25/09/2023
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ya Allah bantulah aku mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki ibadah kepada Mu.
Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami, sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami…
Ya Allah..
Jadikanlah hari ini lebih baik drpd semalam…
Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah…
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima musibah dan menghadapi ujian-Mu…
Mohon kuatkanlah mereka utk dapat bertahan dan bersabar..
Tabahkan hati mereka dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..Setelah kesusahan ada kemudahan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..
Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabatnya.
(Amin Amin Ya Robbal ‘Alamin)
https://osini.co/HMNafasDoa
Nafas Doa adalah Praktis pada mereka yang Ada Masalah Keluarga , Masalah Kewangan , Masalah Rezeki , Masalah dengan Kawan kawan.