PiNCER MBI STUDIO

PiNCER MBI STUDIO The hub to incubate, develop, produce and act as a catalyst to nurture creativity of art industry

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒDengan ucapan β€œSelamat Hari Raya Aidilfitri.”Cahaya Ramadan berlalu pergi,Menyam...
20/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Dengan ucapan β€œSelamat Hari Raya Aidilfitri.”
Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon maaf kekhilafan diri

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada :
warga kerja

❀️

πŸŽ‰πŸŽŠ  Selamat Tahun Baru Cina 2026 πŸŽ‰πŸŽŠSemoga kehadiran tahun yang penuh semangat ini membawa kemakmuran, kesihatan yang bai...
16/02/2026

πŸŽ‰πŸŽŠ Selamat Tahun Baru Cina 2026 πŸŽ‰πŸŽŠ

Semoga kehadiran tahun yang penuh semangat ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kejayaan berterusan kepada seluruh masyarakat. Diharapkan sambutan perayaan ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, memupuk nilai kasih sayang serta memperkukuh semangat kejiranan dalam komuniti.

Marilah kita bersama-sama terus menyemarakkan perpaduan, keharmonian dan semangat muhibah antara masyarakat berbilang kaum agar keamanan dan kestabilan yang dinikmati di Malaysia sentiasa terpelihara. Semoga Tahun Kuda membawa keberanian, ketabahan dan kemajuan kepada kita semua dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera, bersatu padu dan makmur.”

Ikhlas daripada


πŸŽ‰πŸŽ‰  π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŽ‰Semoga tahun baru ini diraikan dengan kegembiraan, keberkatan dan moga diberi kesihatan yan...
31/12/2025

πŸŽ‰πŸŽ‰ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŽ‰

Semoga tahun baru ini diraikan dengan kegembiraan, keberkatan dan moga diberi kesihatan yang baik.

Mulakan tahun baru ini dengan harapan dan semangat yang positif serta membawa kesejahteraan, kemakmuran, keselamatan serta perpaduan yang berterusan dalam komuniti kita.

Selamat menyambut Tahun Baru 2026.

Ucapan ikhlas daripada Pengurusan




❀️

✨Dirgahayu Tuanku✨Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, S...
06/11/2025

✨Dirgahayu Tuanku✨

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2025.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Daulat Tuanku...

πŸͺ”Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.πŸͺ”Semoga peray...
19/10/2025

πŸͺ”Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.πŸͺ”

Semoga perayaan ini menjadi simbol kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan serta kebenaran mengatasi kebatilan. Didoakan agar sambutan Deepavali tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk negara kita.
Selamat Hari Deepavali. πŸͺ”



πŸ‡²πŸ‡Ύ

  mengucapkan Salam Takziah buat seluruh keluarga  Allahyarham PPj. Kehormat (PA) Dato' (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdu...
24/09/2025

mengucapkan Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham PPj. Kehormat (PA) Dato' (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdullah

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 🀲

Al-fatihah......

SALAM MAULIDUR RASUL12 Rabiulawal 1447H bersamaan5 September 2025 (Jumaat)β€ŽΨ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΨŒ ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ...
04/09/2025

SALAM MAULIDUR RASUL

12 Rabiulawal 1447H bersamaan
5 September 2025 (Jumaat)

β€ŽΨ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΨŒ ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω
β€ŽΨ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΨŒ ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω
β€ŽΨ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΨŒ ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω

Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.

Di kesempatan ini kami ingin merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan pujian kepada baginda Rasulullah SAW agar kita semua beroleh syafaat baginda di Hari Akhirat kelak.

β€œKeluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”


πŸ‡²πŸ‡Ύ ❀️
❀️
❀️

"Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemer...
30/08/2025

"Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk semangat perpaduan, mengekalkan keamanan, dan memperkukuh jati diri bangsa.
Semoga negara kita terus maju, makmur, dan diberkati Allah SWT."



πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2025.Marilah kita kenang dan hargai jasa pahlawan negara yang telah berkorban demi tanah...
31/07/2025

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2025.
Marilah kita kenang dan hargai jasa pahlawan negara
yang telah berkorban demi tanah air tercinta.
"Tiada tanah yang merdeka tanpa keberanian pahlawan."
Pahlawanku, Inspirasiku.



29/07/2025

By Balqis Jazimah Zahari IPOH: Approximately 15,000 visitors are expected to attend the 4th Ipoh International Arts Festival (IIAF 2025), which will be held ...

29/07/2025

Address

PINCER MBI Studio, Susuran PTTC, Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PiNCER MBI STUDIO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to PiNCER MBI STUDIO:

Share