31/12/2021
🚨Notis Ban🚨
Hai Survivors, berikut adalah notis ban terkini!
Tingkah laku berikut boleh menyebabkan anda dikenakan ban dalam Free Fire:
1. Menggunakan aplikasi permainan yang diubah suai atau tidak dibenarkan.
2. Menggunakan alatan tidak dibenarkan yang berinteraksi dengan aplikasi permainan Free Fire.
3. Menggunakan program bukan rasmi untuk memberikan kelebihan kepada permainan.
4. Mengubah suai fail model untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil.
5. Menggunakan glitch atau bug untuk mengeksploitasi gaya permainan.
6. Dilaporkan oleh ramai pemain dan dikesan untuk permainan yang tidak normal secara serentak.
7. Melangkau sistem anti-godam Free Fire melalui pemindahan data tempatan yang tidak dibenarkan.
Kami sentiasa berwaspada terhadap mana-mana penggodam dalam permainan kami. Untuk pengalaman permainan yang lebih baik bagi semua, kami sekali lagi mengingatkan semua Survivors untuk tidak menggunakan sebarang penggodaman dan melaporkan sebarang tingkah laku mencurigakan yang mungkin anda temui semasa perlawanan.
Untuk maklumat lanjut tentang akaun yang dikenakan ban, sila lihat halaman sokongan ini: https://ff.garena.com/antihack/index/en
🚩 Youtube: https://bit.ly/3fqxEeM
🚩 Instagram: https://rb.gy/p77x5e
🚩 Tiktok: https://bit.ly/2KwakRp
🚩 Discord: https://discord.gg/2QRvU2vJpk
🚩 Twitter: https://twitter.com/FFMYOfficial