Ilmu persuratan bahasa kiasan

Ilmu persuratan bahasa kiasan Assalamualaikum sahabat2 ku
kubuka ruang yg seluas ini utk kita sama sama mengzahirkan karya karya

ilmu kesenian,kata kata hkmah,syair gurindam,sajak,puisi kata kata kiasan dan segala yg sewaktu dgn nya. ku harap sahabat2ku dapat meluahkan nya disini... luahkanlah apa saja jgn sesuatu yg boleh aib dan menyebababkan pepechan kita tidak dibenarkan... kerana bukan kita sahja yg berada disini guru guru ku dr indonesia pun dpt melihatnya ... tunjukkan lah budaya kita ..... jgn musnahkan kebudayaandan tata susila rakyat kita ..

09/09/2023

Belajarlah dari benang. Terlalu dekat benang akan kusut dan boleh digunakan.

Jika ingin mengurai tali benang, hendaklah menjarakkannya satu persatu.

Begitu jugalah kita manusia. Secara fitrahnya. Kita perlukan jarak seketika waktu. Bukan bererti berpisah. Cuma menjarakkan seketika..

AbeDienoRhmd
080923 2242H

09/09/2023

Maaf jika aku terlalu memerlukakanmu. Terlalu menjadikan mu tempat bersandar, terlalu takut kehilanganmu. Terlalu gusar dengan ketiadaanmu. Terlalu merampas masa2 keseoranganmu. Terlalu berharap kamu ada ketika kamu juga punya hidup yang sedang direncana..

AbeDienoRhmd
080923 2235H

09/09/2023

Lama rasanya tak berkarya..

TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana mengajar aku cara untuk menyembunyikan perasaan, agar orang sekitar ku nyaman dan selesa.

Aku belajar untuk tidak terlalu cepat meluah.

Aku belajar untuk menyimpan dan mencari cara agar ia tak tumbuh menjadi dendam yang tak sudah.

Aku belajar untuk menerima bahawa segalanya tak seperti yang aku teka. Bahawa bukan aku sorang yang punya rasa.

Kita harus belajar menghormati rasa masing2, dan aku belajar bahawa tak semua hal harus engkau tahu, harus dijadikan berita. Walaupun aku teringin sangat meluahkannya kepada mu..

AbeDienoRhmd
080923-2047H

22/08/2022

ANDAI AKU PERGI DULU...

kau amat ku sayang...
jika ku nyatakan sayang itu...
maka sayang itu akan pergi
tinggalkan aku

biar kan aku membawa lafaz ini
lafaz yang tersimpan
lafaz yang tak terucap...
menjadi bara dalam diri....

andai aku pergi dulu....
terbarilah pusaraku dengan kemboja putih
tegakkan batu nisanku...
kalungkan al-fatihah juga doa untukku...

Andai Aku Pergi Dulu...
AbeDieno
220822 1045am

21/08/2022

ANDAI AKU PERGI DULU..

Aku merenung hari semalam,
Mengintip gerak lakuku,
Adakalanya tersalah laku,
Menyakiti hatimu,
Dalam sengaja atau pun tidak,
Hari ini aku tersedar dari mimpiku,
Andai aku pergi dulu!
Sudikah kau maafkan aku?

Aku berteleku di jendela waktu,
Ya Allah! begitu banyaknya dosaku,
Andai aku pergi dulu!
Adakah mereka akan maafkan aku,
Segala perbuatan dan tingkah laku,
Segala kesalahan dan kelancaranku,
Berkata-kata tanpa berfikir dahulu,
Adakalanya bergurau pun tak menentu,
Selalu tersalah waktu,
Membuat orang lain mungkin membenciku,
Dalam diam hati terbuku,
Dendam kesumat marah padaku,

Buat saudara maraku semua,
Kita memang jarang bersua,
Aku pun tak dapat meneka!
Pernahkah aku terbuat dosa,
Pada kalian semua!

Walau apa pun yang pernah berlaku,
Maafkanlah kesalahanku,
Janganlah disimpan dalam hatimu itu,
Segala salah dan silapku,
Anggaplah semuanya telah berlalu,
Umurku ini belum tentu,
Mungkin akan pergi dulu,
Yang ada hanya batu nisanku,
Yang akan kau lihat selalu,
Kerana jasadku sudah bersemadi di situ,

Buat teman-temanku,
Maafkanlah aku!
Andai aku pergi dulu,
Doakanlah aku!
Sedekahkan Al-Fatihah untukku!
Bukan aku merayu!
Hanya, andai kalian menganggapku sebagai temanmu!

Andai Aku Pergi Dulu
AbeDienoRhmd a.m.n
220822 00:00am

Address

Tanjung Rambutan
Ipoh
31250

Telephone

+60194460730

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilmu persuratan bahasa kiasan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Ilmu persuratan bahasa kiasan:

Share

Category