08/06/2026
TERIMA KASIH!! Beluran MENYALA!! Comeback STRONGER!!
Musim Kaamatan telah pun berlalu, dan tirai Sugandoi Kaamatan 2026 juga telah lama melabuhkan tirainya. Namun pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan indah ini.
Pertama sekali, sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada hero Daerah Beluran, Cik Farahzidah Husrin, atas pencapaian yang amat membanggakan apabila sekali lagi berjaya mengulangi kejayaan wakil Sugandoi Beluran tahun lalu dengan mara ke pentas akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026.
Walaupun rezeki untuk merangkul gelaran juara belum berpihak kepada kita, namun berada dalam kelompok 5 terbaik negeri Sabah merupakan satu pencapaian yang sangat besar dan membanggakan seluruh warga Beluran. Menjejakkan kaki ke pentas berprestij di KDCA bukanlah suatu perkara yang mudah. Di sebalik persembahan yang disaksikan oleh ramai, terdapat pelbagai cabaran, pengorbanan, tekanan dan usaha yang tidak terlihat oleh mata.
Namun berkat perlindungan Tuhan, kesungguhan, disiplin, bakat luar biasa serta semangat juang yang tinggi, Farahzidah berjaya membuktikan kemampuannya sehingga disenaraikan sebagai finalis Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026. Kejayaan ini turut membuktikan bahawa Beluran yang sering digelar sebagai “Dark Horse” kini bukan lagi sekadar pencabar biasa, tetapi sebuah daerah yang mampu memberikan saingan hebat kepada mana-mana wakil di pentas negeri.
Farah, kami bangga dengan pencapaianmu. Kemenangan bukan hanya diukur melalui piala kejuaraan yang dijulang, tetapi juga melalui keberanian untuk melangkah, ketabahan untuk berjuang, dan kemampuan untuk mengharumkan nama daerah di pentas yang lebih besar. Terima kasih kerana telah membawa nama Beluran dengan penuh maruah dan kebanggaan.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua individu dan pihak yang telah menghulurkan bantuan, sokongan dan sumbangan sepanjang perjalanan ini. Terima kasih kepada:
* Datuk Samad Bin Jambri dan Datin Rosminah Arman
* Tn. Miklin Ationg
* Dr. Zainuddin Sabu
* Cik Geneva Jasmin (mewakili Beliawanis)
* Tuan Roger Appolonius, Pegawai Daerah Beluran
* En. Welter Chang
* KDCA Labuk
* Serta semua penyumbang dan penaja yang tidak dapat disebutkan satu persatu.
Sesungguhnya, tanpa sokongan dan keprihatinan anda semua, amat sukar untuk kami memastikan segala persiapan dan keperluan wakil daerah dapat disempurnakan dengan baik. Jasa dan sumbangan anda akan sentiasa kami kenang dan hargai.
Terima kasih juga kepada barisan juri Sugandoi Kaamatan Daerah Beluran Jave Muli, Lyron Felix, Ferona Paimin & Lydia Andilah atas kepercayaan yang diberikan kepada Cik Farahzidah Husrin untuk mewakili daerah Beluran ke peringkat negeri. Pilihan anda sememangnya tepat, dan Farah telah membuktikannya dengan persembahan yang cemerlang di pentas KDCA sehingga berjaya menempatkan diri dalam kelompok 12 finalis terbaik negeri.
Tahniah diucapkan juga kepada wakil Sugandoi Songkotoun Daerah Beluran, En. Roger Sebastian dan Sugandoi Dazanak Adik Angel Pheobby, atas kejayaan melangkah ke pentas Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun ini. Bakat dan kemampuan anda berdua dalam bidang nyanyian sememangnya tidak dapat dipertikaikan dan mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh lagi. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Daerah Beluran di pentas yang begitu berprestij. Kami bangga dengan anda berdua.
Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada pasukan Sugandoi Beluran yang sentiasa berdiri teguh bersama saya sepanjang musim pertandingan sugandoi kaamatan peringkat negeri ini, khususnya En. Edwin Ahmad dan Cik Kimberley Myra Terence En. Hary Nianti. Terima kasih kerana telah mengorbankan masa, tenaga, idea dan komitmen dari awal persiapan sehingga tamatnya pertandingan di peringkat negeri. Terima kasih juga kepada semua AJK Sugandoi Beluran yang hebat:
* Floryite Charles
* Steiner Soh
* Arlin Ansil
* Florence Ivy
* Nuslin Yoti
* Derry Mcweareld
* Kathleen Insil
* Suzinti Ipin
* Eustorayanne
* Janet Anne Albert
* Mohd. Faid Farhadh
* Azilin Ajan
Setiap kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil kerja berpasukan, kesatuan hati dan semangat kekeluargaan yang kita bina bersama.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Beluran, para penyokong, keluarga peserta, rakan-rakan media sosial dan semua yang sentiasa mendoakan serta memberikan kata-kata semangat sepanjang perjuangan kami. Setiap doa, sokongan dan kepercayaan anda menjadi kekuatan yang mengiringi setiap langkah kami.
Perjalanan ini mungkin telah sampai ke penghujungnya, tetapi semangat yang terjalin akan terus menyala. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus mengangkat martabat seni, budaya dan warisan bangsa kita.
Beluran bukan lagi sekadar pemerhati. Beluran kini adalah pencabar yang disegani.
Dan selagi semangat itu hidup, kita akan terus melangkah, terus berjuang dan terus mencipta sejarah.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
Kaamatan: "Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan"
Ikhlas daripada,
Peter Anderson Nianti
Pengerusi Sugandoi Kaamatan Daerah Beluran 2026