Musolla Assaadah

Musolla Assaadah Lampu tidur Led kaligrafi

TAK KORBAN KAH?بسم الله الرحمن الرحيم "Alah, saya mana cukup duit nak korban. Tak kan lah perkara sunat sampai nak berga...
15/06/2023

TAK KORBAN KAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

"Alah, saya mana cukup duit nak korban.
Tak kan lah perkara sunat sampai nak bergadai, berhutang."

Alasan orang yang untuk hal dunia dan dia tidak malu pun berhutang. Buktinya sanggup bayar beratus, beribu RM untuk membeli rumah dan kereta walaupun berhutang tidak pun segan².

Tapi bab ajak buat kurban untuk seekor kambing RM500++, huish ayat alasan power.

Tahukah kalian kisah ini:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ, فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

“Barangsiapa yang memiliki kelapangan rezeki, namun tidak berqurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

(HR. Ahmad 8273, Ibnu Majah 3123)

Akan tetapi sebahagian ulama menganjurkan untuk berhutang jika tidak mampu.

Imam Sufyan ats-Tsauri menceritakan, bahawa Abu Hatim berhutang untuk membeli seekor unta. Ketika ditanya, mengapa sampai berutang? Jawab beliau, ”Saya mendengar firman Allah,

لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ

”Kalian akan mendapatkan kebaikan dari sembelihanmu itu.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/426).

Dalil dah diberikan. Terp**ang nak merebut peluang ini atau tidak. Sesungguhnya setiap titisan darah daripada haiwan kurban itu merupakan kebaikan.

****

Jika mahu kurban itu diserahkan 100% tanpa kos tersembunyi, pihak HQ menyerahkan kepada pihak di Ribath Annur Yaman, Rabwatul Quran d Jawa Timur dan di pondok Sudan.

Klik

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

06/06/2023

Sayyidina Umar bin Al-Khattab yang diredhai Allah berkata: Aku telah meminta izin dari Nabi ‎ﷺ untuk melakukan umrah dan baginda memberi izin lalu bersabda (mafhumnya):

“Jangan lupakan kami wahai saudaraku dari doamu”

Baginda mengucapkan ucapan yang menyebabkan aku gembira hidup di dunia.

Ada riwayat lain:

“Sertakan kami wahai saudaraku di dalam doamu”

Sumber: Sunan Imam Abu Daud dan Sunan Imam At-Tirmidzi

06/06/2023

Safwan bin Abdullah bin Safwan, suami Ad-Darda binti Abud Darda berkata: Saya p**ang ke keluarga saya dari Syam lalu saya mendapati Ummud Darda di rumah tetapi Abud Darda tiada.

Ummud Darda bertanya: Adakah kamu ingin melakukan Haji tahun ini?

Saya berkata: Ya.

Ummud Darda berkata: Berdoalah kepada Allah untuk memberikan kebaikan kepada kami kerana Nabi ‎ﷺ telah bersabda (mafhumnya);

“Sesungguhnya doa seseorang muslim bagi saudaranya tanpa pengetahuannya itu diterima. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat itu berkata: Ya Allah terimalah doanya dan moga Allah berikan perkara yang sama kepada kamu”.

Kemudian saya berjumpa dengan Abud Darda di pasar dan beliau juga memberitahu perkara yang sama didengari dari Nabi ‎ﷺ.

Sumber: Adabul Mufrad susunan Imam Al-Bukhari.

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين   TAMAN² SYURGA**K...
01/08/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

TAMAN² SYURGA*

*Kami dengan sukacitanya menjemput semua untuk turut hadir duduk bersama orang soleh yang akan berada di Masjid Assaadah ( Musolla) pada Khamis 4 Ogos bersama Habib Muhdhor alAydrus dari Yaman, Sabtu 6 Ogos bersama Utz Abdullah Azzam, mudir pondok RABWATUL QURAN Jawa Timur dan guru kami yang amat dicintai, penasihat ANNURULHADI yakni alHabib Ahmad Aidid pada 12& 13 Ogos ( Jumaat & Sabtu )*

Semua ini adalah asbab kita akan berada di taman² Syurga . Maka datang lah ke sini, bawa anak² untuk berjumpa orang soleh .

