08/07/2023
Just sharing...
Keh nak membobok sikek. Teringat keh suatu peristiwa pelek dan lucu yang berlaku lepas keh habis sekolah.
Masa tu keh tanam anggur. Hari hari kerja keh menolong mak ayah ke ladang tanam semua. Dulu tolak pokok getah bako ajer. Keh ambik upah bako kayu getah dengan bayaran 8 hinggit sehari. Ladang ayoh keh gaya padang jarak padang terkukur.. luas kesemua kawasan yang ditebang 150 ekar lebih, campur mini estet risda mau seribu ekar luas kot.
Gaya keling dah keh masa tu berjemur panas hari hari dan main api bako pokok, selepas dah habis bako kayu getah keh memagar kawasan keh, pandai la sesikit. Lepas tu buat lining anak getah. Suatu hari bila keh melining keh nampok suatu objek macam anak lembu tepi pagar. Secara tba tiba menda tu lompat pagar keh buat, lembut ajer, banyak la pagar yang dia lompat sambil berlari perlahan. Huih apa ni.. keh duduk terpegun melihat dari dekat ia melompat pagar tu gaya kapas lembut dan gaya kertas terawang awang diudara , nak kata rusa tak de tanduk. Keh tanya arwah ayah keh. Tu lah rusa betina sesat dalam kampong. Lah gitu rupanya, kali pertama tengok live.
Rupanya tak macam dalam tv atau pergi menyuluh. Cantik dia berlari melepasi banyak pagar disitu. Rusa pun keh tak kenal . Selepas tu heboh satu kampong rusa masuk kampung. Ikut cita orang tua tua, ini alamat sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Bila kampung dah kecoh, orang ramai berkumpul berpakat nak menangkap rusa tu. Kampung tu ramai yang hebat hebat. Orang dulu rusa ni pakai lembing aje.. tak dan lembing penumbuk ajer jadi. Keh jumpa orang hande ni... Kammin dulu tumbuk ajer rusuk rusa tu.. pepukoung dah.. kata moyang tu.
Akhirnya berpakatlah.. pakai peran juga. Pecah dua kump**an. Kump**an 1 budak muda , menjejak dan membawa anjing berburu dan kump**an 2 orang dewasa menunggu dengan senapang ditempat yang tertentu diarahkan oleh peran. Masing masing bersemangat kerana rusa ni gaya mencabar sampai masuk kampung, sedangkan dihutan kome kejo... Haa.. haa.. haa.
Keh pun muda masa tu ikut geng muda menjejak dan bawa anjing berburu. Orang biasa berburu keh baru kali kedua mengikut.
Memang mula naik motor, lepas tu menapaklah berpuluh baru meredah paya, bukit bukau, hutan belantara.. terjelir lidoh.
Nak dijadikan cerita rusa tu menuju ke hutan lepas. Terkena keh.. memacam menda jumpa.. ladang tembikai dan macam macam pengalaman. Terjeler lidoh letihnya sampai naik bukit tarik dek anjing 3 ekor.. heret..
Nak s**a ada.. hilang semangat tadi.. jumpa menda tak boleh tegur, tak boleh usik, tak boleh makan. Kerana pantang berperan ni tadih. Gampa ingat dalam kampung ni lepas ke gunung mana tah... Nanti kita sambung.. panjang sangat boboknya... Pungko hanyut betei...
Jumpa lagi. Assalamulaikum.