06/06/2026
Sekitar kemeriahan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 6 Jun 2026, Menyaksikan penyertaan 32 kontinjen melibatkan seramai 2,200 peserta yang bertandingan dalam 4 kategori terdiri daripada jabatan Kerajaan/badan berkanun/swasta, rumah panjang/ketua kaum/kampung, IPTA/IPTS/sekolah menengah Bahagian Betong dan sekolah-sekolah rendah/tadika perpaduan/Kemas Bahagian Betong.
Bagi Kategori A yang melibatkan jabatan kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta, johan dimenangi oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Betong. Tempat kedua menjadi milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, manakala tempat ketiga disandang Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong.
Dalam Kategori B yang melibatkan ketua kaum, rumah panjang, kampung, badan bukan kerajaan (NGO), pekan dan pasar raya, Iban Balau Community Club muncul johan. Persatuan Kebudayaan KDCA Sarawak meraih naib johan, sementara Gerempung Tuai Rumah (GTR) Layar menduduki tempat ketiga.
Bagi Kategori C, SMK Saint Augustine Betong dan SMK Spaoh masing-masing muncul sebagai naib johan dan pemenang tempat ketiga manakala Johan jatuh kepada SMK Saribas.
Sementara itu, Kategori D yang melibatkan sekolah rendah, Tadika Perpaduan dan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Bahagian Betong dimenangi oleh SK Saint Augustine. SK Nanga Passa muncul naib johan, manakala SK Paku Sentral menduduki tempat ketiga.
Setiap johan kategori menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib johan RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000, selain sijil penyertaan serta piala dan hadiah iringan daripada PEPSI.
Anugerah Persembahan Terbaik p**a dimenangi oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, manakala Anugerah Penyertaan Teramai menjadi milik GTR N37 Bukit Saban yang menghimpunkan 120 peserta dan Anugerah Kontinjen Pakaian Terbaik dimenangi oleh SMK Saribas.
SMK Saribas sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong 2026, sekali gus membawa p**ang hadiah wang tunai RM10,000, Piala Pusingan serta hadiah iringan daripada penaja utama, PEPSI.
Hadir bagi merasmikan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026 ialah Yang Berhormat Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.36 Layar bersama isteri, Yang Berbahagia Datin Rosemarie Wong.
Turut hadir Yang Berhormat Dato Dr. Richard Rapu@Aman Anak Begri, Ahli Parlimen P.204 Betong. Yang Berhormat Encik Friday Anak Belik, ADUN N.39 Krian. Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Duri, ADUN N.38 Kalaka. Yang Berbahagia Datu Richard Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong. Yang Berusaha Encik Leo Bin Toni, Pegawai Pertanian Bahagian Betong Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong dan Yang Berusaha Dr. Andrew Emparan, Pengerusi Jawatankuasa Perarakan Gawai 2026.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur CENTEXS Betong serta penaja dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026.