Biar mereka kenal dan berazam menjadi orang soleh.

Inilah cara lakukan sejak anak² saya kecil hingga sekarang Alhamdulillah mereka p**a memperkenalkan saya dengan orang² soleh.

Sesungguhnya orang² yang menyintai ilmu dia pasti memburu majlis² ilmu. InsyaAllah kaki yang melangkah ke majlis² ilmu dekat dan jauh , kaki itu akan melangkah di dalam taman² Syurga. Aameen.

Sempena kedatangan para solihin , maka HQ ANNURULHADI akan mengeluarkan kos untuk perbelanjaan majlis, oleh itu HQ ANNURULHADI menawarkan kepada semua untuk bersama² mendapat ganjaran yang banyak .

Alhamdulillah mulai hari ini hingga 13 ogos, TAMAN SYURGA .

*PEMBELIAN 1 KOTAK (30 BOTOL) AIR DOA ULAMA ANNURULHADI RM1200 , KINI HANYA RM999.00*

*PEMBELIAN 1 KOTAK KD EO BODY OIL RM450, KINI HANYA RM380*

*PEMBELIAN SET KD SPEECHLESS SCENT DAN AURA KD RM200 , KINI HANYA RM170*

Lain² produk ada less 10% sehingga kehabisan stok atau 13 hb Ogos 2022.

Namun kalian juga boleh membayar harga tanpa offer dan niat infaq.

Apa pun, moga² Allah Taala meredhoi dan memberkati hidup kita semua. Aameen

moga² ini menjadi asbab kita berkumpul dgn RASULULLAH saw d Syurga.

BaarakAllahufikum

www.wasap.my/Offer

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  Alhamdulillah,  i...
30/07/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Alhamdulillah, insyaAllah 3 majlis ilmu akan diadakan di Masjid ( Musolla Assa'adah ) mulai Khamis 4 ogos , 6 ogos dan 12-13 ogos 2022.

Sesungguhnya Allah Taala akan menaikkan darjat mereka yang berilmu apatah lagi ilmu syariat.

Moga² diberikan kepada kita keberkatan masa dan dipilih duduk bersama orang² soleh.

Jemput hadir .👌💗

Alhamdulillah Jemput hadir
21/07/2022

Alhamdulillah
Jemput hadir

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين *Barangsiapa yang ...
07/02/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

*Barangsiapa yang menyintai kerana ALLAH TAALA, membenci kerana ALLAH TAALA, memberi kerana ALLAH TAALA dan tidak memberi kerana ALLAH TAALA maka dia telah menyempurnakan keimanannya*

OFFER TERHAD!بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Bermi...
06/02/2022

OFFER TERHAD!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Berminat dengan jam ukir pvc?
Sekarang HQ jual Offer terhad untuk kumpul dana Ribath Annur.

Harga biasa RM220.
Kini RM160 saja.

Bahan PVC
Saiz 15in

Berminat klik www.wasap.my/+60134400212/jamOffer.

2. Hiasan Capal

Saiz tinggi 7inci
Bahan PVC

Kini hanya RM28
( Biasa RM50)

Berminat klik www.wasap.my/+60134400212/capalcomel

06/02/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Petikan Tanbihul Mughtarrin:

Pada suatu hari, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membaca surah al Muzammil ayat 12 - 13:
أعوذ بالله من الشيطان

إِنَّ لَدَيْنَآ أَنكَالًا وَجَحِيمًا

Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,

وَطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ وَعَذَابًا أَلِيمًا

Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Ketika itu sahabat yang bernama Hamron ibn 'Ayan mendengar ayat itu dan tersungkur meninggal dunia kerana ketakutannya kepada ALLAH TAALA hingga pecah hatinya.

Address

Simpang Pulai
Ipoh
31300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Musolla Assaadah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share