Pertubuhan Seni Silat Gerak Pencak W.P.M

Pertubuhan Seni Silat Gerak Pencak W.P.M Menyemai seni silat ke dada anak-anak melayu, supaya seni silat terus ada kearah yang diredhai Allah

Alhamdulilah..selesai jamuan hari raya dan pembukaan gelangang setelah sebulan bercuti.Walaupon simple tetap ceria dan m...
05/04/2026

Alhamdulilah..selesai jamuan hari raya dan pembukaan gelangang setelah sebulan bercuti.Walaupon simple tetap ceria dan meriah... insyallah akan datang kite buat lagi yang terbaik

dari warok Putro menggolo sri medan
#3.4.2026 bersamaan 14 syawal 1447

09/02/2026

Alhamdulillah,
bahasa tubuh warisan bangsa,
yang bernafas dari adat, berdenyut dari jiwa.
Di Galeri Dato’ Onn, Batu Pahat,
setiap kembang dan langkah bersujud pada sejarah,
setiap hentak mengalun doa,
mengangkat maruah budaya,
menyulam jati diri bangsa ke langit zaman.
Moga seni ini terus hidup,
bukan sekadar ditunjuk,
tetapi bersemayam di hati,
menjadi nadi yang mengalirkan
ingat dan bangga,
dari satu generasi ke satu generasi seterusnya.

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG BARU PSSGP WPM SRI MEDAN Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Ge...
07/01/2026

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG BARU PSSGP WPM SRI MEDAN

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Gelanggang Baru PSSGP WPM Sri Medan yang berada di bawah tadbir urus dan pengelolaan En. Jalil bin Rahmat, serta diserikan dengan kehadiran Guru Utama PSSGP WPM, En. Norizal bin Mislan.

Majlis ini turut dihadiri oleh murid-murid dan ibu bapa daripada beberapa cawangan PSSGP WPM, iaitu Gelanggang Utama Parit Darim, Bonagong, Sri Gading, Ayer Hitam (SMK Dato’ Menteri), Mersing, serta jemputan khas daripada Buah Pukul Mersing (Parit Besar). Turut memeriahkan majlis ialah wakil pemanah-pemanah Batu Pahat, Fit Kickboxing Club, rakan-rakan kickboxing, serta sahabat daripada Madrasah Al Musinin.

Gelanggang WPM Sri Medan bukan sahaja menjadi pusat latihan silat, malah turut mengembangkan aktiviti memanah melalui Toja Archery serta Warok Fighter Kickboxing, sebagai usaha melahirkan generasi yang seimbang dari segi fizikal, mental dan disiplin diri.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh wakil YB ADUN Sri Medan, En. Abd Rahman. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Tahniah dan syabas buat seluruh warga serta AJK WPM Sri Medan yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada anak-anak silat, ibu bapa dan para tetamu yang hadir dan memberi sokongan padu.

Gelanggang ini bukan sekadar tempat berlatih, tetapi medan membina jati diri, mengasah potensi dan menyambung warisan. Selagi adat dijunjung, selagi itu silat dan perjuangan akan terus hidup dan berkembang.

PSSGP WPM — Warisan Dipelihara, Perjuangan Diteruskan. 🥋🏹🔥

InsyaAllah jom support☝🏻 25-26 Oktober wakil Pssgp Warok Putro Menggolo yang akan bertanding World Kick Boxing Network M...
21/10/2025

InsyaAllah jom support☝🏻
25-26 Oktober wakil Pssgp Warok Putro Menggolo yang akan bertanding World Kick Boxing Network Malaysia National Championship 🔥
📍Educity Sport Complex Johor Bahru

Syukur Alhamdulillah, 2 hari lepas anak-anak WPM telah diberi peluang mempersembahkan silat di Sekolah sempena Majlis Pe...
26/09/2025

Syukur Alhamdulillah, 2 hari lepas anak-anak WPM telah diberi peluang mempersembahkan silat di Sekolah sempena Majlis Persaraan.
Moga pengalaman ini menjadi kenangan berharga serta pembakar semangat untuk terus mengangkat martabat seni silat warisan bangsa, Tahniah🔥

Alhamdulillah , Persiapan 2 persembahan anak-anak WPM disekolah SK Seri Mendapat dan Seri Bandan.
23/09/2025

Alhamdulillah , Persiapan 2 persembahan anak-anak WPM disekolah SK Seri Mendapat dan Seri Bandan.

13/09/2025

Alhamdulillah, selesai sudah persembahan silat oleh Pesilat WPM di Stadium UTHM sempena Perasmian Hari Sukan Jabatan Perangkaan pada 12 September 2025.Silat bukan sekadar seni warisan, tetapi juga mendidik disiplin, membina jati diri, dan menanam keberanian. ⚔️Teruskan berlatih, kerana setiap langkah di gelanggang adalah langkah menuju kekuatan diri dan kejayaan

Assalamualaikom, Bantu Share dan Like ,Video Anak Silat WPM , Nurin Izatul Alisa,Pertandingan Seni dan BudayaSempena Kem...
26/08/2025

Assalamualaikom,
Bantu Share dan Like ,
Video Anak Silat WPM ,
Nurin Izatul Alisa,

Pertandingan Seni dan Budaya
Sempena Kemerdekaan🇲🇾

NURIN IZZATUL ALISA BT MOHAMED ROSLI SMK DATUK MENTERISILAT

20/06/2025

InsyaAllah jumpa sabtu ni 21 June 2025(Sabtu) - BP Mall🔥

Address

Batu Pahat

Telephone

+60177789208

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Silat Gerak Pencak W.P.M posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Pertubuhan Seni Silat Gerak Pencak W.P.M:

Share