Akar

Akar Kami sebuah platform bebas untuk pengiat seni

Wow these guys are great! Sedap layan dynamic band The Sigit ni.. Cuba lah dengar gais!
28/08/2025

Wow these guys are great! Sedap layan dynamic band The Sigit ni.. Cuba lah dengar gais!

LIVE! at Folkative, an intimate live performance from your favorite artists directly to your screen. ...

“Berkawan Sepi”: Sebab sepi, adalah yang paling bersetia.yowha, seorang penyanyi dan penulis lagu yang telah memantapkan...
09/03/2025

“Berkawan Sepi”: Sebab sepi, adalah yang paling bersetia.

yowha, seorang penyanyi dan penulis lagu yang telah memantapkan namanya di industri musik indie Indonesia, kembali hadir dengan karya yang penuh rasa. Dikenal lewat lirik-liriknya yang jujur dan menyentuh, yowha menjadikan musik sebagai medium untuk bercerita dan mengekspresikan sisi terdalam dari dirinya. Bagi yowha, musik bukan hanya tentang harmoni, melainkan juga ruang untuk merangkul emosi—baik yang hangat maupun yang menyakitkan.

Lagu terbarunya, “Berkawan Sepi”, adalah refleksi dari perjalanan panjang melawan ketakutan akan kehilangan. Lagu ini menggambarkan bagaimana rasa sepi, yang sering kali tidak diundang, menjadi teman yang paling setia sepanjang hidup. Dengan nuansa melankolis yang begitu kuat, yowha berbagi kisah tentang seseorang yang tumbuh besar dengan bayangan ditinggalkan, sebuah rasa yang terus membayanginya hingga dewasa. Dan, entah bagaimana, lagu ini berbicara kepada kita semua, karena kita pernah—atau sedang—merasakan hal yang sama.

“Jauh dari hal pasti, dekat dengan yang pergi.”

Mendengar sepenggal lirik ini saja, kita dibawa menyelami rasa takut yang begitu manusiawi: takut ditinggalkan, takut kehilangan, dan takut tidak pernah benar-benar dimengerti. Liriknya sederhana, namun setiap kata terasa seperti pengakuan yang jujur dan tanpa pretensi, seolah yowha sedang berbicara langsung dengan pendengarnya.

Dari segi musikalitas, “Berkawan Sepi” menghadirkan suasana yang penuh perasaan. Aransemennya yang lembut dan melodi yang menghantui menjadi medium sempurna untuk menyampaikan emosi lagu ini. Paduan instrumen akustik yang minimalis dengan vokal yowha yang hangat namun raw menciptakan atmosfer yang intim, seakan mengajak pendengar untuk duduk bersama rasa sepi dan memeluknya, alih-alih menghindarinya.

Lagu ini lebih dari sekadar karya; ia adalah kepingan yang diambil dari hati yang rapuh, tapi tetap mencari alasan untuk bertahan. Bagi yowha, musik adalah cara untuk berdamai dengan rasa takut yang kerap menghantui, mengingatkan kita bahwa kesepian sering kali menjadi bagian dari perjalanan hidup. Namun, di balik kesedihan itu, selalu ada harapan untuk menemukan makna yang lebih besar.

“Berkawan Sepi” juga menjadi awal dari sesuatu yang lebih besar, sebuah babak baru dalam perjalanan musik yowha yang akan ia ceritakan perlahan, seiring waktu. Untuk saat ini, ia mengajak kita masuk ke dunianya, duduk bersama rasa sepi, dan mencoba menerima ketakutan itu sebagai bagian dari diri.

Lagu ini telah dirilis di berbagai platform digital, siap menjadi teman bagi siapa saja yang pernah merasa sendiri di tengah keramaian.

Dengan penuh cinta,
Semesta tidak buta.

Dengarkan lagu baharu rilisan Yowha di SPOTIFY melalui pautan berikut.
https://open.spotify.com/track/1S5tIn93SjUtgpMBDlrbLZ?si=75467817d68a420e

SEREMBAN, 27 Februari 2025 - Projek Seni Nogoghi 9 dijangka akan memperkasa dan menginspirasi belia Negeri Sembilan mela...
08/03/2025

SEREMBAN, 27 Februari 2025 - Projek Seni Nogoghi 9 dijangka akan memperkasa dan menginspirasi belia Negeri Sembilan melalui pertandingan bakat antara daerah yang dinamik dan bengkel pendidikan. Di bawah naungan YAM Tunku Zain Al-’Abidin ibni Tuanku Muhriz dan disokong oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, projek utama ini dipimpin oleh penyanyi lagenda, Datuk Zainalabidin, yang akan memainkan peranan utama dalam menginspirasi dan memberi bimbingan kepada para peserta.

