21/08/2025
Tahniah Ketua pejuanita Malaysia pn Hafiza Jusoh telah mula mengorak langkah dlm mencapai kesepekatan gabungan utk Pilhanraya akan dtg.. Semoga usaha murni ini di sokong rakyat demi menumbangkan Kerajaan yg ada sekarang
UNDIKAN SUARA RAKYAT, BUKAN RETORIK POLITIK
Parti Pejuang kini bersama dalam satu permuafakatan pembangkang Yang terdiri dari 12 parti lain. Alhamdulillah ini merupakan langkah penyatuan pembangkang yang efektif menuju PRU-16.
Gabungan ini merentasi kaum, agama & ideologi β membuktikan kita bersatu bukan kerana jawatan, tetapi kerana isu rakyat yang kian menekan.
πΎ Isu rakyat yang jadi keutamaan kita :
β
Kos sara hidup makin melambung β harga barang naik, subsidi minyak dihapuskan, SST dikenakan ke atas ribuan barangan.
β
Janji reformasi gagal β tol tidak dihapuskan, PTPTN masih menghantui anak muda.
β
Hutang negara menggunung, ekonomi muram, peniaga kecil terus terhimpit.
β
Kedaulatan negara tergadai β isu Ambalat & penjualan saham strategik MAHB.
β
Keadilan rakyat β kes arwah Zara Qairina & kelewatan bantuan kebajikan.
Inilah platform undi protes rakyat marhaen menjelang PRU16.
Kita lawan bukan kerana kuasa, tetapi kerana suara rakyat yang dikhianati oleh kerajaan PH-BN pimpinan Anwar Ibrahim.
β Di bawah kepimpinan Presiden Pejuang, Datoβ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, Pejuang bersama Pejuanita akan terus mengangkat suara wanita, keluarga, ekonomi kecil & masyarakat akar umbi ke tengah arus perjuangan ini.
Permuafakatan ini adalah simbol kebangkitan rakyat yang mahukan pembetulan, perubahan & pembaharuan.
Pn Hafiza Binti Josoh
Ketua Pejuanita Malaysia
Gabungan terdiri Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).