02/03/2021
🐙🐋🐠AMMONIA - PART 1🐠🐋🐙
Salam sejahtera buat semua rakan Sehobi.
♻️AMMONIA♻️
Ammonia; bahan toksik yang selalu diperkatakan oleh pemilik akuarium dan penghobi ikan hiasan.
Ammonia tinggi, ammonia spike adalah antara benda yang ditakuti dan boleh membawa kematian kepada haiwan akuatik di dalam akuarium. Jangan kata haiwan akuatik, dengan tuan² akuarium sekali boleh bawak umur kalau keracunan ammonia. Rakan-rakan lihat la berapa banyak posting dalam FB ni yang bertanya "kenapa ikan saya mati tiba-tiba?". Memang sedih kan?
Tentu anda biasa melihat ammonia tester (penguji amonia) yang ada dipasaran. Ada yang bertulis Ammonia tester (NH3), ada juga yang bertulis Ammonia NH3/NH4+ test kit. Paling polular ialah API Master Test Kit yang mana ammonia tester ada kat dalam tu.
Apa sebenarnya ammonia dan ammonium yang anda uji dan ditakuti itu? Ammonia dengan formula kimia NH3 adalah bersifat toksik dan merbahaya kepada hidupan akuatik, manakala ammonium (NH4+) p**a, secara asasnya adalah tidak berbahaya kepada hidupan akuatik.
Di dalam air, ammonia dan ammonium ini wujud dengan nisbah yang tetap bergantung pada bacaan pH air. Pada pH 9.2, ammonia dan ammonium wujud dalam nisbah 1:1. Apabila bacaan pH meningkat kepada 8.2, nisbah ini berubah kepada 1:10. Perubahan nisbah dengan gandaan 10 untuk setiap 1 unit peningkatan bacaan pH ini adalah tetap.
pH 9.2
Ammonia 1:1 Ammonium
pH 8.2
Ammonia 1:10 Ammonium
pH 7.2
Ammonia 1:100 Ammonium
pH 6.2
Ammonia 1:1000 Ammonium
Dalam keadaan normal, kadar ammonia dan ammonium ini akan sentiasa berubah untuk mencapai keseimbangan nisbah sebagaimana yang tertulis diatas.
Justeru, bagaimana ammonia spike berlaku? Bila WC, kita masukkan air yang cantik, dah siap peram, masuk anti klorin bagai, tiba-tiba ikan pun mula tercungap-cungap di permukaan mencari oksigen. Macam ada yang tak kena, test ammonia, tengok bacaan dah tinggi, ammonia spike. Panik melanda, apa tindakan seterusnya? Nak WC 50% p**ak ke? Atau 100% terus? Tanya dalam FB, macam-macam mazhab jawapan yang keluar kat ruangan komen. So, apa yang sepatutnya kita buat?
Sabar. Jika anda berminat untuk mengetahui apa pilihan penyelesaian kepada permasalahan ini, jangan lupa bantu kami dengan like, follow, komen dan share artikel-artikel kami:
https://www.facebook.com/my. Aquatic 2121
sahaja PSB 2121
Dapatkan PSB 2121 Aqua dari kedai kami di Shopee:
https://shopee.com.my/product/59386201/3477099444?smtt=0.59387631-1614653947.9
Terima Kasih.
Ilmu ni dari Otai dalam ni jugak. Semoga bermanfaat.
Admin PSB2121
hanafias.
www.wasap.my/60195932273