Sebuah sidang media telah diadakan hari ini di SMK Tuanku Najihah, Seremban bagi mengumumkan secara rasmi mengenai program yang bakal berlangsung ini. Dimulakan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada pelajar-pelajar sekolah SMK Tuanku Najihah, majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Zainalabidin dan Waris mendendangkan lagu pop**ar mereka, Hijau dan ‘Rembau Most Wanted. Turut memeriahkan sidang media tersebut adalah barisan artis kelahiran Negeri Sembilan, iaitu Datuk Hattan, Datuk Aishah, Suki dan penyanyi lagenda, Ito, yang bersama-sama menyokong usaha memperkasa bakat seni anak negeri.

Dalam ucapannya, Datuk Zainalabidin memberitahu bahawa Projek Seni Nogoghi 9 bertujuan untuk mencari dan memupuk kreativiti serta inovasi yang belum diterokai di kalangan bakat muda di seluruh Negeri Sembilan. Dengan melibatkan murid-murid sekolah berumur 13 hingga 17 tahun dalam aktiviti seperti menyanyi, menari, berlakon, dan bermain alat muzik, inisiatif ini menggalakkan peserta untuk mengekspresikan diri, membina keyakinan, dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi penting seperti berucap di khalayak ramai dan berkelakuan sopan. Projek ini direka bukan sahaja untuk mengiktiraf kecemerlangan kreatif tetapi juga untuk membimbing belia ke arah gaya hidup yang sihat dan dinamik, sambil menyediakan alternatif yang membina kepada aktiviti yang berpotensi memudaratkan.

Tambah Datuk Zainalabidin lagi, nadi utama program ini adalah pertandingan ‘Nogoghi Ado Bakat’, sebuah platform untuk bakat muda meneroka dan mempamerkan kebolehan mereka dalam persekitaran yang menyokong dan menggalakkan. Selain daripada penemuan bakat, program ini juga berhasrat untuk meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi seperti keyakinan, keanggunan, dan berucap di khalayak ramai, mempersiapkan individu-individu muda ini untuk kejayaan pada masa hadapan.

Dalam ucapan YAM Tunku Zain Al-’Abidin ibni Tuanku Muhriz p**a beliau telah menzahirkan rasa berbesar hati menjadi penaung Projek Seni Nogoghi 9. Katanya, “Inisiatif ini bukan sahaja meraikan semangat kreatif belia kita, malah menggalakkan mereka untuk meneroka bakat tersembunyi dengan semangat dan dedikasi yang tinggi. Dengan memupuk persekitaran yang mesra dan kondusif bagi minda muda, kita sedang membentuk generasi masa depan yang inovatif, yakin, dan tahan uji.”

“Saya percaya bahawa seni dan budaya mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan, dan melalui projek ini, kita berhasrat untuk menyalakan api kreativiti di seluruh Negeri Sembilan. Bersama-sama, kita mampu membina masa depan yang lebih gemilang dan dinamik. Marilah kita meraikan warisan budaya kita dengan bangga,” tambah YAM Tunku Zain lagi.

BUTIRAN ACARA

Mac - April 2025: Pusingan Awal (Penyertaan Dalam Talian)

Mei - Julai 2025: Pertandingan ‘Nogoghi Ado Bakat’: Pentas disediakan untuk 21 peserta yang disenarai pendek untuk bersaing merebut 3 Juara Negeri.

Acara Akhir & Konsert Edutainment: Sambutan akhir yang menampilkan konsert edutainment dan hari terbuka oleh fakulti muzik dan seni universiti, dengan jangkaan kehadiran kira-kira 1,000 peserta

KRITERIA UJIBAKAT & PEMILIHAN

Ujibakat akan diadakan di 7 daerah di Negeri Sembilan

Terbuka kepada pelajar sekolah berumur 13 – 17 tahun

Ujibakat satu hari bagi setiap daerah (pusingan awal)

3 peserta teratas dari setiap daerah akan maju ke peringkat akhir

Acara akhir akan menampilkan dua segmen; bengkel pendidikan pada waktu siang diikuti dengan pertandingan pada waktu malam, di mana panel tokoh muzik ternama — termasuk selebriti, pakar muzik, dan pensyarah fakulti — akan memberikan pandangan berharga serta bimbingan. Datuk Zainalabidin, bersama pakar muzik terkenal seperti Michael Veerapen, akan memimpin sesi-sesi ini, memastikan pengalaman yang berharga untuk semua peserta.

