Balai Seni Negara Ipoh

Balai Seni Negara Ipoh Balai Seni Negara, Cawangan Ipoh

Balai Seni Negara Cawangan Ipoh pada hari ini menerima jemputan untuk acara perasmian pameran TAIPING STORY yang di rasm...
26/07/2026

Balai Seni Negara Cawangan Ipoh pada hari ini menerima jemputan untuk acara perasmian pameran TAIPING STORY yang di rasmikan oleh YB Tuan Teh Kok Lim, Ahli Exco Negeri Perak Adun Aulong. Wakil dari Balai Seni Negara Cawangan Ipoh dihadiri oleh Kurator, En. Erry Arham Azmi dan kakitangan Balai Seni Negara turut sama dalam majlis perasmian sebagai sebuah tanda sokongan kepada acara ini. Balai Seni Negara Cawangan Perak merakamkan tahniah kepada semua pelukis yang terlibat dalam pameran ini.

22 Julai 2026 | Selesai Sesi Temu Bual Promosi Pembukaan Balai Seni Negara Cawangan IpohSelesai sudah sesi temu bual pro...
22/07/2026

22 Julai 2026 | Selesai Sesi Temu Bual Promosi Pembukaan Balai Seni Negara Cawangan Ipoh
Selesai sudah sesi temu bual promosi Pembukaan Balai Seni Negara Cawangan Ipoh dalam slot Eksklusif@PERAKfm bersama Pengarah Balai Seni Negara Cawangan Ipoh.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PERAKfm atas kesempatan yang diberikan kepada Balai Seni Negara untuk berkongsi mengenai pembukaan Balai Seni Negara Cawangan Ipoh yang bakal membuka tirainya pada bulan September 2026.
Semoga perkongsian ini dapat mengajak lebih ramai masyarakat hadir mengunjungi Balai Seni Negara Cawangan Ipoh untuk menghayati pameran seni kontemporari, meneroka pengalaman galeri digital serta bersama-sama menyemarakkan perkembangan seni visual negara.
Jumpa anda di Balai Seni Negara Cawangan Ipoh nanti!





21/07/2026
Dengarkan temu bual bersama Puan Norazmah Rashid, Pengarah Balai Seni Negara Cawangan Ipoh di Perak FM sempena pembukaan...
21/07/2026

Dengarkan temu bual bersama Puan Norazmah Rashid, Pengarah Balai Seni Negara Cawangan Ipoh di Perak FM sempena pembukaan Balai Seni Negara Cawangan Ipoh tidak lama lagi.

Temu bual ini akan mengupas peranan Balai Seni Negara Cawangan Ipoh sebagai ruang baharu untuk masyarakat meneroka seni visual, menelusuri warisan serta menghayati inovasi seni kontemporari yang berteraskan identiti lokal.

📻 Perak FM
🗓️ Rabu | 22 Julai 2026
⏰ 11.30 pagi

Anda juga boleh mengikuti temu bual ini secara penstriman langsung di Facebook Perak FM dan RTM Klik.





Balai Seni Negara Cawangan Ipoh pada hari ini menerima jemputan untuk acara perasmian pameran OSOM perak di 22 Hale Stre...
19/07/2026

Balai Seni Negara Cawangan Ipoh pada hari ini menerima jemputan untuk acara perasmian pameran OSOM perak di 22 Hale Street 客棧街二十二號文化館 yang di rasmikan oleh Tuan Haji Salleh Ismail. Wakil dari Balai Seni Negara Cawangan Ipoh dihadiri oleh Kurator, En. Erry Arham Azmi dan Penolong Kurator En Hafiz Osman turut sama dalam majlis perasmian sebagai sebuah tanda sokongan kepada acara ini. Balai Seni Negara Cawangan Perak merakamkan tahniah kepada semua pelukis yang terlibat dalam pameran ini.

14/07/2026
Jom Daftar di Jejak Seni Malaysia!Jejak Seni Malaysia merupakan direktori lokasi seni dan platform pemetaan ekosistem se...
10/07/2026

Jom Daftar di Jejak Seni Malaysia!

Jejak Seni Malaysia merupakan direktori lokasi seni dan platform pemetaan ekosistem seni visual negara yang menghubungkan karya seni awam, lorong seni, persatuan, galeri dan pelbagai komponen lain yang membentuk ekosistem seni visual negara. Ia merupakan inisiatif khas oleh Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) untuk memetakan dan mendokumentasikan keseluruhan ekosistem seni visual di Malaysia.

Pendaftaran karya Jejak Seni di lokasi terbuka kepada semua penggiat seni di Malaysia dengan mendaftar secara online di portal Jejak Seni https://jejakseni.my/






MyMOTAC
MalaysiaMADA

After 18 years, National Art Gallery, Malaysia is proud to host the 7th APTCCARN Conference once again! We invite conser...
01/07/2026

After 18 years, National Art Gallery, Malaysia is proud to host the 7th APTCCARN Conference once again! We invite conservators, researchers, artists, and cultural heritage professionals from around the world to join us as Speakers or Participants.

Join as a Speaker (Call for Abstracts):
Share your research, case studies, or innovative conservation practices aligned with our conference theme:

"Evolving Conservation Practices in Local Tropical Climates: An Asia-Pacific Focus"

• Abstract Submission Deadline: 15 July 2026
• Acceptance Notification: 30 July 2026

Join as a Participant:
Connect with professionals from around the world, explore five heritage sites across Kuala Lumpur, Ipoh, and Lenggong, and gain insights into collection conservation practices at local art galleries, museums, and state art institutions.

Be part of the conversation shaping the future of art conservation in the Asia-Pacific. Scan the QR code to submit your abstract or register as a participant or click the link: http://aptccarn.com/aptccarn7





Balai Seni Negara Cawangan Ipoh amat berbesar hati dan merakamkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri...
28/06/2026

Balai Seni Negara Cawangan Ipoh amat berbesar hati dan merakamkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad atas kunjungan beliau ke reruai Balai Seni Negara sempena Majlis Perasmian Festival Budaya Malaysia@Perak. Turut mengiringi adalah YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YBrs. Tuan Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Pengurusan Tertinggi MOTAC dan kurator serta pegawai Balai Seni Negara.

Terdahulu, reruai Balai Seni Negara turut menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot bersama Pengurusan Tertinggi MOTAC. Kunjungan beliau turut diserikan dengan kehadiran Seniman Negara ke-9, YBhg. Dato’ Mohd Nor Khalid (Dato’ LAT) dan isteri.

Terima kasih atas kunjungan ini sekaligus mempererat hubungan antara kerajaan Negeri Perak dan Balai Seni Negara.

Buat anda semua, teruskan berkunjung ke Festival Budaya Malaysia yang bakal menutup tirainya petang ini. Nantikan juga pembukaan rasmi cawangan Balai Seni Negara di Ipoh, Perak.





Address

Jalan Dato Sagor
Ipoh
3000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Seni Negara Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category