11/06/2026
SISI GELAP CHARGING EV
EV memang tenang bila dipandu.
Senyap. Smooth. Tidak banyak getaran. Untuk perjalanan harian, ramai pemilik EV akan setuju bahawa pengalaman memandunya sangat selesa.
Tetapi ada satu bahagian yang tidak selalu seindah iklan.
Tempat mengecas.
Di sinilah sebahagian pemilik EV mula berdepan realiti. Kuasa charging yang tertera pada charger bukan semestinya kuasa yang akan diterima sepanjang masa. Dalam sistem yang berkongsi kuasa, prestasi boleh berubah mengikut bilangan kereta, keadaan sistem, had grid, suhu bateri, tahap bateri dan charging curve kenderaan.
Sebab itu ada masa kereta dapat kuasa tinggi pada awal pengecasan, kemudian perlahan apabila bateri semakin penuh. Ada juga situasi di mana charger nampak laju atas kertas, tetapi prestasi sebenar jauh lebih rendah kerana kuasa sedang dikongsi atau sistem tidak berada pada tahap optimum.
Belum masuk isu aplikasi, sambungan gagal, sistem backend tidak stabil, charger rosak, queue panjang, atau lokasi yang bergantung kepada grid dan simpanan tenaga di tapak.
Inilah sisi yang ramai orang hanya faham selepas mula menggunakan EV.
Pemilik EV bukan hanya bergantung kepada kereta. Mereka bergantung kepada seluruh ekosistem charging. Hardware charger, aplikasi, grid, sistem pengagihan kuasa, lokasi, pengguna lain dan tahap kematangan infrastruktur.
Kasihan juga pemilik EV. Ketika memandu, kereta itu memberi ketenangan. Tetapi bila sampai ke tempat charging, ketenangan itu boleh hilang jika sistem tidak cukup stabil dan konsisten.
EV bukan masalahnya.
Ekosistem charging yang belum cukup matang itulah yang perlu diberi perhatian. Buat masa ini, ekosistem lengkap dan baik hanyalah dari pengeluar Tesla.
Sebelum beli EV, jangan hanya tanya berapa jauh kereta boleh pergi.
Tanya juga, di mana saya akan charge setiap hari? Charger awam di kawasan saya stabil atau tidak? Kalau balik kampung atau travel jauh, ada plan kedua atau tidak?
Kereta elektrik ialah teknologi masa depan. Tetapi pengalaman pengguna hari ini masih sangat bergantung kepada kualiti sistem charging yang ada di sekeliling kita.