13/03/2017
Siapa sangka bila kali pertama saya dan Kak Izat melihat video nukilan Saudara Agoes Sam tentang keindahan Danau Ranuagung dan Taman Baca Anak Leda Bintang telah membuahkan bibit cinta kali pertama di hati kami berdua. Impian kami ketika itu adalah kami harus pergi ke sana! Dan bila impian jadi kenyataan.. kami telah jatuh cinta berkali-kali dengan dua tempat istimewa ini..
Saat melihat video.. kami cuba memikirkan dan berbincang tentang aktiviti yang sepatutnya kami bermain bersama anak-anak di sini. Alhamdulilah.. persediaan awal kami memberi hasil yang lumayan. Wajah kepuasan dan kegembiraan anak-anak adalah memori terindah kami sebagai bekal pulang ke Malaysia.
Persediaan awal kami dari Malaysia dengan mendedahkan rancangan kami kepada rakan kenalan bahawa ada anak-anak pintar di sebuah desa pendalaman bernama Ranuagung.. rakan sahabat kami di Malaysia sangat sporting untuk turut menyumbang membeli keperluan yang telah kami senaraikan. Berkat sumbangan.. kami dapat membeli pensil warna, alat tulis, alat muzik, alat bantuan mengajar dan alatan permainan untuk dibawa ke Surabaya. Turut terharu bila ada yang sudi menyumbang utk membeli jajan buat anak-anak di sana. Terima Kasih para dermawan.. moga Allah rahmati kalian selalu..
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Surabaya adalah sangat mendebarkan.. pertama kali kami merancang trip yang lain dari kebiasaan. Pertama kali juga kami membeli check in luggage sebanyak 40kg untuk kotak-kotak yang berisi amanah rakan-rakan dari Malaysia.
Alhamdulilah. Perjalanan kami lancar walaupun tersalah boarding gate, delayed perlepasan dan terlebih muatan check in. Mulut hanya mampu melafazkan doa moga Allah permudahkan segalanya. Bila pesawat kami selamat melakukan penerbangan, hati kami menjadi lapang sekali. Ayuh! Misi kita sudah bermula...
Kami dijemput saudara Agoes di Bandara T2 Juanda. Saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya kami. Perjalanan malam membelah kabus dari Surabaya ke Desa Ranuagung memang meletihkan. Travel Partner di belakang dah selamat tidur. Tapi saya sendiri cuba menahan mata untuk tidak tidur. Yang pasti Terima Kasih buat Agoes yang berjaya memandu di lewat malam demi menjayakan misi kami. Perjalanan memakan masa hampir 5jam. Kami tiba di sana saat jam melewati detik 3 pagi. Alhamdulilah.. kami perlu rehat di rumah bambu. Program awal harinya pada jam 8 pagi dan kami semua harus bertenaga. Hanya 4jam masa berehat.. dan kami semua tewas dan selamat beradu.
Awal pagi jam 6 kami sudah terjaga dan bersiap-siap untuk program kami. Tapi di awal kesempatan kami sempat berjalan dan berfoto di sekeliling Tasik Ranuagung. SubhanAllah. Pagi yang indah dengan memori yang tak mungkin terpadam dari ingatan. Keindahan alam yang sangat mempesonakan membuatkan Kami jatuh cinta berkali-kali disini..
Jam 8 pagi. Detik yang paling mendebarkan. Saat pulang ke rumah baca. Rakan volunteer kami dari UK dan Ausie sudah bersedia menanti anak-anak kecil di Desa Ranuagung. Perlahan-lahan laman taman baca dipenuhi anak tempatan. Semuanya sangat segar dan bersemangat. MasyaAllah. Nikmat yang mana lagi hendak kau dustakan? Anak-anak ini sangat yakin dan penuh mengharap kami memberikan pengalaman lain dari yang lain buat mereka. Cara mereka melihat kami berempat yang jilbabnya lain dari yang lain, bahasanya asing dari Bahasa Madura atau Indonesia dan mata mereka bercahaya sambil membalas senyuman kami. Kami jadi gentar jika kami gagal dan menghampakan harapan mereka. Telatah mereka masih malu-malu tersipu sekali. Tapi masih terlalu awal untuk menilai. Anak-anak ini bijak. Setelah 4 tahun penubuhan taman baca anak leda bintang oleh Saudara Agoes, anak-anak ini sudah pintar bergaul dengan orang asing. Akhirnya, saudara Daniel telah memulakan ice-breaking dengan gitarnya. Anak-anak kembali bersemangat. Setelah beberapa lagu dan tarian bersama maka tibalah saat kami dari Malaysia untuk bermain dengan anak-anak.
