Kelab Warga Riadah Ampang-WRA

Kelab Warga Riadah Ampang-WRA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Warga Riadah Ampang-WRA, Recreation Center, Taman Pandan Mewah, Ampang.

Tahniah buat Muhammad Khaleeq Adam B Azli Syam atas kejayaan mewakili Kuala Lumpur Football Association (KLFA) ke Liga R...
30/05/2026

Tahniah buat Muhammad Khaleeq Adam B Azli Syam atas kejayaan mewakili Kuala Lumpur Football Association (KLFA) ke Liga Remaja Kebangsaan 2026 di AMD, Gambang Pahang kelak.

Beliau merupakan produk WRA Fc dan telah mula berlatih dan mewakili kelab sejak berusia 8 tahun lagi. Tahniah kepada barisan kejurulatihan yang berjaya mencungkil bakat beliau.

Semoga peluang ini menjadi langkah besar untuk terus maju dalam dunia bola sepak. Teruskan berusaha, berdisiplin dan berikan yang terbaik dalam setiap latihan dan perlawanan. Semoga berjaya mencipta lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama keluarga serta pasukan.

Terus melangkah tinggi!!!

Kami dari barisan Pengurusan dan Jurulatih berbangga dengan pencapaian Adam. Moga menjadi contoh untuk pemain-pemain lain untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi.

SELANGKAH  LAGI MENUJU...
08/04/2026

SELANGKAH LAGI MENUJU...

07/04/2026

Sesi Memulas Memerah Memecah Menekan Melenyek Player WRAFC U18

Time.. its coming.. tik tok tik tok tik tok.
05/04/2026

Time.. its coming.. tik tok tik tok tik tok.

28/02/2026

One Dream➡️One Team➡️Sucess Togather

Ramadan bukan penghalang, tetapi penguat jiwa.Siang berpuasa menahan lapar dan dahaga,Malam kita turun ke padang membina...
20/02/2026

Ramadan bukan penghalang, tetapi penguat jiwa.
Siang berpuasa menahan lapar dan dahaga,
Malam kita turun ke padang membina semangat dan ukhuwah.
Pagi berpuasa, malam tetap berbisa!

Siang kita puasa penuh sabar,
Malam kita berlari kejar bola.
Ramadan mendidik disiplin,
Bola mengajar semangat berpasukan.

19/02/2026

WRA FC, sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Pandan Mewah, Ampang, kini melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi dengan penyertaan rasmi dalam Liga Premier KL bagi kategori Bawah 18 tahun.

Langkah ini bukan sekadar penyertaan dalam sebuah liga, tetapi merupakan simbol perkembangan, kematangan dan kesungguhan kelab dalam membina pemain ke arah yang lebih kompetitif dan berprestasi tinggi. Penyertaan ini juga menjadi platform terbaik untuk pemain-pemain U18 WRA FC menguji kemampuan, meningkatkan disiplin permainan serta membentuk mentaliti juara dalam suasana pertandingan sebenar.

Kami percaya bahawa setiap perlawanan adalah peluang untuk belajar, setiap cabaran adalah ruang untuk berkembang, dan setiap pengalaman adalah batu loncatan menuju kejayaan yang lebih besar.

Terima kasih kepada barisan pengurusan, jurulatih, ibu bapa serta para pemain yang terus memberikan komitmen dan sokongan tanpa henti. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi dengan semangat berpasukan dan kepercayaan antara satu sama lain, WRA FC akan terus melangkah dengan lebih yakin dan berani.

WRA FC bukan sekadar kelab — kita adalah satu keluarga yang membawa impian bersama.





HOME OF WRAFC
02/02/2026

HOME OF WRAFC

Terus berkembang.Terus melangkah.Ke hadapan bersama satu matlamat.
01/02/2026

Terus berkembang.
Terus melangkah.
Ke hadapan bersama satu matlamat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) atas...
27/01/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) atas kepercayaan serta mandat yang telah diberikan kepada Kelab WRAFC untuk mengurus dan menjayakan Pertandingan Sepak Penalti “Sharp Shooter” Sempena Hari Tanpa Kenderaan MPAJ 2026.

Kepercayaan ini amat kami hargai dan menjadi satu suntikan semangat buat pihak kelab untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen, profesionalisme dan dedikasi. Semoga penganjuran program ini berjalan lancar serta memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya dalam memupuk semangat kesukanan dan penglibatan komuniti.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
WRAFC komited untuk memberikan yang terbaik.

Address

Taman Pandan Mewah
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Warga Riadah Ampang-WRA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share