Dengan kehadiran pemimpin industri yang ternama, Projek Seni Nogoghi 9 dijangka akan menarik penonton yang pelbagai, melangkaui kalangan belia Negeri Sembilan, dan berfungsi sebagai platform perintis untuk pembangunan bakat dalam industri seni dan muzik.

Projek Seni Nogoghi 9 bukan sekadar pertandingan; ia adalah inisiatif yang didedikasikan untuk mengenal pasti, memupuk, dan mengembangkan potensi kreatif belia Negeri Sembilan. Dengan memupuk semangat inovasi dan ekspresi diri, projek ini berhasrat untuk menyediakan generasi masa depan yang bukan sahaja berbakat, malah yakin dan serba boleh.

Cukup berkualiti dan cukup mengasyikkan.. Begitulah yang boleh kami katakan tentang kualiti persembahan dan lagu yang di...
18/02/2025

Cukup berkualiti dan cukup mengasyikkan.. Begitulah yang boleh kami katakan tentang kualiti persembahan dan lagu yang dipersembahkan dari Putri Ariani.

Wajar dijadikan inspirasi untuk lebih ramai pengkarya tempatan kita.

Last month, I shared an exclusive live experience on my album, Walkerworld 2.0, on TikTok, and here is one of the performances from the event. You can now al...

"Reruntuh dan Gulf of Meru Gelar Showcase Mini Album Jenjam di Jakarta"Reruntuh, solois ambient-folk, dan Gulf of Meru, ...
06/01/2025

"Reruntuh dan Gulf of Meru Gelar Showcase Mini Album Jenjam di Jakarta"

Reruntuh, solois ambient-folk, dan Gulf of Meru, musisi ambient eksperimental asal Jakarta, telah mengadakan showcase untuk mini album kolaborasi mereka, Jenjam, pada 6 Desember 2024 lalu di Third Eye Space, Jakarta. Pertunjukan ini menjadi penampilan kedua dari Jenjam, setelah sebelumnya digelar di Bandung pada September lalu. Dalam kesempatan ini, Reruntuh dan Gulf of Meru bekerja sama dengan Kelas Pagi Indonesia, komunitas fotografi yang sudah berdiri dari tahun 2006.

Tentang Mini Album Jenjam
Jenjam adalah mini album ambient yang dirilis pada Juli 2024, berisi lima lagu: “Bersepah,” “Matahari Mati,” “Kereta Subuh,” “Jenjam,” dan “Sampai Jua,” dengan yang terakhir menghadirkan kolaborasi bersama hara. Berangkat dari kesenangan mereka terhadap musik ambient dan pengaruh dari beberapa artis ambient favorit mereka: Rachika Nayar, Hammock, Florist, Jonsi, Reruntuh dan Gulf of Meru memutuskan untuk bereksperimen bersama.

Bersepah adalah lagu tentang pikiran yang terus-menerus kacau, dan tentang kelelahan akan ritme kehidupan yang cepat dan serba menuntut di Jakarta. Matahari Mati adalah tentang menyerahnya pikiran dan mencari ketenangan yang jauh dan sulit digapai. Lalu, Kereta Subuh, tentang awal baru yang terburu-buru namun menenangkan, layaknya kereta yang mulai melaju pelan di heningnya pagi, menuju kedamaian yang jauh. Lagu keempat, Jenjam, adalah tentang berdiam diri dan berkesunyian. Terakhir, Sampai Jua, kolaborasi dengan hara, adalah tentang sampai di kedamaian yang selalu dicari.

Tentang Showcase Jenjam
Showcase Jenjam adalah tentang bersunyian di tengah hiruk-pikuk urban. Melalui pertunjukan ini, Reruntuh dan Gulf of Meru ingin mengajak pendengar sejenak lepas dari bisingnya kehidupan

kota dan menikmati satu setengah jam penuh ketenangan, tenggelam ke dalam bunyi-bunyi imersif dan atmosferik. Lebih dari itu, showcase Jenjam juga merupakan eksperimentasi Reruntuh dan Gulf of Meru dalam membawakan musik ambient secara live, hal yang bagi mereka merupakan suatu tantangan.

