Kotak Fiksyen

Kotak Fiksyen Himpunan kisah fiksyen dari segenap pelusuk otak

Ini kisah cinta Tak Kesampaian.Joe dan mila bersekolah sekali dari darjah 1 hingga tingkatan 5 dan sepanjang itu mereka ...
10/08/2021

Ini kisah cinta Tak Kesampaian.

Joe dan mila bersekolah sekali dari darjah 1 hingga tingkatan 5 dan sepanjang itu mereka berdua kawan yang baik.

selepas habis sekolah joe terus kerja sebagai rider jay and ti untuk mencari pendapatan.

manakala mila menyambung pengajian di Universiti teknologi Malaysia dalam bidang perakaunan kerana bercita cita jadi akauntan bank.

Mereka tetap berhubung walaupun masing masing agak sibuk.

sebenarnya joe sejak sekolah menengah menyimpan perasaan terhadap mila tapi mila tak sedar.

6 bulan selepas joe mula bekerja, joe sudah ada kewangan yang stabil malah joe tidak boros dengan menghabiskan wang gaji nya tak tentu hala.

joe malah tak hisap rokok, beri wang kepada ibu bapa nya dan menyimpan sedikit wang untuk masa depan.

setelah lebih setahun bekerja, joe jadi yakin dengan wang simpanan dan ingin menyatakan hasrat hatinya kepada mila.

satu hari joe whatsapp mila untuk mengajak Mila makan di Pak Mat Western pada hujung minggu ini sebab joe cuti.

mila setuju. Tujuan joe ingin berterus terang kepada mila bahawa joe s**a padanya dan ingin mengahwini nya.

malam itu mereka berjumpa dan makan kambing grill blackpepper meleleh.

joe pun luahkan isi hati nya kepada mila.

mila diam seketika.

nampak tenang sahaja.

joe tertunggu tunggu jawapan mila.

mila berkata. mila pun belum ada pilihan hati. joe pun mila berkawan sejak kecil. cuma untuk berkahwin mila mahu berkahwin selepas habis pengajian.

Joe menarik nafas lega cintanya diterima.

Sejak itu hidupnya bertambah ceria.

Disebabkan joe dan mila berkawan sejak kecil, keluarga mereka senang mendengar berita mereka merancang untuk berkahwin.

nah. ini bahagian plot twistnya. sabar j*p.

suatu hari semasa joe sedang bekerja,macam biasa bawak motor macam pelesit.

sampai satu simpang lampu hijau jalan dia macam biasa. Tiba tiba datang satu kereta melanggar joe dan motornya hingga terpelanting.

Allahuakbar jerit joe.

kaki kanan joe kesakitan amat sangat kerana dilanggar kereta tepat di bahagian kaki.

tiba tiba ramai mengerumuni kawasan kejadian dan merakam apa yang terjadi.

pemandu kereta tadi keluar dengan muka cuak sebab tahu salah tapi benda dah jadi dan cuba bertenang lalu telefon ambulan.

Ambulan pun sampai lepas dekat satu jam tunggu. joe dimasukkan kedalam ambulan dan dibawa ke hospital.

entah bagaimana berikut joe kemalangan sampai ke pengetahuan ibu bapanya.

mereka segera ke hospital tengok joe.

setelah dimasukkan ke wad, doktor memberitahu joe dan ibu bapa nya bahawa kaki joe sangat teruk hingga lumpuh.

sama ada biarkan kaki lumpuh atau operation potong dan buang kaki tersebut.

joe dan ibu bapa nya meminta masa dahulu untuk bincang. doktor pun setuju dan berlalu pergi.

selepas doktor berlalu, bapa nya joe berkata kepada joe bahawa dia selalu pesan bawak motor elok elok, jangan laju sangat, takut jadi macam ni la.

joe redha memang silapnya. bapa nya pun berkata menyuruh joe rehat dulu dan nanti fikir nak operate atau tak kakinya.

Joe masih trauma dengan apa yang terjadi masih diam tak berkata apa.

joe beritahu mila dia kemalangan. mila pun datang melawat. sedih melihat joe, mila sedikit menangis.

joe beritahu mila kakinya lumpuh. doktor bertanya nak potong atau tak. mila bertambah sedih. mila berkata joe pilih ikut kata hati joe. mila terima saja keadaan joe.

joe bertanya adakah mila akan terima joe lagi jika joe hanya ada sebelah kaki saja. mila senyum sambil mata masih bergenang dan berkata kepada joe bahawa Mila sanggup terima apa jua keadaan joe.

ibu bapa Mila bila mendapat tahu berita joe pada mulanya simpati. tetapi mereka mula rasa tak senang. takkan bakal suami Mila kaki nya satu.

tapi mila menyatakan dengan tenang pada ibu bapa nya dia sanggup terima joe walaupun keadaan joe begitu.

ibu bapa mila senang saja hati dengan keputusan mila.

hari operation joe.

joe selamat operation itu dan tinggal hanya satu kaki.

joe berasa tenang.

ibu bapa joe, ibu bapa mila serta mila semuanya pergi melawat Joe hari itu.

2 kilometer sebelum ibu bapa joe sampai hospital, jalan jem teruk. tak seperti kebiasaan, jem jugak tapi tak teruk.

setelah dapat maju sedikit ke hadapan, ibu bapa joe ternampak ada kemalangan rupanya.

perlahan lahan jalan jem akhirnya ibu bapa joe sampai tempat kemalangan. ramai orang kerumuni. kemalangan teruk treler dan proton saga.

apabila lihat proton saga seperti nya perasaan. apabila lihat plat nya, rupanya ini kereta ayanhya mila.

segera berhenti dan pergi melihat dalam kereta saga itu. ternyata itu memang ibu bapa Mila dan mila. mereka jugak dalam perjalanan ke hospital.

kereta mereka dihimpit treler hingga di gelek kerana pemandu treler tadi laju dan cuba mengelak motor yang cuba mengelak dari dihimpit kereta lain.

