Fantasia AquaPark

Fantasia AquaPark Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fantasia AquaPark, Water park, Jalan Golf & Country Club Darul Aman, Jitra.

Berita baik untuk para ibu bapa serta penjaga!Fantasia Aquapark mempunyai sebuah pusat urut, Rem Urutan Traditional. Di ...
11/12/2021

Berita baik untuk para ibu bapa serta penjaga!

Fantasia Aquapark mempunyai sebuah pusat urut, Rem Urutan Traditional.

Di sini, tukang-tukang urut kami terdiri daripada seorang perempuan dan tiga orang lelaki.

Walaupun mereka adalah golongan OKU (buta), mereka telah dilatih untuk memberikan urutan yang terbaik untuk anda.

Berikut adalah kategori urut yang disediakan dan harga :
1. Urut kaki
30min - RM35
1 jam - RM55

2. Urut bahu, leher dan kepala
30min - RM35

3. Urut kaki, bahu, leher dan kepala
RM55

Selamat menikmati sesi urut di Fantasia Aquapark!

MARI BERZUMBA! Hi semua! Fantasia Aquapark akan mengadakan sesi berzumba pada Ahad ini, 12 Disember 2021, jam 5 petang h...
11/12/2021

MARI BERZUMBA!

Hi semua!

Fantasia Aquapark akan mengadakan sesi berzumba pada Ahad ini, 12 Disember 2021, jam 5 petang hingga 6 petang.

Harga tiket zumba adalah RM10.

Anda perlu sebutkan kod “Vibe121221” semasa membeli tiket di kaunter untuk memperoleh harga istimewa.

Kod pemakaian sesi zumba ini adalah baju sukan atau yang bersesuaian ya semua.

Lokasi sesi ini adalah di tingkat Atas, RaRa Restaurant.

Apa tunggu lagi? Mari berzumba beramai-ramai di Fantasia Aquapark!

Hi semua! Waktu operasi Fantasia Aquapark adalah pada pukul 10 pagi hingga 6 petang. Kami dibuka pada setiap hari termas...
11/12/2021

Hi semua! Waktu operasi Fantasia Aquapark adalah pada pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Kami dibuka pada setiap hari termasuk cuti Umum (kecuali Hari Selasa).

Jadi, tunggu apa lagi ? Rancang percutian anda untuk bermandi-manda bersama keluarga di Fantasia Aquapark!

Jumpa anda di sini!

Kami kini telah buka sejak 25 Feb 2021.Sebarang pertanyaan boleh hubungi 04-9131846. Jom memeriahkan Fantasia Aquapark b...
29/03/2021

Kami kini telah buka sejak 25 Feb 2021.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 04-9131846. Jom memeriahkan Fantasia Aquapark bersama anak-anak.

TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes. 95 daripada kes baru itu berkait dengan ke...
17/03/2020

TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes.

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Dua (2) kematian iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID19. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.

🎊🎊JOM KEMBALI KE FANTASIA AQUAPARK🎊🎊Temui kami bermula pada 18 JANUARI 2019 (Jumaat) Antara aktiviti menarik menanti and...
05/02/2019

🎊🎊JOM KEMBALI KE FANTASIA AQUAPARK🎊🎊

Temui kami bermula pada 18 JANUARI 2019 (Jumaat)

Antara aktiviti menarik menanti anda di FANTASIA AQUAPARK seperti:

✅ MASUK PERCUMA pada tarikh hari lahir anda, Khas buat AHLI Fantasia Aquapark yang lahir pada bulan JANUARI dan FEBRUARI

✅ BAUCAR MISTERI buat pengunjung ke 500 dan 1500

✅ BELI 10 TIKET Masuk Fantasia Aquapark akan mendapat 1 Angpow

✅ Pertunjukan Tarian Singa

✅Pertandingan Tarian Singa Kreatif untuk kanak-kanak

✅ Baucar istimewa untuk wanita pertama yang berpakaian Cheongsam

✅ Cabaran kreatif, Pertandingan menulis Karakter Cina

✅ Jom berkaraoke Lagu BAHASA CINA(Terbuka kepada pengunjung bukan berbangsa cina)

Tunggu apa lagi !! Jom Kembali ke Fantasia Aquapark !!

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 04-917 2807/019-441 2080.

