06/07/2025
πΏπ’ Jom βhealingβ di alam semula jadi!
ποΈ 6 Julai 2025( pindaan dari tarikh asal) | π Bukit Unggul
π₯Ύ Daki bukit
π¨ Buat craft
π§ Jaga minda
π Sarapan sedap
π― Aktiviti santai, penuh inspirasi!
πΏ Satu pagi, seribu inspirasi!
Dan sememangnya, pagi itu bukan sekadar aktiviti. Ia menjadi satu pengalaman yang menyentuh jiwa.
Peserta dari usia 15 hingga 67 tahun,
bukan saja mendaki, tetapi turut mendalami ilmu asas survival seperti:
π cara guna kompas,
π teknik ikatan asas,
π² melalui halangan laluan hutan,
π melintasi jambatan tali, dan
β°οΈ menuruni cerun curam dengan bantuan tali dengan bimbingan fasilitator.
Peserta bukan hanya belajar dari Jurulatih & fasilitator, tapi turut belajar bantu sesama sendiri.
Ada yang hulur tangan, ada yang pimpin dari belakang, ada yang sorak beri semangat.
Inilah nilai sebenar: bekerjasama, percaya, dan bergerak bersama.
πͺ Yang muda ringan tulang.
π Yang lebih matang menjadi contoh ketabahan.
Jurulatih utama adalah Pengerusi KIJI sendiri, Tuan Haji Ahmad Tarmizi Sharif -PPN, Jurulatih Rekreasi Kebangsaan - KBS & SEACF
dibantu oleh fasilitator berdedikasi:
En. Yusoff Masburi, Cik Farah Aisyah Mat Saad & En. Yusri Aisy Ahmad Tarmizi.
Padu, bertenaga dan sangat inspiratif!
β¨ Dan apa yang menjadikan program ini lebih bermakna,
ramai peserta berpeluang menyertainya hasil gabungan tajaan dan sokongan pihak yang peduli.
Usaha penganjur membuka ruang seluas mungkin agar manfaat program ini
sampai kepada golongan sasar.
Itulah maksud sebenar Walk The Talk β
bukan sekadar slogan, tapi tindakan yang benar-benar memberi kesan.
π Yang paling menyentuh hati,
Tuan Haji Mazwan Johar, Penyelaras PKM DUN Sungai Ramal dan penaja utama,
hadir bukan sekadar merasmikan,
malah turut serta mendaki, menyertai aktiviti dan berinteraksi bersama peserta
walaupun jadual beliau penuh dari pagi hingga ke malam.
Satu contoh kepimpinan yang tenang, bersahaja dan dekat di hati komuniti.
Program ini adalah inisiatif Kelab Inspirasi Jaringan Insan (KIJI)
dengan kerjasama:
β€οΈ Tuan Haji Mazwan Johar β Penyelaras PKM DUN Sungai Ramal
β€οΈ Tuan Ramadhan Lotphi, Ahli Majlis Zon 18
β€οΈ Puan Yuliana Karman, Penyelia Pusat Wanita Berdaya DUN Sungai Ramal / Penyelaras program - program KIJI
π Serta sokongan daripada Nur Bukit Unggul, Surau Al Hidayah, IPD Sepang, Balai Polis Dengkil, Warung Kak Ani & Ketua Kampung Jenderam Hilir, serta Binalia Printing & Trading Dan New & Neo Copy Centre.
πΈ Throwback ini bukan sekadar kenangan
ia pembakar semangat untuk teruskan aktiviti luar yang sihat, mendidik & membina komuniti.
π² Jangan lepaskan program kami yang akan datang, untuk sebarang pertanyaan Whatsapp 012-337 5166 (Puan Liana)
Kerana satu pagi mampu memberi seribu inspirasi.