DJNR Asyikfm

DJNR Asyikfm Penyampai Radio Dialek Temuan Asyikfm ( DJ NR )
Penggubah/Penuliz Lagu/Lirik
Pemuzik

Doakan Yg Terbaik Utk Palestin tq bang mat Akie Warna Ahmad Jun πŸ™πŸ»πŸ‘πŸ‡΅πŸ‡ΈZubir Ali - Balada Seorang Gadis Kecil https://vt.t...
16/09/2024

Doakan Yg Terbaik Utk Palestin tq bang mat Akie Warna Ahmad Jun πŸ™πŸ»πŸ‘πŸ‡΅πŸ‡Έ

Zubir Ali - Balada Seorang Gadis Kecil
https://vt.tiktok.com/ZS29aA1gx/

Dilema hendak panggil kakak, mak cik atau puan?By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 7, 2024πŸ“·Sudah menjadi kebiasaan dalam ka...
10/09/2024

Dilema hendak panggil kakak, mak cik atau puan?
By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 7, 2024

πŸ“·Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menggunakan panggilan seperti abang, kakak, pak cik dan mak cik dalam perbualan harian. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK.

BARU-BARU ini, gempar di aplikasi X apabila seorang wanita meminta agar orang ramai memanggilnya sebagai puan dan bukannya kakak walaupun ketika berkomunikasi secara tidak formal.

Menurut wanita tersebut, penggunaan panggilan tersebut tidak manis dan boleh disalah erti sebagai β€˜kurang ajar’.

Bagaimanapun, hantaran wanita tersebut telah mendapat tentangan daripada orang ramai.

Menurut para netizen, kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa menggunakan panggilan tidak formal dalam perbualan harian. Namun, itu tidak bermaksud panggilan tersebut menunjukkan rasa tidak hormat.

Perkara tersebut terus menjadi pendebatan orang ramai sehinggalah mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook.

Lihat situasi terlebih dahulu
Menurut hantaran PHM, sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menggunakan panggilan seperti abang, kakak, pak cik dan mak cik dalam perbualan harian.

Penggunaan panggilan tersebut juga menunjukkan rasa hormat, terutamanya kepada orang yang lebih berusia.

Bagaimanapun, panggilan seperti adik, mak cik dan sebagainya juga perlu digunakan bertepatan dengan situasi.

Dalam satu pertemuan profesional misalnya di tempat kerja, lebih baik jika kita menggunakan panggilan yang lebih formal seperti encik, puan atau tuan.

Kedua, lihat respons individu apabila kita menggunakan panggilan tertentu. Ada yang tidak selesa apabila dipanggil kakak atau mak cik, terutamanya jika ia berkaitan dengan usia atau persepsi sosial.

Jika perkara tersebut berlaku, cepat-cepat gunakan panggilan yang lebih formal misalnya puan atau tuan.

Sebelum menggunakan panggilan tidak formal, lihat dahulu sama ada panggilan tersebut sesuai dengan umur dan penampilan seseorang.

Jangan p**a panggil wanita yang nampak muda sebagai mak cik, sudah tentulah dia akan rasa tidak selesa!

Artikel penuh: Resume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman

Artikel penuh: Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk

Sudah jadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia
Dalam Bahasa Inggeris, panggilan kekeluargaan adalah berdasarkan jantina misalnya father (ayah), mother (mak), aunt (mak cik) dan uncle (pak cik).

Bagaimanapun, dalam budaya Melayu, panggilan kekeluargaan turut menggambarkan kedudukan dalam keluarga sebagaimana mak long digunakan sebagai panggilan untuk mak cik sulung dalam keluarga.

Sama seperti penggunaan you dalam Bahasa Inggeris. Perkataan you boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status atau usia.

Namun, bagi orang Malaysia, penggunaan kau atau aku adalah khas bagi mereka yang sudah lama kenal atau sudah mempunyai hubungan rapat.

Bagi mereka yang baru mengenali satu sama lain, lebih sopan untuk menggunakan saya dan awak ketika berkomunikasi.

Panggilan pak cik, mak cik, abang, kakak dan sebagainya merupakan satu kebiasaan, bahkan sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, ia digunakan secara meluas sehinggakan ada orang ternama juga membahasakan diri mereka sebagai pak cik atau mak cik.

Salah satu daripadanya ialah Uncle (pak cik) Roger atau nama sebenarnya, Nigel NG. Uncle Roger merupakan seorang pelawak yang kini menetap di London.

Pop**ariti Uncle Roger melonjak setelah video kritikannya mengenai nasi goreng yang dimasak oleh chef terkenal seperti Jamie Oliver, Gordon Ramsay and Hersha Patel mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Kedua ialah Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, seorang aktivis yang banyak memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Uncle Kentang menerima anugerah Points of Light oleh Ratu Elizabeth II di atas usahanya membantu golongan yang kurang berkemampuan pada 2021.

Ketiga ialah mak cik bawang. Siapa yang tidak kenal dengan mak cik bawang, bukan?

Terma mak cik bawang dipercayai bermula daripada hantaran yang dimuat naik dalam kump**an Facebook, Kisah Rumah Tangga (KRT).

Ketika kenduri, wanita (mak cik) akan duduk bersama-sama untuk mengupas bawang. Pada waktu itulah, mereka bertukar-tukar cerita (membawang=bergosip) sesama sendiri.