HEBAHAN UMUM !Kepada pengunjung Fantasia Aquapark yang kami sayangi,Makluman penutupan sementara Fantasia Aquapark bermu...
27/12/2018

HEBAHAN UMUM !

Kepada pengunjung Fantasia Aquapark yang kami sayangi,

Makluman penutupan sementara Fantasia Aquapark bermula pada 1 Januari 2019 sehingga 17 Januari 2019 untuk kerja- kerja penyelenggaraan.

Fantasia Aquapark akan beroperasi semula pada 18 Januari 2019.

Pihak BDB Leisures Sdn Bhd mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2019 ! 🎆🎆

Sebarang maklumat dan info lanjut, anda boleh hubungi kami ditalian:-
📞 04-9172807/ 04-9131846
📸 IG
Email : [email protected]
Website: https://www.fantasia.bdb.com.my

Temui anda !!!15 Sept 2018 pada jam 11.00pagi.
13/09/2018

Temui anda !!!

15 Sept 2018 pada jam 11.00pagi.

Perasmian Fantasia AquaPark Artis Jemputan Ezad Lazim Jom memeriahkan di Tasik Darulaman Jitra, Kedah.Tarikh : 30 Januar...
28/01/2018

Perasmian Fantasia AquaPark Artis Jemputan Ezad Lazim


Jom memeriahkan di Tasik Darulaman Jitra, Kedah.

Tarikh : 30 January 2018 (Selasa)
Masa : 19:00–22:00

Ada yang nak datang ?

13/01/2018

.
Jom Lencun di Fantasia AquaPark. Banyak aktiviti menarik disediakan untuk anda sekeluarga.

Taman Tema pertama di Jitra. Jom ajak kawan-kawan.

Selamat tengahari. Mohon updates suhu kat tempat hampa sekarang berapa darjah celcius. Admin pun duk rasa kesejukkannya ...
13/01/2018

Selamat tengahari. Mohon updates suhu kat tempat hampa sekarang berapa darjah celcius. Admin pun duk rasa kesejukkannya sampai tulang belakang.

FENOMENA angin sejuk dan lembab luar biasa yang melanda Kedah dan Perlis sekarang adalah tempias luruan angin akibat tekanan tinggi di China.

Tinjauan mendapati cuaca dingin dan angin agak kuat dirasai sejak beberapa hari lalu.

Semalam, Pengarah Meteorologi Kedah Rosli Zakaria dilapor berkata, cuaca sejuk itu berpunca daripada angiin bertekanan tinggi di China menyebabkan suhu di utara Kedah dan Perlis menurun. “Suhu siang bermula 17 hingga 22 Disember ialah 33 darjah selsius, menurun kepada 27 darjah manakala bacaan suhu minimum yang biasanya pada awal pagi di kawasan Alor Setar antara 22.6 hingga 23.0 darjah selsius," katanya.

Peniaga pasar malam di Jitra, Noorhamisah Mohamad Abdullah, 35, berkata dia lima anaknya kini tidur menggunakan selimut. “Anak saya berusia antara lima hingga 13 tahun jarang menggunakan selimut kecuali hujan, tapi sejak beberapa lalu, mereka perlukan selimut. “Kipas angin pun tak perlu pasang, cukup gunakan ubat nyamuk bagi menghalaunya. “Ketika pagi, sejuk terasa hingga ke tulang.

Katanya, angin sejuk dan kuat melanda setiap tahun itu dikenali sebagai angin timur, menandakan musim kemarau akan tiba.

Di Perlis, kakitangan kerajaan, Mohd Faisal Abu Hassan, 38, berkata cuaca dingin yang melanda negeri ini boleh dianggap luar biasa. “Pagi Perlis sekarang berkabus. Sudah seminggu cuaca sejuk seperti ini. “Paling ketara waktu malam, tidur pun tak perlu pasang kipas. “Waktu siang walaupun panas, sesekali angin datang terasa sejuk juga,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 Selamat pagi dan salamat sejahtera. Mulai 01 Januari 2018 harga tiket adalah seperti berikut
30/12/2017


Selamat pagi dan salamat sejahtera. Mulai 01 Januari 2018 harga tiket adalah seperti berikut

Address

Jalan Golf & Country Club Darul Aman
Jitra
06000

Telephone

04-917 2807

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fantasia AquaPark posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category