(Poster Showcase Jenjam oleh Annisa Utami)

Showcase Jenjam akan digelar di Third Eye Space, Jalan Nangka I No. 6, Cipete Utara, Jakarta Selatan, pada pukul 7 malam.

Dengarkan Jenjam
Spotify: https://open.spotify.com/album/1pJv6WbDeqCw3mun6tX1Lu Apple Music: https://music.apple.com/id/album/jenjam-ep/1756019045 Youtube Music: https://music.youtube.com/playlist?list=OLAK5uy_nujpy2_- rwH9P6XyasNb4rud3TtEjU8yI
Bandcamp: https://angularmomentumrecords.bandcamp.com/album/jenjam

Follow Reruntuh dan Gulf of Meru di Media Sosial Reruntuh: https://www.instagram.com/ekyrizkani Gulf of Meru: https://www.instagram.com/gulfofmeru

Bangga! Itu yang apa kami boleh ungkapkan selaku pemerhati industri muzik dan filem tempatan khususnya dari komuniti "in...
06/01/2025

Bangga! Itu yang apa kami boleh ungkapkan selaku pemerhati industri muzik dan filem tempatan khususnya dari komuniti "independent". Kami harap, lebih ramai peminat muzik tanah air dapat berikan ruang dan sokongan buat Mimi Fly supaya karya beliau dapat terus berkembang jauh dan menjadi pemacu industri ke tahap lebih tinggi.

Tahniah Mimi atas karya ini dan kami sangat s**a "your touch on the sign language as part of your move". Tonton MV baharu dari Mimi di pautan berikut dan jom kita jadikan dia lebih 1,000,000 tontonan dalam tempoh 1 bulan dilancarkan ni.

AngkatAku sudah tidak percaya padamu lagiLebih baik engkau segera angkat kakiAku sudah tidak percaya padamu lagiLebih baik engkau segera angkat kakiAyyyyKau ...

KENYATAAN RASMI:PEMBATALAN ONE LOVE MUSIC FESTIVALDengan rasa penuh kesal, Tuff KL ingin memaklumkan bahawa One Love Mus...
06/01/2025

KENYATAAN RASMI:

PEMBATALAN ONE LOVE MUSIC FESTIVAL

Dengan rasa penuh kesal, Tuff KL ingin memaklumkan bahawa One Love Music Festival, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember 2024 di MAEPS, Serdang, terpaksa dibatalkan akibat kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.

Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi. Kami ingin menegaskan bahawa pembatalan ini tidak melibatkan mana-mana rakan strategik, penaja, atau vendor yang terlibat. Tuff KL mengambil tanggung jawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan.

Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul. Pihak kami sedang menguruskan proses berkaitan pembatalan, termasuk pemulangan dana kepada pembeli tiket. Maklumat lanjut akan diumumkan melalui saluran rasmi kami, dalam masa terdekat.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival, termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik, dan vendor. Sokongan anda amat kami hargai, dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan.

Muhammad Zul Aqil
Pengasas Tuff KL

TUFF KL MEMPERSEMBAHKAN ONE LOVE MUSIC 2024: PENGUMUMAN BARISAN ARTIS DAN BUTIRAN ACARAKUALA LUMPUR, 6 November 2024 - S...
11/11/2024

TUFF KL MEMPERSEMBAHKAN ONE LOVE MUSIC 2024: PENGUMUMAN BARISAN ARTIS DAN BUTIRAN ACARA

KUALA LUMPUR, 6 November 2024 - Satu sidang media telah diadakan hari ini di Cornerstone IPC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, bagi memberikan gambaran sekilas mengenai One Love Music Festival, yang akan berlangsung pada 21 Disember 2024 di Dewan A, MAEPS Serdang. Penganjur, Tuff KL, mendedahkan bahawa One Love Music Festival menjanjikan festival muzik 12 jam tanpa henti yang bersejarah, menampilkan persembahan daripada 12 artis ikonik, termasuk artis dari Malaysia dan Indonesia. Antara persembahan utama adalah daripada kump**an pop**ar seperti Kugiran Masdo, Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, dan pencetus irama Ska di Malaysia, kump**an Gerhana Ska Cinta. Festival ini juga akan menampilkan persembahan daripada Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil.

