Usahanita Daerah Besut -Baru

Usahanita Daerah Besut -Baru Platform rasmi yang menghimpunkan usahawanita dinamik Daerah Besut.

🌙 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H 🌙Hijrah membawa makna perubahan, pengorbanan dan semangat untuk menjadi insan yang...
16/06/2026

🌙 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H 🌙

Hijrah membawa makna perubahan, pengorbanan dan semangat untuk menjadi insan yang lebih baik.

Semoga tahun baru Islam ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuhkan ukhuwah, meluaskan rezeki dan terus melangkah dengan penuh keberkatan. 🤍

“Hijrah Memacu Perpaduan, Usahawanita Memperkasa Ummah” ✨

Ikhlas daripada
Usahanita Daerah Besut-Baru

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Usahanita Negeri Terengganu Kali Ke-17, 2026 🌸Tarikh: 11/4/2026 | 22 Syawal 1447H (Sabtu...
16/04/2026

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Usahanita Negeri Terengganu Kali Ke-17, 2026 🌸

Tarikh: 11/4/2026 | 22 Syawal 1447H (Sabtu)
Tempat: Dewan Sumai Jasa, Sumai Hotel Apartment

Dirasmikan oleh: Ybhg. Pn Shahirah Hani Binti Mohamed Ali ( PRESIDEN USAHANITA MALAYSIA )

Satu platform yang memperkukuh ukhuwah, menyatukan visi dan memperkasa wanita usahawan ke arah masa depan yang lebih gemilang. ✨

Daerah Besut turut menghantar seramai 5 orang perwakilan dan 4 orang pemerhati bagi bersama-sama menjayakan mesyuarat ini serta menyumbang idea dan pandangan demi kemajuan bersama.

Usahanita Daerah Besut -Baru

Assalamualaikum wbt 🌹Mesyuarat Agung Usahanita Daerah Besut Kali Ke-11/2026 bagi sesi 2025–2028 telah diadakan seperti k...
16/04/2026

Assalamualaikum wbt 🌹

Mesyuarat Agung Usahanita Daerah Besut Kali Ke-11/2026 bagi sesi 2025–2028 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh : 18 Syawal 1447H | 28 Mac 2026 (Sabtu)
🕘 Masa : 9.30 pagi
📍 Tempat : Desa Ukiran Kayu, Jalan Tengku Long,
22200 Kampung Raja, Terengganu

Di Rasmikan Oleh Pengarah Urusan PTA M Sdn Bhd Encik Mohd Hanif Bin Anuar

Alhamdulillah, majlis telah diadakan dengan lancar dan berjalan dengan baik seperti yang dirancang.

Seterusnya, turut diadakan potluck raya sebagai tanda meraikan Aidilfitri dalam suasana ukhuwah dan kemesraan 🤍

Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim serta memperkukuhkan gerak kerja Usahanita Daerah Besut.

Usahanita Daerah Besut -Baru
Usahanita- Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia Usahanita Terengganu Darul Iman

16/04/2026

🌸 USAHANITA DAERAH BESUT 🌸

Dengan penuh hormat menjemput Tuan/Puan ke Program Kuliah Dhuha Sabtu.yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh : 18 April 2026 (Sabtu)
🕘 Masa : 9.30 pagi
📍 Tempat : Surau Kampung Seberang Limbongan, 22200 Kampung Raja, Terengganu

🕌 Tajuk Ceramah : Kekuatan Seorang Wanita
🎙 Penceramah : Ustaz Che Anuar Bin Che Yah

Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat memeriahkan lagi program ini serta mengeratkan ukhuwah yang terjalin 🤍

“Wanita hebat bukan hanya kuat menghadapi ujian, tetapi juga teguh imannya.”

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut hubungi : 0179466657 (Pn Murni)

Naib Ketua Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Cawangan Daerah Besut.

Usahanita Daerah Besut -Baru
Usahanita Terengganu Darul Iman
Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia

✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H ✨🌙 Tiba masanya kita kembali kepada fitrah…💜 Di kesempatan yang penuh barakah ini,k...
20/03/2026

✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H ✨

🌙 Tiba masanya kita kembali kepada fitrah…

💜 Di kesempatan yang penuh barakah ini,
kami dari Usahanita Daerah Besut -Baru dengan penuh rasa rendah hati mengucapkan:

🌸 Selamat Hari Raya Aidilfitri
🌸 Taqabbalallahu minna wa minkum
🌸 Maaf Zahir & Batin

🤝 Semoga silaturrahim terus terjalin erat,
rezeki dipermudahkan, dilimpahkan keberkatan,
dan kejayaan sentiasa mengiringi langkah semua usahawan wanita hebat.

