04/12/2019
Bila tengok Promosi Penerbangan Air Asia ke Da Lat teringat kecantikan landskapnya . Pada Disember 2018 berkesempatan berkunjung ke sana. Tempatnya memang menarik , kalau di Malaysia kita ada Cameron Highland di Vietnam ada Dalat. Tapi Dalat ini jauh lebih besar lebih banyak tempat untuk dikunjungi, banyak tanaman sayur-sayuran, strawberi , bunga-bungaan , cuacanya sekitar 16 `C . Disini nak kongsi langskap -langskap yang menarik yang sempat di snap sepanjang berada di sana. Sebenar banyak lagi langskap yang kreatif yang tak pernah di lihat di Malaysia sedangkan bunga-bunganya sam asahaja seperti yang terdapat di Malaysia. Di Cameron Highlang nak tengok bunga-bunga yang cantik perlu bayar dan kawasannya kecil tapi di sini bunga-bunga ini menjadi langskap bandar dan kita boleh lihat secara percuma di tepi jalan sahaja, Bagi taman yang beberbayar tu lagi banyak lah kekreatifan mereka dan lagi luas tamannya.