AKRAB (PERSATUAN PENGGERAK WARISAN BUDAYA)

AKRAB (PERSATUAN PENGGERAK WARISAN BUDAYA) Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Kedah - AKRAB Kedah

14/11/2025

πŸ€” min tak sure sama ada pernah post ke belum video ni.

Terima kasih Polimas
22/10/2025

Terima kasih Polimas

15/10/2025
Pre Persembahan AFROT akan dipentaskan, namun prosesnya memang perlu melalui beberapa proses awal yang begitu mencabar. ...
14/10/2025

Pre Persembahan AFROT akan dipentaskan, namun prosesnya memang perlu melalui beberapa proses awal yang begitu mencabar. Hal ini mengimbau kenangan bagi para pengumpul maklumat bersama para pewaris semasa kerja-kerja dokumentasi PUTCABU dahulu. Jika dapat digambarkan proses dahulu katanya lebih menguji kesabaran. Tapi admin yang ikut serta mencari tahu tentang AFROT bukan main lagi kepayahannya 😬.

Posting ini dimuat naik setelah mencapai kata sepakat semasa sesi pebentangan bersama Ketua Pengarah JKKN pada 8 Sept. yang lalu secara atas talian. Jadi merujuk sesi pebentangan tersebut maka bermula lah untuk melaksanakan Pre Persembahan AFROT. Uji bakat telah pun dilakukan, pemilihan juga sudah pun dibuat. Sama-sama kita nantikan pementasan sebenar yang akan diwarwarwarkan nanti.

Terima kasih pada semua yang terlibat dan telah menjayakan pementasan teater Mek Mulung sejak dahulu hingga sekarang. Semoga kelastarian seni budaya akan dilestarikan dari jenerasi ke jenerasi yang seterusnya.

Salam Seni Budaya!

🎭 UJI BAKAT WATAK UTAMA KARYA TEATER AGUNG – "AFROT"!  πŸ“œ Pernah dengar kisah AFROT? Mungkin tidak.  Kerana naskhah ini t...
09/09/2025

🎭 UJI BAKAT WATAK UTAMA KARYA TEATER AGUNG – "AFROT"!

πŸ“œ Pernah dengar kisah AFROT? Mungkin tidak.
Kerana naskhah ini tersimpan ratusan tahun β€” satu warisan agung dari pewaris Mek Mulung, kini buat pertama kali akan diangkat ke pentas dunia!

πŸ‘‘ RAJA. PUTERI. GERGASI.
Pengkhianatan. Kuasa. Cinta. Keluarga.
Sebuah epik Melayu silam yang sarat magis, misteri & nilai budaya.

πŸ’₯ Kini, AKRAB Kedah membuka peluang kepada anda untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini β€” tampil sebagai watak penting dan sampingan dalam pementasan "AFROT"!

πŸ“ Lokasi: Kompleks JKKN Kedah
πŸ“… Tarikh: 16 September 2025
⏰ Masa: 9:00 pagi
🎭 Watak Dicari:
β€’ Afrot
β€’ Tok Raja Besar
β€’ Meri
β€’ Puteri Bongsu
β€’ Witra
β€’ Raja Gergasi & Pengikut
β€’ Awang Pengasuh
β€’ Tok Imet
β€’ …dan ramai lagi!

✨ Ini bukan sekadar sesi uji bakat β€” ini adalah langkah anda ke dunia seni warisan!
Ayuh, gilap bakat dan jayakan naskhah penuh makna ini bersama AKRAB Kedah.

πŸ“² Daftar & info lanjut:
1. https://wa.me/message/DP3UCYLSKCDTC1
2. https://wa.me/qr/OGS7HISFEDD2I1

SEBUAH PROGRAM PERINGKAT KEBANGSAAN MENGGABUNGKAN 2 INSTITUSI PENGAJIAN BAKAL BERLANGSUNG DENGAN AKTIVITI WARISAN DAN KE...
20/08/2025

SEBUAH PROGRAM PERINGKAT KEBANGSAAN MENGGABUNGKAN 2 INSTITUSI PENGAJIAN BAKAL BERLANGSUNG DENGAN AKTIVITI WARISAN DAN KEBUDAYAAN

AKRAB Kedah terpanggil memenuhi hajat JSKK mengenai pengisian aktiviti dalam program jalinan warisan dan UNESCO pada awal bulan Oktober ini. AKRAB Kedah diberi tugasan dua hari bagi proses pendedahan dan pengenalan kesenian tradisional. Namun cabaran yang akan diuji adalah bagaimana AKRAB Kedah mampu menggerakan lebih 150 peserta?

Admin akan kongsikan pengalaman ini pada anda semua dari masa ke semasa. Ikuti kami secara atas talian disemua platform sosial media AKRAB Kedah. Bagi yang sedang menyusun kerjasama dengan kami, insyaallah mudah-mudahan setiap urusan dipermudahkan. Like & comment! Jumpa lagi, ✌️😁.

AKRAB turut rasa terharu dengan pementasan yang telah berlangsung baru-baru ini sempena program komuniti di Kg. Siputeh....
18/08/2025

AKRAB turut rasa terharu dengan pementasan yang telah berlangsung baru-baru ini sempena program komuniti di Kg. Siputeh. Tahniah kepada kumpulan perantisan Mek Mulung 2025 sentuhan tenaga pengajar Ayie Arjamra, Norliza Liza, dan arahan Yusuff Azizan. Moment sudah pun tercipta dengan sorakan, tepukan gemuruh, serta gelak ketawa girang gembira dari para pengunjung yang hadir di Temasya Rakyat 702@Kota Siputeh.

Tahniah!

DAN LAGI MOMENT MALAM PERASMIAN TEMASYA RAKYAT 702@KOTA SIPUTEH DENGAN PELBAGAI ACARA SERTA PENGISIAN YANG BERLANGSUNG P...
16/08/2025

DAN LAGI MOMENT MALAM PERASMIAN TEMASYA RAKYAT 702@KOTA SIPUTEH DENGAN PELBAGAI ACARA SERTA PENGISIAN YANG BERLANGSUNG PENUH SOKONGAN OLEH PARA PENGUNJUNG DAN KERJASAMA PADU PENDUDUK SETEMPAT.

MOMENT MALAM PERASMIAN TEMASYA RAKYAT 702@KOTA SIPUTEH DENGAN PELBAGAI ACARA SERTA PENGISIAN YANG BERLANGSUNG PENUH SOKO...
16/08/2025

MOMENT MALAM PERASMIAN TEMASYA RAKYAT 702@KOTA SIPUTEH DENGAN PELBAGAI ACARA SERTA PENGISIAN YANG BERLANGSUNG PENUH SOKONGAN OLEH PARA PENGUNJUNG DAN KERJASAMA PADU PENDUDUK SETEMPAT.

KETERUJAAN DENGAN KEMERIAHAN YANG DISAMBUT JULUNG KALINYA DIKAMPUNG SIPUTEH SEMPENA TEMASYA RAKYAT 702@KOTA SIPUTEH, 202...
15/08/2025

KETERUJAAN DENGAN KEMERIAHAN YANG DISAMBUT JULUNG KALINYA DIKAMPUNG SIPUTEH SEMPENA TEMASYA RAKYAT 702@KOTA SIPUTEH, 2025 HARI PERTAMA!

Address

B84, Taman Wira Mergong
Alor Setar
05350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB (PERSATUAN PENGGERAK WARISAN BUDAYA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to AKRAB (PERSATUAN PENGGERAK WARISAN BUDAYA):

Share