💼 Teruskan melangkah dengan yakin,
teruskan berjaya bersama kami 💪

💜 Bersama kita bina jaringan, jana pendapatan & capai kejayaan ✨

KASIH SAYANG TIADA BATASAN dari wanita untuk wanita

.

🌸 Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026 🌸Ikhlas daripada Usahanita Daerah Besut -Baru  buat semua wanita hebat khususnya...
08/03/2026

🌸 Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026 🌸

Ikhlas daripada Usahanita Daerah Besut -Baru buat semua wanita hebat khususnya ahli Usahanita Negeri Terengganu.

Wanita bukan sekadar penyeri kehidupan, tetapi juga tunjang keluarga, penggerak ekonomi dan inspirasi kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua wanita yang terus kuat, berani dan berusaha memajukan diri serta menyumbang kepada pembangunan komuniti.

Semoga semangat saling menyokong, berkongsi ilmu dan membina jaringan keusahawanan terus berkembang dalam keluarga besar Usahanita.

✨ Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara

Semoga lebih ramai wanita bangkit menjadi usahawan berjaya, berdikari dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Salam hormat dan penghargaan kepada semua wanita hebat. 💜

SELESAI MAJLIS IFTAR RAMADAN 2026Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Daerah Besut (USAHANITA) bersama anak-ana...
28/02/2026

SELESAI MAJLIS IFTAR RAMADAN 2026
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Daerah Besut (USAHANITA) bersama anak-anak yatim Muszleem Kg Raja 🤍

26 Februari 2026 | 8 Ramadan 1447H

Alhamdulillah, satu lagi program penuh makna berjaya dilaksanakan. Majlis Iftar ini bukan sekadar berbuka puasa bersama, tetapi ruang menyemai kasih sayang, berkongsi rezeki dan mengukuhkan ukhwah bersama anak-anak yatim.

Melihat senyuman mereka adalah nikmat yang tidak ternilai. Semoga setiap sumbangan, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua ahli yang terlibat.

Terima kasih kepada semua barisan yang menjayakan program ini 🤍

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan diberkati.

Usahanita- Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia Usahanita Negeri Terengganu
Usahanita Daerah Besut -Baru

🌙 MARHABAN YA RAMADHAN 1447H 🌙Assalamualaikum & salam Ramadhan buat semua ahli Usahanita Daerah Besut (UDB) 🤍Alhamdulill...
19/02/2026

🌙 MARHABAN YA RAMADHAN 1447H 🌙

Assalamualaikum & salam Ramadhan buat semua ahli Usahanita Daerah Besut (UDB) 🤍

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat.
Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang terbaik untuk kita:
✨ Membersihkan hati
✨ Menguatkan ukhuwah
✨ Melipatgandakan amal dan kebajikan

💜 KEISTIMEWAAN BERSAMA UDB
• Sokongan komuniti usahawan wanita
• Perkongsian ilmu & jaringan silaturahim
• Aktiviti berfaedah sepanjang Ramadhan

👉 AYUH SAMA-SAMA KITA
✔ Rebut pahala
✔ Perkukuh persaudaraan
✔ Hidupkan Ramadhan dengan amalan terbaik

Semoga setiap langkah kita diberkati dan setiap usaha menjadi saham akhirat 🌸

Ikhlas daripada:
Ketua Daerah & AJK
Usahanita Daerah Besut (UDB)

🤲 Ramadhan Kareem, semoga ibadah kita diterima Allah SWT.

19 Februari 2026 (Khamis)1 Ramadhan 1447HHari ini, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Cawangan Daerah Besut (...
19/02/2026

19 Februari 2026 (Khamis)
1 Ramadhan 1447H

Hari ini, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Cawangan Daerah Besut (Usahanita) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YPK Daerah Besut.

Alhamdulillah, pertemuan tersebut telah berlangsung dengan lancar dalam suasana yang mesra dan profesional. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta membuka ruang perbincangan ke arah kerjasama strategik yang bermanfaat demi kepentingan bersama, khususnya dalam usaha pembangunan komuniti setempat.

Pihak Usahanita merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Yusma, Pegawai YPK Daerah Besut, serta warga Pejabat YPK Daerah Besut diatas kesudian menerima kunjungan ini serta layanan yang amat baik.

Semoga segala urusan dan perbincangan yang telah diadakan dipermudahkan serta diberkati, di samping hubungan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa hadapan.

Usahanita Daerah Besut -Baru

Address

Jerteh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usahanita Daerah Besut -Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category