Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau

Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau Ini merupakan laman rasmi Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau (PA'AS)

PA'AS was established in July 2023 and registered with Registrar of Societies Malaysia (ROS) on 2 October 2023 (PPM-021-13-02102023). This association is committed in preserving the heritage, culture, customs and traditions of the Bidayuh in Singai, Bau

PERARAKAN GAWEA PONU PAPOU KEMBALI LAGI UNTUK KALI KE-2AYUH SEMUA WARGA BIDAYUH!Inilah masanya!Inilah detiknya!Kita buka...
27/02/2026

PERARAKAN GAWEA PONU PAPOU KEMBALI LAGI UNTUK KALI KE-2

AYUH SEMUA WARGA BIDAYUH!

Inilah masanya!
Inilah detiknya!

Kita bukan sekadar berarak…
Kita datang dengan semangat, gaya dan kebanggaan warisan!

Ayuh kita tunjukkan keunikan busana tradisional paling segak dan menawan!

Ayuh kita bentuk kumpulan paling kreatif!

Ayuh kita gegarkan jalan dengan sorakan paling padu!

Biar semua tahu bahawa Bidayuh bersatu, berbudaya dan luar biasa hebat!

📢 Daftar sekarang! Jangan tunggu saat akhir!

Selamat menyambut Tahun Baru 2026.Semoga tahun ini menjadi ruang untuk kita terus mengeratkan hubungan sesama ahli persa...
01/01/2026

Selamat menyambut Tahun Baru 2026.

Semoga tahun ini menjadi ruang untuk kita terus mengeratkan hubungan sesama ahli persatuan, memperkukuh semangat kebersamaan dan menjaga adat serta tradisi agar terus hidup dan dihormati.

Biar langkah kita sederhana, tapi niat tetap besar demi warisan budaya yang kita junjung bersama. Semoga segala perancangan dipermudahkan, persatuan terus aktif dan adat terus diwarisi oleh generasi seterusnya.

Selamat datang 2026 — adat dijaga, muafakat dipelihara.

Merry Christmas everyone!As we share this season of joy, let us also remember the roots we come from, the culture we liv...
24/12/2025

Merry Christmas everyone!
As we share this season of joy, let us also remember the roots we come from, the culture we live by, and the adat that define our identity.

Happy Holidays!

Anak kelahiran Bau melakar sejarah! Tahniah di atas pelantikan yang membanggakan ini dan kami warga penduduk Bau turut b...
17/12/2025

Anak kelahiran Bau melakar sejarah! Tahniah di atas pelantikan yang membanggakan ini dan kami warga penduduk Bau turut berkongsi kegembiraan.

Steady BiBau!

It’s a wrap!Our heartfelt thanks to DBNA Kuching Tengah Branch for inviting PA’AS to join the Bidayuh Cultural Carnival ...
23/11/2025

It’s a wrap!

Our heartfelt thanks to DBNA Kuching Tengah Branch for inviting PA’AS to join the Bidayuh Cultural Carnival 2025. It has been an honour to take part in such a meaningful celebration.

From traditional crafts to intricate costumes, we are proud to share the richness of the Bisingai culture with all the visitors.

Let’s join us at Bidayuh Cultural Carnival 2025 in Kampung Semeba from 21–22 November 2025!As we celebrate the rich tape...
21/11/2025

Let’s join us at Bidayuh Cultural Carnival 2025 in Kampung Semeba from 21–22 November 2025!

As we celebrate the rich tapestry of Bidayuh culture—our music, dances, customs, and ancestral knowledge—PA'AS is truly honored to take part in this meaningful cultural gathering. Through our participation, we hope to contribute to the preservation and sharing of the traditions that have shaped our identity for generations.

Let us come together in unity and pride. Bring your family and friends and be part of this unforgettable cultural experience.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Les Met, anak kelahiran Singai yang kini semakin menyerlah dan mencipta nam...
20/11/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Les Met, anak kelahiran Singai yang kini semakin menyerlah dan mencipta nama dalam dunia perkhidmatan pendidikan. Kejayaan beliau merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga, masyarakat Singai dan semua yang mengikuti perjalanan kerjaya beliau.

Sebagai anak jati Singai, beliau telah membuktikan bahawa asal-usul bukanlah penghalang untuk mencapai kecemerlangan. Dengan semangat yang tidak pernah luntur, disiplin kerja yang tinggi, serta komitmen terhadap pembangunan pendidikan, beliau telah menunjukkan bahawa kejayaan itu hadir melalui usaha gigih dan keazaman yang tinggi. Semoga beliau terus menjadi role model yang membanggakan bagi masyarakat Singai dan seluruh warga pendidik.

Bengkel Pikokas Asal Bisingai yang telah berlangsung pada 15–16 November 2025 berjaya mencapai objektif penganjuran seba...
17/11/2025

Bengkel Pikokas Asal Bisingai yang telah berlangsung pada 15–16 November 2025 berjaya mencapai objektif penganjuran sebagaimana yang telah ditetapkan. Penganjuran bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta, khususnya berkaitan keunikan pakaian tradisional Bisingai, jenis-jenis aksesori tradisional, serta fungsi dan kaedah pemakaian yang betul.

Menerusi sesi penerangan/taklimat, demonstrasi dan latihan praktikal yang disampaikan oleh tenaga pengajar, para peserta juga telah memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam serta pemahaman yang lebih terperinci mengenai penggunaan aksesori tradisional, termasuk aspek kepentingannya dalam melengkapkan busana tradisional asal Bisingai.

Para peserta turut menyatakan penghargaan atas peluang yang diberikan melalui bengkel ini dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran praktikal serta memberi ruang untuk penghasilan aksesori dan pakaian tradisional yang lebih berkualiti dan autentik.

Majlis Perasmian Bengkel telah disempurnakan oleh Pemanca Masyarakat Bidayuh Daerah Bau pada 15 Nov 2025 manakala Majlis Penangguhan Bengkel telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Bau pada 16 Nov 2025.

Terima kasih kepada WAIfm Bidayuh kerana telah menjemput PA'AS ke rakaman Podcast Jak Ngupi untuk berkongsi maklumat men...
06/11/2025

Terima kasih kepada WAIfm Bidayuh kerana telah menjemput PA'AS ke rakaman Podcast Jak Ngupi untuk berkongsi maklumat mengenai Bengkel Pikokas Asal Bisingai yang bakal berlangsung pada 15-16 November 2025.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON SPM 2025!
02/11/2025

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON SPM 2025!

Terima kasih kepada TVS kerana mengangkat adat perkahwinan Bisingai dalam bentuk dokumentari. Adat yang dahulunya sebaha...
02/11/2025

Terima kasih kepada TVS kerana mengangkat adat perkahwinan Bisingai dalam bentuk dokumentari. Adat yang dahulunya sebahagian daripada kehidupan masyarakat kini hanya tinggal kenangan, namun melalui usaha ini, keindahan dan maknanya dapat terus dihayati oleh generasi masa depan.

Episode covers the traditional wedding of the Bidayuh sub ethnic tribe of the Bi Singai. It is a practise that was no longer observed but now being revived f...

Address

REDEEMS ENTREPRENEURSHIP INCUBATION CENTRE, KAMPUNG APAR, SINGAI, BAU
Bau
94000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau:

Share