Kini, panggilan mak cik bawang digunakan secara meluas untuk menggambarkan seorang wanita yang s**a menyibuk hal orang lain. Mana-mana wanita yang gemar bergosip secara automatik akan digelar mak cik bawang. – RELEVAN

Lima negara paling ramai jandaOleh SAIRUL ZAMRI MISRANI8 September 2024, 11:00 amπŸ“·Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta ...
10/09/2024

Lima negara paling ramai janda
Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI
8 September 2024, 11:00 am

πŸ“·Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta penduduk dianggarkan 4.6 orang telah melalui prosiding perceraian bagi 1,000 penduduk. - Gambar hiasan

KEHILANGAN lelaki bergelar suami sama ada disebabkan kematian atau perpisahan merupakan perkara yang menyakitkan serta menyedihkan.

Bagi isteri p**a, memegang gelaran janda, balu atau ibu tunggal bukanlah perkara mudah terutamanya kepada mereka yang mempunyai ramai tanggungan.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini merekodkan lebih 258 juta janda di seluruh dunia.

Negara manakah menduduki carta teratas?

Panorama minggu ini menyenaraikan lima negara paling ramai ibu tunggal atau janda seperti dipetik dalam portal viva.co.id.

Kazakhstan
Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta penduduk dianggarkan 4.6 orang telah melalui prosiding perceraian bagi 1,000 penduduk. Kadar itu adalah yang kedua tertinggi di dunia pada 2020-2021.
Perceraian berlaku disebabkan bilangan perkahwinan baharu yang banyak, tetapi ekonomi tidak mengimbanginya.

Maldives
Maldives adalah negara di rantau Asia Selatan yang mempunyai janda kedua paling ramai di benua tersebut.

Kadar perceraian di negara itu mencecah 5.52 bagi setiap 1,000 penduduk dengan jumlah penduduk melebihi 500,000 orang.

Perceraian berlaku kerana penduduk Maldives tidak menyukai hubungan fizikal di luar perkahwinan.

Namun begitu, perkahwinan dan perceraian amat mudah dilakukan di negara p**au peranginan itu.

Peralihan budaya yang berlaku di Maldives kini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tahap perceraian tinggi.

China
Dengan pop**asi yang ramai, kadar perceraian di China juga agak tinggi. Kadar perceraian negara itu diketahui meningkat pada setiap tahun.

Malah pada 2015, China menduduki tempat kedua di dunia dengan jumlah janda tertinggi.

Kemudian pada 2018, kadar perceraian di China mencapai 3.2 bagi setiap 1,000 penduduk dengan pop**asi lebih daripada 1 bilion orang.

Taiwan
Pada 2018, kadar perceraian di Taiwan direkodkan sekitar 2.3 bagi setiap 1,000 penduduk. Bagaimanapun, tiga tahun kemudian berlaku peningkatan. Kadar perceraian di Taiwan pada 2021 meningkat kepada 2.5 bagi setiap 1,000 penduduk.

Salah satu punca meningkatnya perceraian adalah faktor ekonomi yang kemerosotan akibat pandemik Covid-19, sekali memberi kesan kepada kemerosotan kewangan penduduk.

Hal ini menyebabkan segelintir wanita di Taiwan menuntut cerai dan memilih untuk menjadi janda.

India
India bukan sahaja mempunyai bilangan janda tertinggi di benua Asia, malah di dunia.

Pada tahun 2010, Yayasan Loomba melaporkan bahawa terdapat 42.4 juta janda di India. Pada 2015, pop**asi balu di India meningkat kepada 46.4 juta.

Angka ini menjadikan India di tempat pertama mengatasi China.

Malah di India, ada satu bandar dikenali sebagai Vrindavan yang terkenal sebagai kota janda.

Tambahan p**a, di bandar yang terletak di utara Uttar Pradesh itu terdapat banyak tempat perlindungan untuk janda sama ada diuruskan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun syarikat swasta.- Kosmo

14/08/2024

Tiada Live β›” boleh dengar djnr AsyikFM 7-11 mlm di aplikasi RTM Klik/ Astro 875 / MyTV 706 Terima Kasih πŸ™πŸ»

Automasi ( Tanpa DJ) Gah Ju Asyik  8-11 pagi AsyikFM Dengar sini πŸ‘‡ Omeng Zi
09/08/2024

Automasi ( Tanpa DJ)
Gah Ju Asyik 8-11 pagi
AsyikFM
Dengar sini πŸ‘‡ Omeng Zi

Selamat datang ke RTMKlik

Penyanyi Jay Jay yang pop**ar dengan lagu Rindu Bayangan meninggal dunia di Hospital Thompson Kota Damansara, malam tadi...
04/08/2024

Penyanyi Jay Jay yang pop**ar dengan lagu Rindu Bayangan meninggal dunia di Hospital Thompson Kota Damansara, malam tadi.

Mohd Fadzli Ismail πŸ™πŸ»

02/08/2024
02/08/2024

MAAF TIADA LIVE (DjNR) SEGMEN PAGI 8-11 AM
ANDA BOLEH DENGAR DI APP RTM KLIK
TERIMA KASIH πŸ™

31/07/2024

Nak berkarya pun bermasalah..dunia dunia

19/07/2024

TIADA LIVE DARI DJNR
BOLEH DENGAR SEGMEN PAGI ASYIKFM
8-11 PAGI
PLATFORM RTM KLIK

kena bayar jugak Akie Warna Ahmad Jun Mohd Fadzli Ismail Azmi Idham Je Omeng Zi
10/07/2024

kena bayar jugak Akie Warna Ahmad Jun Mohd Fadzli Ismail Azmi Idham Je Omeng Zi

Address

Bangsar
50614

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DJNR Asyikfm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share