaran sebagai OEM / TAK ORI. Tapi banyak lagi special/limited edition yang telah lambak dipasaran. Ciri² diatas mungkin sama dan mungkin tidak pada kotak² lain edisi tapi boleh ambil kira lain² ciri dan perbezaan yang telah dinyatakan diatas untuk mengenal pasti controller tak ori.
Masih ada beberapa ciri lagi untuk mengenal pasti perbezaan pada controller tak ori ni yang aku belom lakukan pemeriksaan. Contohnya: motherboard atau board elektronik serta charging port. Spesifikasi bateri juga boleh tahu jika ada sebarang perbezaan. Termasuk lain² komponen dalaman seperti ribbon, analog switch, dll.
Info yang diberikan diatas adalah benar pada waktu ianya ditulis (8/3/2026) dari dapatan yang dijumpai dan diakui sah oleh penulis (aku) berdasarkan pengalaman dan pemerhatian selama beberapa tahun walaupon bukan seorang pakar atau gamer professional.
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DITIPU OLEH PENJUAL.
JANGAN SUPPORT CONTROLLER TAK ASLI
Berhenti gunakan istilah OEM untuk barangan TAK ASLI & TAK ORIGINAL ‼️