26/03/2026
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH YAN 2026
Telah berlangsung Program Memasak Bubur Lambuk sempena Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Yan 2026 pada 21 Februari 2026 (Sabtu) bertempat di Rumah Anak Yatim Budi, Yan.
Program ini merupakan anjuran bersama Kelab Rakan Muda Jerai dan MRA Kedah, dengan penglibatan aktif para belia serta komuniti setempat dalam menyemarakkan bulan Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan gotong-royong.
Semoga usaha ini dapat mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.