Dengan lebih 4,000 tiket telah dijual, keterujaan sekitar festival itu semakin meluas. Terdapat pelbagai pilihan struktur tiket ditawarkan, termasuk Early Bird (Berdiri) pada RM55, General Admission RM150, Rockzone pada RM169, dan pakej Meet & Greet eksklusif pada harga RM450 (terhad kepada 50 peminat). Tiket dibuka untuk jualan di www.ticketmelon.com/olmfest.

Menurut Muhammad Zul Aqil, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, penubuhan Tuff KL adalah dengan misi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik dan komuniti, dan One Love Music Festival adalah cerminan kuat visi tersebut.

“Sejak awal kami pada 2021, kami telah berkembang daripada menjual merchandise pertama kepada penganjuran acara yang bukan sahaja menghibur tetapi juga memberi impak,” ujar Muhammad Zul Aqil, atau lebih mesra dikenali sebagai John.

Tambah beliau lagi, One Love Music Festival bukan sekadar konsert; ia adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang. Dalam era di mana hubungan sosial kadangkala terasa rapuh, festival ini berfungsi sebagai peringatan tentang kegembiraan dan perpaduan yang dapat dibawa oleh muzik secara langsung.

Sementara itu, penaja utama MOVETIX oleh AirAsia MOVE turut berkongsi kegembiraan mereka berhubung kerjasama dengan Tuff KL untuk One Love Music Festival ini. Encik Hassan Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX oleh AirAsia MOVE berkata, “Acara seperti One Love Music Festival pasti akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa. Sebagai sebahagian daripada platform ejen pelancongan dalam talian (OTA), kami berharap untuk membolehkan pencinta muzik dan peminat artis hebat ini menikmati pengalaman perjalanan yang lancar kerana mereka dapat menempah tiket acara, penerbangan, hotel, perjalanan mereka ke tempat itu. dan banyak lagi dengan nilai terbaik melalui aplikasi AirAsia MOVE. Kami tidak sabar-sabar untuk menjadikan One Love Music Festival pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua orang bersama Tuff KL”.

Dengan kerjasama seperti AirAsia MOVE dan sokongan lebih 20 universiti awam dan swasta, Tuff KL mengaplikasikan strategi penjenamaan unik dengan melibatkan pelajar sebagai promoter, berkolaborasi dengan jenama tempatan dalam komuniti, dan bekerjasama dengan lebih daripada 50 influencer yang akan memanfaatkan platform mereka untuk menghebahkan pendedahan mengenai acara ini. Pendekatan lazim ini bukan sahaja menginspirasikan golongan muda, tetapi juga mengukuhkan hubungan tempatan, serta mempromosikan rasa kebanggaan terhadap seni dan budaya Malaysia.

Dengan festival yang semakin hampir, keterujaan semakin memuncak untuk acara muzik terbesar di Malaysia tahun ini. Tuff KL, dengan kerjasama Dzili Empire dan rakan strategik lain, berhasrat untuk mencipta pengalaman festival yang tiada tandingannya, meraikan kuasa muzik untuk menyatukan orang dari semua lapisan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai One Love Music Festival, ikuti akaun media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.

BATAL BUKAN MAKSUD GAGALTerpanggil kami ingin menulis tentang konsert Aisha Retno di Zepp KL yang dibatalkan oleh pihak ...
09/11/2024

BATAL BUKAN MAKSUD GAGAL

Terpanggil kami ingin menulis tentang konsert Aisha Retno di Zepp KL yang dibatalkan oleh pihak pengurusan beliau baru-baru ini. Apa yang mencuri tumpuan adalah sebilangan besar yang memberikan galakan dan semangat buat Aisha untuk terus berkarya dengan lebih baik.

Apa pun, kami percaya pihak mereka pastinya akan merancang showcase yang lebih “intimate” buat peminat Aisha Retno. Anda belum pernah mendengar alunan suara beliau? Dengarkan lagu ini di YouTube atau Spotify.

https://youtu.be/I34v-uVoJi8?si=gmOWc-DmXZ_5LEkk

A new one from Segi? Lama diam
19/02/2024

A new one from Segi? Lama diam

A demo song written by the band for its debut studio album. Listen to the complete set of Segi music now! Available on digitalhttp://linktr.ee/segiFollow Seg...

Address

Taman Dagang
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Akar:

Share

Category