23/01/2026
23 Januari 2026 - Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak berbesar hati menerima kunjungan Kala Darshini Dance Troupe dari Karnataka, India yang tiba di JKKN Perak hari ini sempena program jelajah persembahan mereka di Malaysia.
Selain sesi perkongsian melalui bengkel ringkas, kumpulan ini turut memperkenalkan tarian tradisional Yakshagana yang sarat dengan elemen teater, muzik dan pergerakan dramatik menjadikannya sebuah persembahan yang unik serta berbeza daripada kebiasaan.
Kemuncak kunjungan ini menyaksikan persembahan khas Kala Darshini Dance Troupe di Auditorium Kompleks JKKN Perak pada malam ini, sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur bagi persembahan seterusnya.
Program ini bukan sahaja menghidupkan ruang seni, malah menjadi platform terbaik dalam memperkukuh hubungan serta pertukaran silang budaya antara Malaysia dan India melalui seni persembahan. ๐ฒ๐พ๐ค๐ฎ๐ณ