21/06/2025
"Negara-negara Arab kaya… akan pilih siapa?"
Bila lran dan Israhell mula berbalas roket dan dunia mula risau tentang perang serantau… satu perkara yang menjadi isu...
Negara-negara Arab di sekeliling — seperti UAE, Arab Saudi, Qatar — sebenarnya dalam kedudukan paling tersepit.
Mereka duduk betul-betul di tengah antara dua kuasa besar yang sedang bergolak. Tapi... mereka tak bersuara lantang. Kenapa?
Dari satu sisi, mereka tak sokong Israel secara terbuka – kerana tekanan dari rakyat yang marah dengan kekejaman di Gaza.
Tapi dari satu sisi lain, mereka juga tak berani sokong Iran – kerana Iran pernah mengancam kestabilan serantau, dan dianggap ‘abang besar’ kepada militia Syiah.
Tak dinafikan, negara2 Arab ini mempunyai hubungan diplomatik dan ekonomi yang kuat dengan USA. Sampai ada bes tentera US di negara mereka.
Tapi kini, bila peluru berpandu mula dilancar, semua jadi senyap. Tiada siapa mahu jadi sasaran Iran. Tiada siapa juga mahu hilang sokongan dari Barat.
Soalannya sekarang...
Adakah negara-negara Arab ini patut bersuara lebih jelas? Atau mereka patut kekal neutral demi kestabilan?
Rakyat di negara-negara ini semakin resah. Di Dubai contohnya, warga asing semakin bimbang. Sebab Iran tu negara seberang je. Macam Malaysia dan Indonesia.
Kerajaan UAE p**a, dah bagi warning secara rasmi, TIDAK BOLEH guna bes tentera di UAE untuk apa sahaja serangan ke atas Iran.
Dan banyak kem2 tentera US ni, telah berkurangan orang sebab mula dipanggil balik dah. Tak tahu la kenapa.
Kalau anda jadi pemimpin di negara ini – yang rakyatnya simpati pada Palestin, tapi ekonominya bergantung pada Barat – apa yang anda akan buat?
BTW... agak2 gambar ni, gambar lran atau lsrahell?
ik
dubai
ps: Jangan lupa MALAM INI ada kelas online percuma bersama saya "Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan dari ZERO!" Khas untuk and yang nak belajar-demi-Langkah cara mulakan perniagaan dari rumah! Jom saya kongsikan caranya. Daftar di www.MulaDariRumah.com
Jom kita mula berniaga online dari rumah... macam choclate Dubai ;)