Mila dan ibu bapa nya kelihatan seperti tak bernyawa lagi.

Dalam kesedihan dan terkejut ibu bapa joe, datang bomba disusuli ambulan.

mereka akhirnya dapat dikeluarkan dari kereta dan petugas kesihatan segera cek.

ibu bapa joe menyaksikan segalanya. menambah kesedihan ambulan pulang tanpa membawa mila dan ibu bapa joe. ternyata mereka telah meninggal dunia.

menangis ibu joe kesedihan.

ibu bapa joe teruskan perjalanan setelah polis datang mengambil jenazah mereka.

sampai di wad joe bertanya adakah nampak Mila dan ibu bapanya. kata joe Mila dan ibu bapa nya juga nak datang.

tiba tiba ibunya menangis kesedihan dan terduduk di kerusi.

joe terkejut dan bertanya bapanya apa yang berlaku.

bapanya beritahu segalanya.

joe tergamam. tersentak. diam tak berkata apa. matanya mengalirkan air mata yang terlalu berat hingga tak sedar ianya mengalir.

Innalilla hiwainna ilaihi rojiun. terkeluar dari mulut joe.

joe membaca al Fatihah.

Tamat.

Aku Afiq. Ni kisah aku kena sorok dengan hantu masa kecik. Masa kecik - kecik dulu, umur 10 tahun masa tu, waktu maghrib...
05/04/2020

Aku Afiq. Ni kisah aku kena sorok dengan hantu masa kecik. Masa kecik - kecik dulu, umur 10 tahun masa tu, waktu maghrib solat di surau dengan kawan - kawan aku naik basikal. Lepas solat maghrib tu kami ke rumah Haji Saad belajar mengaji. Jalan dari surau ke rumah Haji Saad tu kena lalu di simpang hujung kampung aku tu. [ 318 more words ]

Aku Afiq. Ni kisah aku kena sorok dengan hantu masa kecik. Masa kecik – kecik dulu, umur 10 tahun masa tu, waktu maghrib solat di surau dengan kawan – kawan aku naik basikal. Lepas sola…

02/04/2020

Semoga Kita Dalam Kesihatan Yang Baik Sentiasa

Bila dah duduk dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni mesti rasa pishang btol tak.Ini tips pengurus...
28/03/2020

Bila dah duduk dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni mesti rasa pishang btol tak.

Ini tips pengurusan mental supaya boleh elakkan stress.

Haziq dan Fiya baru sahaja bertunang. Setelah sekian lama bercinta sejak dari bangku sekolah. Mereka bertunang pada 28.6...
23/03/2020

Haziq dan Fiya baru sahaja bertunang. Setelah sekian lama bercinta sejak dari bangku sekolah. Mereka bertunang pada 28.6.2019 dan bercadang bertunang selama 6 bulan dan akad nikah serta kenduri pada bulan 12 hujung tahun 2019. Hubungan cinta mereka tidaklah terlalu berliku. Adakala bergaduh biasa saja dan akhirnya bertunang. Mia : Tahniah akak. Adik tumpang happy untuk akak ye Fiya : Sama - sama dik. [ 496 more words ]

Haziq dan Fiya baru sahaja bertunang. Setelah sekian lama bercinta sejak dari bangku sekolah. Mereka bertunang pada 28.6.2019 dan bercadang bertunang selama 6 bulan dan akad nikah serta kenduri pad…

..duit atau keluarga??..
22/03/2020

..duit atau keluarga??..

‘Aiman aa..’ ‘Sikalang lu pilih lu punya anak ka lu punya bini mau simpan’ .. 22.10.2019 Aiman dan Lisa menyambut ulangtahun perkahwinan ke 9 mereka. Perkahwinan mereka diku…

..Disebabkan salah sangka, boleh musnah segalanya..
22/03/2020

..Disebabkan salah sangka, boleh musnah segalanya..

“Ana,hujung tahun ni Ikmal suruh mama dengan abah pergi rumah jumpa ayah Ana. Sembang pasal kita ye?” “Ikmal, KFC baru ni nampak cam sedap,kawan Ana dah makan, dia cakap sedap. Jom kita makan nak, …

..Kisah pendek yang panjang maknanya..
22/03/2020

..Kisah pendek yang panjang maknanya..

Ali seorang yang kedekut. Abu pulak sebaliknya. Satu hari mereka berdua berjalan di pekan. Tiba – tiba ada seorang tua datang kepada mereka berdua dan meminta sedikit bantuan wang. Ali tak ba…

Hai selamat datang ke page Kotak Fiksyen.Jika anda jenis s**a membaca, harap anda boleh bersabar kerana kisah fiksyen in...
21/03/2020

Hai selamat datang ke page Kotak Fiksyen.

Jika anda jenis s**a membaca, harap anda boleh bersabar kerana kisah fiksyen ini ditulis dari otak admin sendiri seorang jadi cerita masih belum banyak.

Setakat sekarang masih belum ada lagi manusia yang nak berkongsi kisah fiksyen atau benar dengan kami.

Jadi

Jika anda seorang yang s**a buat cerita, boleh kongsi dengan kami. Anda karang dulu cerita di aplikasi word atau note kemudian copy dan paste hantar guna email.

[email protected]

Address

Kajang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kotak Fiksyen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Kotak Fiksyen:

Share