Dengan berdebar saya memperkenalkan diri sendiri dan travel partner yang lain iaitu Kak Izat, Kak Elly dan Alyssa. Sahutan anak-anak membuat kami bertambah yakin. Permulaan rancangan kami ingin membuat anyaman tikar dari riben berwarna-warni. Tapi atas faktor keselamatan sebab perlukan penggunaan pisau, Kak Izat mencadangkan kami hanya fokus pada aktiviti lipatan 3D Origami. Ada pelbagai bentuk dan gambar. Cukup untuk setiap anak mencuba sendiri. Perkara pertama adalah membahagikan anak-anak dalam kumpulan kecil. Anak-anak ini lingkungan usia 6 ke 12 tahun. Jadi mudah bila mereka patuh mendengar arahan. Saya mulakan dengan menunjukkan kepada mereka cara untuk asingkan bahagian kertas yang akan digunakan untuk melipat. Senyap sekali. Rupanya mereka fokus melihat pergerakkan saya. Ouh bijak sekali. Seterusnya saya tunjukkan cara melipat bahagian perlu di letakkan gam dan cara mencantumkan. Suasana masih sunyi. Tapi bila saya angkat kepala memandang mereka, masing-masing sudah sibuk menanggalkan kad-kad cantuman mereka. Ahhh..tertipu kak iyra! Anak-anak ini sangat pintar dan bijak. Dengan bantuan rakan volunteer yang lain, setiap anak-anak berjaya mencantumkan dan menyiapkan gambar 3D Origami mereka. Jenis yang pelbagai dan wajah kepuasan mereka bila berjaya menyiapkan sendiri memang tak mungkin saya lupakan.
Cuaca semakin panas. Kami alihkan hamparan ke kawasan teduh. Anak-anak ini tidak merungut. Sudah menjadi kebiasaan mereka bermain panas. Tapi kami mahu mereka lebih selesa. Mudah untuk mereka menghayati aktiviti seterusnya. Setelah semuanya siap, kami mengajar mereka menyebut nama setiap hasil objek dan bentuk origami mereka. Semuanya pintar. Bahasa inggeris mereka bagus dan lancar. Makanya, kami menyediakan hadiah pensil warna buat mereka semua. Mata bundar semakin bercahaya dan senyuman ikhlas terbit di bibir mereka. Priceless!
Seterusnya kami menyambung aktiviti dengan bantuan alat muzik seperti cascanet, triangle bell, hand shaker, tambourine dan tiktok yang dibawa dari Malaysia hasil sumbangan rakan saya dari Brunei. Nyanyian lagu Inggeris, Head and shoulders knees and toes berkumandang dan berkali-kali diulang dengan rentak dan gaya berbeza. Terima kasih Daniel, Charlie dan Harry yang memberi sepenuh usaha mereka untuk aktiviti nyanyian ini. Maaf. Kak iyra tak bisa nyanyi. Nanti hujan lebat.. hehehe. Seterusnya Agoessam menceritakan kisah sejarah Ranu dan Agung buat anak-anak. Moga sentiasa tersemat di minda mereka tentang cerita keunikan kampung asal mereka Desa Ranuagung. Mudah-mudahan mereka akan terus berjaya meneroka dunia luar di masa depan tanpa melupakan asal usul mereka.
Masa semakin suntuk saat cahaya matahari tegak di kepala. Anak-anak sudah keletihan dan kami juga tidak mahu berhenti. Kesian anak-anak. Dapat kelihatan wajah tak sabar nak bawa pulang hadiah untuk ditunjukkan kepada keluarga mereka. Saat ini kami mengalah dengan memberikan jajan dan ole-ole buat mereka untuk di bawa pulang. Selesai aktiviti bergambar anak-anak pulang dengan senyuman yang tak lekang dibibir.
Pulanglah anak-anak. Teruskan berlari. Teruskan terbang tinggi. Bumi yang kau jejaki jangan lah dilupai.
Lagu Kasih Suci by Amy Mastura buat anak-anak Taman Baca Anak Leda Bintang..
Perjalanan masih jauh,
harus kau tempuh,
ku disini memerhati,
tanpa rasa sangsi,
jangan gentar
ada sabar, semat dijiwa,
ku disini mendampingi,
agar kau mengerti
** berlarilah kau berlari
terbanglah dikau terbang tinggi
bumi yang kau jejaki
janganlah dikau lupai
* andai ku capai,si pelangi
akan ku serahkan padamu
agar dapat kau mewarnai
seluruh hidup nanti...
yang hitam harus dijauhi
jangan disimpan dalam hati
putihkan jiwamu dengan kasih suci,,,
kuterima dirimu dengan seadanya
dalam s**a dalam duka
kau tetap cahaya
We loves you kids.
Until we meet again.. InsyaAllah.
Ikhlas,
Kak Iyra.
Kak Izat
Kak Elly
Alyssa.