15/06/2026
Saksikan teater “Ihsan dan Hikmah”, sebuah pementasan yang menggabungkan dua naskhah Sasterawan Negara Mana Sikana dan diadaptasi menjadi sebuah ceritera yang sarat konflik diri dan keluarga.
Rakus namun angkuh dalam mengejar syurga membuatkan Kamal terjerat helah Tuan Basurd lalu membuatnya hanyut ke lembah noda. Kini, segalanya terletak di tangan Kamila, saudara bukan serahim yang nekad membawanya pulang.
Mampukah kemaafan meruntuhkan keegoan Kamal? Adakah sisa nur dihatinya cukup untuk mengetuk pintu taubat?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan pertembungan emosi ini!
📌 Butiran Persembahan:
Tempat: indicine, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)
Tarikh & Masa:
4 Julai 2026 (Sabtu) | 8:00 Malam
5 Julai 2026 (Ahad) | 3:00 Petang
Dapatkan tiket anda sekarang sebelum terlambat di platform CloudJoi
https://www.cloudjoi.com/shows/ihsan-dan-hikmah